Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Mengulas Utusan Malaysia - 4.5.99

From: Wirawan
Date: 03 May 1999
Time: 22:09:33

Comments

1. Dedahkan nama kroni -- Pemuda mahu mereka diadili jika kekayaan diperolehi secara tidak sah

KUALA LUMPUR 3 Mei - Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO mahu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan nama kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat kekayaan melalui penyalahgunaan kuasa oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda, Datuk Hishammuddin Tun Hussein ketika mengulas perkara itu menegaskan: ''Kerajaan juga mesti bersedia membawa kroni-kroni Anwar ke muka pengadilan sekiranya ada di antara mereka disyaki memperoleh kekayaan melalui saluran yang tidak sah.''

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- KOMEN:

RAKYAT JUGA BERSAMA-SAMA DENGAN DATIN SERI WAN AZIZAH INGIN TUAN HJ. DR MAHATHIR MENDEDAHKAN BUKAN SAHAJA MENGENAI "KRONI ANWAR" ITU TETAPI JUGA SEMUA PEMIMPIN UMNO.

RAKYAT TAHU BAHAWA BUDAYA UMNO MENGKAYAKAN PEMIMPINNYA.

RAKYAT TIDAK YAKIN KATA-KATA TUAN HJ. DR MAHATHIR INI KERANA PENGISTIHARAN HARTA DIBUAT OLEH PEMIMPIN UMNO ITU KEPADA BELIAU. MENGAPA TIDAK DIADAKAN SIASATAN? MENGAPA TIDAK DI DAKWA? MENGAPA BERTINDAK SEKARANG DAN TIDAK DULU?

BAGI RAKYAT, KRONI TUAN HJ DR MAHATHIR MEMANG BANYAK, MELAYU ADA, CINA ADA, INDIA ADA, SERANI PUN ADA.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Najib haramkan SHIT di sekolah

ALOR SETAR 3 Mei - Sekolah-sekolah di seluruh negara diarahkan supaya tidak menyimpan novel kontroversi SHIT karya Sasterawan Negara, Profesor Datuk Shahnon Ahmad kerana tidak layak dibaca oleh masyarakat khususnya golongan pelajar.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, novel tersebut tidak sesuai diletakkan di perpustakaan sekolah untuk dibaca oleh para pelajar kerana ia menggunakan perkataan mencarut dan lucah.

''Ini kerana nilai kesusasteraan novel itu terlalu rendah,''katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan beliau dengan warga pendidikan negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- KOMEN:

ADA BENARNYA TINDAKAN DATO NAJIB INI TAPI RAKYAT SANGSI MENGENAI KEBERKESANAN NYA KERANA RAKYAT TAHU BAHAWA ANAK-ANAK KECIL HARI-HARI, SIANG DAN MALAM DIDENDANGKAN DENGAN PERKARA-PERKARA YANG LUCAH DAN BERUNSUR SEKS DAN KEGANASAN DI PETI TELEVISYEN.

AMARAN DATO NAJIB TERHADAP GURU-GURU SUPAYA TIDAK BERPOLITIK JUGA ADALAH KATA-KATA YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI KERANA HANYA GURU-GURU SAHAJA DALAM PERKHIDMATAN KERAJAAN PERINGKAT PEGAWAI DIBENAR AKTIF DALAM POLITIK. MALANGNYA INI HANYA UNTUK PARTI UMNO SAHAJA.

RAKYAT JUGA MELIHAT KEMUDAHAN DAN PERALATAN SEKOLAH DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI- AKTIVITI UMNO.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 3. Jangan guna OSA alasan enggan beri maklumat

KUALA LUMPUR 3 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa pegawai-pegawai kerajaan supaya tidak menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) sebagai alasan untuk tidak memberikan maklumat dan penerangan kepada rakyat.

''Susah untuk anda (wartawan) menentukan ia tertakluk kepada OSA atau tidak. Pegawai berkenaan tahu sama ada maklumat itu boleh diberitahu atau tidak.

''Mungkin ada perkara pada peringkat tertentu masih rahsia lagi, mungkin ada perkara yang memerlukan pertimbangan jemaah menteri terlebih dahulu,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum mengenai pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di bangunan Parlimen, hari ini.

Memorandum yang ditandatangani oleh 580 wartawan daripada 11 akhbar utama Itu disampaikan oleh wartawan The Star, Shaila Koshy sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- KOMEN:

RAKYAT MEMAHAMI TINDAKAN PARA PEGAWAI KERAJAAN YANG SENANTIASA DIPERSALAHKAN OLEH AHLI-AHLI POLITIK.

ADALAH LEBIH BAIK BERDIAM DIRI DARIPADA DIMARAHI OLEH AHLI-AHLI POLITIK YANG MENCAMPURI PENTADBIRAN KERAJAAN.

APA PANDANGAN DATUK SERI ABDULLAH DALAM PERKARA INI?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Negara huru-hara jika pentadbir ingkar dasar

BANGI 3 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, negara akan menjadi huru-hara jika anggota pentadbiran kerajaan tidak mematuhi segala dasar dan arahan kerajaan.

''Kalau kita tidak patuhi peraturan, akan wujud huru-hara dan kita tidak boleh melaksanakan apa-apa kalau kita tidak patuhi cara kita mentadbir negara.

''Yang menjadi mangsanya ialah rakyat dan yang akan menerima akibat buruk ialah negara apabila pentadbir dipengaruhi perasaannya dengan memihak kepada orang itu atau ini,'' kata Perdana Menteri.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pegawai- Pegawai Daerah Seluruh Malaysia di sini, hari ini. Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Abu Hassan Omar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdul Halim Ali.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- KOMEN:

SEPERTI YANG RAKYAT NYATAKAN TADI, AHLI-AHLI POLITIK TETAP AKAN MENYALAHKAN KAKITANGAN KERAJAAN SEDANGKAN PADA REALITINYA CAMPUR TANGAN AHLI-AHLI POLITIK SEPERTI UMNOLAH YANG MENGGANGGU PERLAKSANAAN TUGAS.

LAGIPUN DASAR-DASAR KERAJAAN BERUBAH-UBAH DALAM SEKELIP MATA SEBAGAI CONTOH DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN. INI BERLAKU DIMANA-NAMA JABATAN KERAJAAN.

BELUMPUN SATU DASAR ITU DAPAT DILAKSANAKAN SUDAH ADA DASAR BARU PULA YANG BERCANGGAJ DENGAN DASAR LAMA.

RAKYAT PUN PENING JUGA.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 5. Kerajaan teliti sistem kewangan negara

BANGI 3 Mei - Kerajaan sedang meneliti sistem pentadbiran kewangan negara bagi memastikan kelancaran penggunaan dan proses pengeluaran peruntukan untuk pembangunan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

''Amat penting sekali pegawai-pegawai daerah yang berada di penghujung sistem pentadbiran kita menentukan pembayaran dibuat seberapa segera yang boleh.

''Dengan cara itu, ia boleh memperkayakan rakyat dan negara serta menolong memulihkan kedudukan ekonomi negara,'' katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KOMEN:

KALAULAH NIAT TUAN HJ. DR MAHATHIR INI IKHLAS, MAKA BAGUSLAH. TAPI RAKYAT FIKIR YANG MENYEBABKAN BELIAU MARAH ADALAH KERANA PROSES TERSEUT MENGGANGGU ALIRAN TUNAI SYARIKAT ANAK-ANAK DAN PARA KRONINYA.

BUKAN BEGITU?

RAKYAT SEDAR BAHAWA SEMUA PROJEK PEMBANGUNAN DIBERIKAN KEPADA MEREKA.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6. Teliti peruntukan tidak dibelanja

BANGI 3 Mei - Perbendaharaan telah diarah meneliti punca peruntukan projek- projek pembangunan amat ketara tidak dibelanjakan, kata Menteri Kewangan Pertama, Tun Daim Zainuddin.

''Telah sampai masanya kita meneliti kembali segala kaedah dan cara yang kita gunakan selama ini untuk merancang, menyediakan belanjawan dan melaksanakan projek yang mungkin tidak bersesuaian dalam waktu krisis,'' katanya.

''Ini tidak boleh berterusan dan saya sendiri akan memanggil setiap kementerian untuk mendapatkan penjelasan mengapa perkara ini berlaku,'' katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KOMEN:

PERNYATAAN TUN DAIM INI MEMPERJELASKAN ALASAN YANG DIBERIKAN DI ATAS.

YANG RAKYAT TAHU, ORANG YANG MEMEGANG JAWATAN TIDAK SEHARUSNYA BERNIAGA DALAM MASA YANG SAMA.

YANG MENJADI MANGSA ADALAH KAKITANGAN KERAJAAN.

RAKYAT MELIHAT SEMUA INI.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7. Syor tubuh Majlis Media

KUALA LUMPUR 3 Mei - Senator Datuk Zainuddin Maidin mencadangkan supaya sebuah Majlis Media ditubuhkan bagi menangani krisis dan pencemaran maklumat yang kini seperti tidak terkawal.

Menurutnya, krisis maklumat itu menyebabkan generasi baru Melayu tenggelam dan menjadi tidak rasional akibat pengaruh anasir antinasional yang dibantu oleh teknologi maklumat.

''Pencemaran ini berlaku kerana kepantasan pergerakannya yang tidak seimbang dengan pergerakan intelektualisme rakyat terutama bumiputera.

''Saya menyeru para pengarang akhbar dan pihak terlibat menubuhkan Majlis Media seperti di Britain,'' katanya semasa membahaskan kertas putih mengenai status ekonomi Malaysia di Dewan Negara.

-----------------------------------------------------------------------------

KOMEN:

SARANAN ZAM INI HANYA SEKADAR USAHA KERAJAAN UNTUK MEMBENDUNG APA YANG DIMAKSUDKAN MEREKA SEBAGAI ANTINASIONAL.

RAKYAT INGIN BERTANYA, ADAKAH PENENTANGAN TERHADAP KEMUNGKARAN DISIFATKAN SEBAGAI ANTINASIONAL? ADAKAH BERLAINAN PENDAPAT DENGAN TUAN HJ. DR MAHATHIR SEBAGAI ANTINASIONAL?

APAPUN RAKYAT TAHU BAHAWA KEWIBAWAAN MEDIA-MEDIA TEMPATAN TERGUGAT KERANA CAMPURTANGAN POLITIK.

-----------------------------------------------------------------------------

9. 'Pernikahan' DAP-Pas

HIPOTESIS: Apakah DAP masih mempertahankan dasar Malaysia Malaysia-nya (Malaysian Malaysia), manakala Pas pula terus memperjuang matlamat menubuhkan sebuah negara Islam?

Kesimpulan: DAP sudah lama menenggelamkan dasar tersebut dan Pas pula sudah terpesong daripada matlamatnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KOMEN:

RAKYAT BERPENDAPAT BAHAWA RENCANA INI DITULIS OLEH KERANA KEBIMBANGAN KERAJAAN BN TERHADAP KEKUATAN BARISAN ALTERNATIF.

KERJASAMA YANG TERMETERAI DI KALANGAN PARTI-PARTI ALTERNATIF MINGGU LALU MEMBUAT KERAJAAN BN GOYAH.

PADA RAKYAT PARTI-PARTI KOMPONEN BN JUGA MEMPUNYAI AGENDA MEREKA TERSENDIRI DAN MEREKA BOLEH MENGETEPIKAN SEMUA ITU UNTUK MEMBENTUK BN YANG MANTAP.

BEGITU JUGALAH DENGAN PARTI-PARTI ALTERNATIF INI, MEREKA BERKERJASAMA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT MENUMBANGKAN KERAJAAN BN YANG TELAH BANYAK MEROSAKKAN NEGARA DAN MENYUSAHKAN RAKYAT.

SAMADA PARTI-PARTI ALTERNATIF AKAN MENJADI SATU KERAJAAN BARU AKAN DITENTUKAN OLEH RAKYAT.

YANG PENTING RAKYAT TELAH BERSEDIA UNTUK BERUBAH.

Last changed: May 06, 1999