Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Mengulas Berita Harian - 3.5.99

From: Wirawan
Date: 03 May 1999
Time: 20:52:30

Comments

1. MT putuskan kedudukan Muhammad Taib

SRI MANJUNG, Ahad - Kedudukan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai Naib Presiden Umno, akan diputuskan Majlis Tertinggi (MT) parti yang akan bermesyuarat di Kuala Lumpur, esok.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ KOMEN:

RAKYAT TIDAK YAKIN BAHAWA TAN SRI MUHAMAMAD AKAN DIBERIKAN TEMPAT KERANA IA AKAN MENGGUGAT KEDUDUKAN DATO ABU HASSAN OMAR. LAGIPUN TAN SRI MUHAMMAD ADALAH DALAM TEAM WAWASAN DAHULU. BESAR KEMUNGKINAN MKT UMNO TIDAK AKAN MEMBUAT KEPUTUSAN.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Bekas pemimpin DAP tubuh MDP

KUALA LUMPUR, Ahad - Beberapa bekas pemimpin DAP hari ini secara rasmi mengumumkan penubuhan parti baru, dikenali sebagai Parti Demokraktik Malaysia (MDP).

Sehubungan itu, bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Yeap Ghim Guan, dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa penaja parti berkenaan manakala bekas Ahli Parlimen DAP Kawasan Seputeh yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas, Liew Ah Kim (Timbalan Pengerusi) dan bekas Ahli Parlimen DAP Bukit Bintang, Wee Chee Keong (Setiausaha Agung).

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ KOMEN:

RAKYAT MELIHAT PENUBUHAN PARTI INI SEBAGAI SATU LAGI CABARAN BUAT KERAJAAN BN WALAUPUN PARTI INI ADALAH SERPIHAN PARTI DAP. SUASANA INI AKAN MEMERIAHKAN LAGI SENARIO POLITIK TANAH AIR.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 3. Penafian Wan Azizah terlewat: Abdullah

TAPAH, Ahad - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata kenyataan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bahawa beliau tidak pernah menyamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, seperti bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos, tidak dapat diterima.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- KOMEN:

DARIPADA LAPORAN-LAPORAN YANG DITERIMA DATIN SERI AZIZAH TIDAK MENGATAKAN BAHAWA TUAN HJ. DR. MAHATHIR ADALAH SAMA DENGAN MARCOS. APA YANG BELIAU KATAKAN ADALAH WUJUDNYA KEBANGKITAN RAKYAT MALAYSIA KETIKA INI YANG SAMA DENGAN KEBANGKITAN RAKYAT FILIPINA SEMASA MARCOS DULU.

RAKYAT JELAS. YANG TIDAK JELAS ADALAH DATUK SERI ABDULLAH BADAWI.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 4. Rakyat yakin kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional

TAPAH, Ahad - Majoriti rakyat pelbagai kaum di negara ini tetap yakin kepada kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno, walaupun pelbagai pihak berusaha melunturkan keyakinan itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata keyakinan itu didasarkan kepada kehendak rakyat yang mahu melihat sebuah kerajaan kuat menjadi pemerintah, lebih-lebih lagi ketika negara berhadapan kesukaran ekonomi.

"Umno memang yakin kepada kepemimpinan parti (Dr Mahathir). Majoriti rakyat Malaysia pun yakin dengan kepemimpinan BN dan kerajaan.

"Saya percaya dalam hati kecil mereka (rakyat), mereka mahu kerajaan yang kuat dan berkemampuan untuk memulihkan ekonomi negara," katanya

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ KOMEN:

KALAU BENAR TANGGAPAN DATUK SERI ABDULLAH INI MAKA RAKYAT BERHARAP AGAR PILIHANRAYA UMUM DIADAKAN SEGERA. MUNGKIN DATUK SERI ABDULLAH HANYA MELIHAT DI LUAR TAPI TIDAK DI DALAM.

RAKYAT TELAH BERSEDIA UNTUK MENGHUKUM KERAJAAN BN YANG ZALIM INI.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5. Enggan tambah cawangan untuk berkuasa

KUALA KANGSAR, Ahad - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mendedahkan ada beberapa pemimpin bahagian sengaja tidak mahu menambah jumlah cawangan kerana mahu mengekalkan kuasa.

"Saya ada menerima berita dalam tempoh sebulan dua lalu kononnya ada satu atau dua bahagian tidak mahu menambah cawangan kerana senang mengurus cawangan sedia ada.

"Selain itu, tindakan enggan menambah cawangan juga memudahkan mereka mengekalkan jawatan," katanya pada Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat kawasan Parlimen Chenderoh dan perasmian Persidangan Perwakilan Umno bahagian itu di sini, hari ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ KOMEN:

RAKYAT MELIHAT PERKEMBANGAN INI SEBAGAI SATU PERGOLAKAN YANG SERIUS DALAM UMNO. KEMUNGKINAN YANG YANG SEBENARNYA BERLAKU ADALAH TIADA SIAPA YANG MAHU MENUBUHKAN CAWANGAN BARU KERANA CAWANGAN SEDIA ADA PUN PERLU DIBUBARKAN.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6. Filipina campuri urusan dalaman Malaysia

KLUANG, Ahad - Malaysia tetap berpendapat tindakan Filipina membenarkan lawatan pemimpin pembangkang dari negara ini, bertentangan dengan semangat kerjasama dan pendirian Asean untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara anggota.

Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata keadaan itu jelas dalam kes lawatan isteri bekas Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, walaupun Manila menjelaskan ia hanya lawatan peribadi.

"Ini adalah campur tangan. Kita percaya ia bertentangan dengan semangat Asean untuk bekerjasama dan tidak campur tangan dalam hal negara lain. Keadaan ini (lawatan Dr Wan Azizah) amat jelas dalam kes kita," katanya selepas merasmikan persidangan Umno bahagian Kluang, di Kampung Melayu, di sini hari ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- KOMEN:

SEKIRANYA DATUK SERI SYED HAMID MENGATAKAN DEMIKIAN, RAKYAT INGIN BERTANYA MENGAPA MALAYSIA MEMBENARKAN PENGGAMBARAN FILEM "ANNA AND THE KING" SEDANGKAN KERAJAAN THAILAND MENGANGGAPNYA SATU PERKARA YANG SENSITIF.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7. Umno tidak tubuh kelab di universiti tempatan

ALOR STAR, Ahad - Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, berkata Umno tidak akan menubuhkan Kelab Umno di universiti tempatan bagi memastikan penuntut menumpukan perhatian kepada pengajian dan memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- KOMEN:

ALASAN TUAN HJ. DR MAHATHIR TIDAK DAPAT DITERIMA KERANA SEKIRANYA UMNO DIBENARKAN DI IPT, MAKA TIDAK BANYAK PELAJAR YANG AKAN MENYERTAINYA. LAGIPUN INI AKAN MEMBERI LESEN KEPADA PARTI-PARTI ALTERNATIF UNTUK BERTAPAK DI IPT DAN MENGGUGAT UMNO PADA MASA AKAN DATANG..

RAKYAT MELIHAT KETANDUSAN IDE TUAN HJ. DR. MAHATHIR.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8. Hamid tidak gentar hadapi Shahnon di Sik

MUAR, Ahad - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Dr Abdul Hamid Othman, sedia dicabar penulis buku SHIT, Datuk Prof Shahnon Ahmad, jika ahli seumur hidup Pas itu berhasrat bertanding di Parlimen Sik.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ KOMEN:

NAMPAKNYA DATUK DR A. HAMID OTHMAN TELAH BERANI MENCABAR PROF. SHAHNON UNTUK MELAWANNYA DI PARLIMEN SIK.

ADAKAH DESAS-DESUS MENGATAKAN PROF SHAHNON AKAN BERTANDING DI SANA?

RAKYAT MELIHAT CABARAN DAN KEBERANIAN INI HANYA DITUNJUKKAN KEPADA PARTI LAWAN SAHAJA TAPI BILA BERDEPAN DENGAN KETERLANJURAN TUAN HJ DR MAHATHIR, BELIAU MENIKUS DIRI.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 9. Usah buat pemilihan kerana marah

Minda Pengarang

DALAM pilihan raya di mana-mana sekali pun, rakyatlah yang menentukan keputusan memilih kerajaan yang sah secara demokrasi. Keadaan yang sama berlaku di Malaysia yang meletakkan masa depan negara ini kepada pemilihan rakyatnya. Setiap lima tahun sekali, rakyat dibenarkan mengadili kerajaan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- KOMEN:

APA YANG MENARIK DALAM RENCANA INI ADALAH TAJUKNYA.

APAKAH RAKYAT TIDAK HARUS MENUNJUKKAN KEMARAHAN KE ATAS SEGALA KEDURJANAAN KERAJAAN BN?

APAKAH RAKYAT TIDAK PERLU MEMBAKAR KELAMBU SEKIRANYA JUMLAH NYAMUK' YANG ADA DI DALAMNYA BEGITU BANYAK SEKALI?

RAKYAT TAHU APA YANG RAKYAT MAHU. RAKYAT MENJADI HAKIM TERHADAP KERAJAAN.

Last changed: May 06, 1999