Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Krisis Dalaman UMNO Semakin Memuncak

From: C.I.A REFORMASI 
Date: 03 May 1999
Time: 13:07:28

Comments

Kisah arahan Mahathir supaya MB-MB melaksanakan titah-perintah urusan isu penyingkiran Hishamuddin dan diganti dengan Mokhzaini a/k Mahathir itu, hari ini sudah tersebar luas di kalangan UMNO (khususnya Pemuda) dan sudah diketahui ramai. MB-MB sedang kelam kabut menyelesaikan masalah mendapatkan sokongan Pemuda UMNO. ~C.I.A REFORMASI Pemuda pula tidak semudah itu menerima arahan Mahathir. Telah berlaku perbahasan hangat di beberapa negeri, berakhir dengan ada yang keluar bilik mesyuarat sambil berang-berang menyumpah si Kutty anak-beranak. Sebab itulah, ada khabar yang bertiup kencang, beberapa MB sudah mula panik. Tambahan pula, Mahathir mahukan laporan 'full prove' (Mahathir suka counter-check) daripada MB-MB dalam tempoh seminggu yang akan dihantar sendiri kepadanya.

Khabar angin bahawa Hishamuddin sanggup menukar ganti jawatan Pemuda kerana Mahathir telah 'merasuah' beliau dan berjanji melantik beliau sebagai Menteri Penuh juga semakin kencang. Jika enggan, Hisham dikatakan akan jadi akan 'relics UMNO'. Ini mengkucar-kacirkan Pemuda yang akhirnya menambah kegawatan UMNO induk.

Sabbaruddin juga telah dimaklumkan tentang hal ini. Malangnya, Sabbaruddin tidak berapa yakin untuk berjumpa dan melaporkan kepada si Kutty. Langsung, Mahathir tak diberitahu oleh Sabbaruddin, perkara yang pasti akan menyebabkan kegawatan UMNO induk (berpunca dari kegawatan Pemuda).

Pertama, kerana kesihatan Mahathir cukup-cukup kritikal. Kedua, Sabaruddin sendiri takut memaklumkan perkara seperti ini, kerana Mahathir memang tak suka dengar laporan yang negatif dan pesimistik kecualilah kalau sanggup cari nahas kena "tempelak bontang".

Khabarnya, kebelakangan ini Mahathir memang sudah tidak boleh diajak berunding. Mood dan barannya 24 jam tak stabil. Mungkin dia bukan sahaja sakit anggota tubuh fizikal tetapi lebih merupakan sakit jiwa (akibat pelbagai tekanan). Ada berita menyebut, Siti Hasmah dah bergaduh besar dengan Mahathir. Siti Hasmah mahu Mahathir letak jawatan.

Anak-anak Mahathirpun membantah. Mirzan kata, "That is a crazy decision".

Seorang jururawat di IJN memberitahu jirannya (Penyokong Reformasi) bahawa seorang doktor pakar (senior) yang sungguh prihatin merawat Mahathir telah "disembur- tempelak' oleh Mahathir semata-mata kerana menasihatkan dia supaya jangan banyak bergerak dan jangan membuat press-statement di TV.

"Memang Mahathir ni tak mengenang untung", kata Doktor itu bila jumpa kawan-kawan sejawat lain! Sekarang, kemarahan Mahathir bukan saja terhadap beberapa orang MB tertentu tetapi termasuk juga kepada Pak Lah, Najib, beberapa menteri dan termasuklah ulama' serta pegawai- pegawai ulamak (selain dari MB-MB). Itulah sebabnya masing-masing agensi 'Ulama' terpaksa pesongkan pelbagai isu supaya pengaruh PAS berkurangan. ~C.I.A REFORMASI

Mahathir sangat sangsi terhadap kemampuan Pak Lah menangani masalah demo yang semakin menjadi-jadi (selain daripada isu "Badwi Jaga babi"yang tiba-tiba meletup baru- baru ini). Pak Lah cuba nak "mesra" sikit tetapi seorang pegawai polis dah lebih daripada 'taraf' Pak Lah. Dia ada direct contact dengan Mahathir. Memang sejak mula lagi, Pak Lah susah nak meyakinkan Mahathir tentang kewibawaannya . Pemilihan Pak Lah semata-mata kerana sifat "Mr. Clean" beliau yang boleh digunakan oleh Mahathir. Kira-kira, Mahathir juga yang silap kurnia kepada Pak Lah jawatan "Pengerusi Penjaga Babi" tu.

Kini, Pak Lah tak pasal-pasal dijangkiti "JE" akibat 'suntikan' Mahathir sendiri. Sanusi Junid dahpun minta berhenti atas kerelaan sendiri. Isterinya menasihatkan supaya berhenti sahaja. Sikap fed-up MB-MB terhadap arahan Mahathir semakin ketara. Cuma, kemarahan itu hanya di balik tabir. Seorang MB pernah menasihatkan Mahathir supaya Pemuda dibenarkan ada pertandingan (pertandingan 2 penjuru - supaya jangan ketara kepada penyokong UMNO dan pembangkang). Biarkan Hisham terus bertanding. Ini akan dapat menyelamatkan nama baik Pemuda dari dicap tidak demokratik. Nanti pembangkang naik daun. Sekali gus ini menyelamatkan nama baik Mahathir dan UMNO!

MB yang jadi Mr. Smart-guy itu arahkan MB-MB supaya menasihatkan Pemuda supaya berpakat di belakang-belakang, setuju tandatangan surat meng'OK'kan sokongan terhadap Mokhzani. Untuk jangan menyusahkan diri, MB-MB diarahkan menyalurkan "angpau" kepada Pemuda secara senyap-senyap (tanpa diketahui Mahathir) dan setuju menandatangani surat sokongan (untuk tutup malu MB masing-masing), bila tiba hari pengundian kelak, masing- masing bolehlah ikut pilihan sendiri. Ini akan dapat menyelamatkan 'punggung' para MB daripada dipanggang dek Mahathir (paling kurang untuk sementara waktu)!

Nampaknya 'rasuah' memang sudah menjadi budaya UMNO. Khabarnya Mokhzani sendiri sanggup keluar belanja (berjuta-juta juga). Bagaimanapun, setakat ini MB-MB sengaja tak mahu ambil duit Mokhzani sebab mungkin itu rancangan Mahathir sendiri nak counter-check siapa antara MB dan Pemuda yang retaliate, tak sukakan anak kesayangannya, si Mokhzani. Kalau ambil duit Mokhzani, pastirahsia akan bocor, Mahathir akan melenting bila tahu Pemuda memang tak suka kepada "My Dear Boy" nya. Kesannya, MB-MB berkenaan pasti kena 'pancung' termasuklah ahli Pemuda terbabit! Too many heads will role, kata sesetengah MB! ~C.I.A REFORMASI

Jadi, Hisham masih ada peluang lagi! Malangnya Hisham tak fikir seperti itu. Akhirnya, dia tak untung apa-apa kerana walaupun berjaya jadi Ketua Pemuda, 'syoru' apa macam? Jangan nak harapkan jawatan menteri penuh, jawatan timbalan menteri pun belum tentu. Zahid dah kena dulu. Jadi Hisham dah tarik diri siang-siang.

Malangnya, (khabarnya terkini), ada beberapa orang Pemuda yang dah bersetuju untuk 'go for the broke'. Diam-diam dah sanggup dicalonkan.Kalau menang, dia jadi ketua Pemuda. Kalau kalah, dia masuk mana-mana kumpulan Reformasi. Lagi pun, dia memang 100% dah 'fed-up' dengan kediktatoran Mahathir! Mereka berazam nak patahkan agenda Mahathir.

Kalau Mokhzani menang, satu masalah baru akan timbul, beberapa calon wakil rakyat UMNO (di kalangan Pemuda) akan 'lompat katak' masuk parti Kerajaan Alternatif Gagasan Reformasi. Merekapun berdoa juga supaya Gagasan Reformasi menang, paling kurang 50% pun kira cukuplah, yang lain akan ditambah dengan 'geng Lompat' dari Pemuda pula. ~C.I.A REFORMASI

Hai, nampaknya Mahathir dah kena serang daripada 'punca dalaman'! Punca yang menyebabkan keseluruhan pemimpin UMNO cukup risau dan sangsi ialah: "Mereka tak mahu Daim jadi PM selepas Mahathir.

Kalau Daim jadi PM, orang Melayu akan punah-ranah. Kita tak tahu apa rahsia di sebalik punah-ranah itu. Yang suka Daim naik cuma Rafidah, Megat, dan seorang dua yang rakus . Ditambah dengan Mokhzani. ~C.I.A REFORMASI

Kemungkinan Mokhzani akan jadi TPM. Ini menjadikan Pemuda lagi panas dan miang. Perseteruan antara Rafidah dengan Zaharah makin membara hebat.

Perkembangan ini masih belum pasti tetapi angin bertiup semakin kencang. Mahathir mahu Rafidah ambil alih Wanita. Zaharah dah goyah kepala lutut sekarang. Cakap pun dah tak 'bermaya'. Mungkin Zaharah tak akan dicalonkan in next election.

Nampaknya, UMNO sedang dalam kancah peperangan sesama sendiri. UMNO dah tak ada masa nak berlawan dengan Gagasan Reformasi. Rumah sendiri pun dah haru-hara.~Wallahua'lam ~C.I.A REFORMASI

Last changed: May 06, 1999