Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Kenyataan  Ketua Pemuda KeADILan: Sdr. Ezam Mohd Noor

From: PARTI KEADILAN NASIONAL
Date: 03 May 1999
Time: 22:42:51

Comments

Mesyuarat Exco Pemuda Keadilan malam ini telah membincangkan beberapa tindakan yang berkaitan gerak kerja Pemuda Keadilan. Di samping itu, kita telah membincangkan dengan panjang lebar isu-isu semasa tanah air terutama yang menyangkut kepentingan rakyat.

Antara yang paling menarik perhatian kita ialah kenyataan pemimpin negara ini yang menyebut kemampuan sistem perundangan dan kehakiman negara ini dalam melaksanakan proses perundangan.

Kita tidak pernah mempersoalkan tentang kemampuan. Sebaliknya isu yang dibangkitkan oleh rakyat ialah sama ada sistem tersebut benar-benar telus, adil dan bebas daripada campurtangan kuasa politik.

Pemuda Keadilan membangkitkan isu ini kerana suara-suara rakyat dalamn soal ini amat jelas. Kita tidak berupaya untuk menutup mata dan telinga terhadap suara-suara kekecewaan rakyat terhadap kepincangan institusi perundangan terutama Jabatan Peguam Negara.

Rakyat kecewa kerana Jabatan Peguam Negara tidak lagi berpegang kepada prisip. Apa yang jelas Peguam Negara mengamalkan sikap memilih-milih kes untuk disajikan kepada institusi kehakiman yang tidak lagi bebas.

Rakyat makin kecewa kerana Jabatan Peguam Negara secara jelas diperalatkan untuk menjamin kuasa seorang Perdana Menteri terus kekal. Contohnya, cerita politik seperti salah laku seks yang dikarang oleh tukang karut dan pengampu Dr. Mahathir menjadi agenda utama institusi pelaksana undang-undang untuk diselesaikan.

Bagaimana dengan kes seorang menteri yang dikaitkan dengan pemberian saham kepada salah seorang ahli keluarganya? Bagaimana dengan tuduhan adanya pemimipin yang terlibat dengan satu kes pembunuhan? Bagaimana dengan isu adanya anak-anak pemimpin yang menggunakan alamat kediaman rasmi pemimpin untuk mendapatkan kontrak? Bagaimana dengan kes pelaksana undang-undang negara yang bercuti dengan tauke besar yang pada ketika itu mempunyai kes di mahkamah? Apakah siasatan rapi telah dijalankan?Apakah pertuduhan telah dibuat?

Rakyat tidak lagi boleh berkompromi dalam perkara ini. Bagi rakyat, semua ini karut dan perlu dihentikan. Adalah malang, institusi yang sepatutnya menjadi payung kepada rakyat telah diperalatkan untuk kepentingan pemimpin parti pemerintah yang rakus.

Semuanya ini menimbulkan persoalan di kalangan rakyat sejauh mana bebasnya agensi pelaksana undang-undang di negara ini. Benarlah seperti kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa jabatan peguam negara jelas mengamalkan malicious prosecution. Apa yang jelas. pemimpin parti pemerintah sekarang masih kebal daripada sebarang pertuduhan.

Sehubungan itu, atas rasa tanggungjawab dan amanah, atas rasa menjunjung tinggi harapan dan kehendak rakyat, Pemuda Keadilan sebulat suara mendesak agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menjalankan siasatan secara menyeluruh ke atas kepincangan institusi Peguam Negara. Ini penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada institusi tersebut.

Di samping itu, mesyuarat malam mi juga turut membincangkan tentang amalan pilih kasih yang diamalkan oleh Dr. Mahathir.

Bag membuktikan ketelusan, Pemuda Keadilan mencabar agar Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan kepada rakyat senarai projek-projek penswastaan yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonoini (EPU) Jabatan Perdana Menteri serta nilai setiap projek penswastaan dan penerimanya sejak beliau memerintah negara ini.

Keduanya, kita mencabar agar senarai penerima saham dan jumlah yang diterima yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan bermula dari zaman Tengku Razaleigh, Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim didedahkan kepada umum.

Malah Pemuda Keadilan menuntut, jika Dr. Mahathir boleh menyebut kononnya ada pemimpin yang mempunyai RM230 juta dan dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. kita mencabar beliau agar menjadikan perisytiharan harta oleh para menteri, menteri besar, timbalan menteri, setiausaha parlimen, exco kerajaan negeri dan pemimpin parti pemerintah lainnya sebagai dokumen umum.

Kita menuntut agar semua dokumen ini didedahkan serta merta kerana daripada situ barulah kita tahu siapa sebenarnya yang punya RM230 juta atau siapa yang punya ratusan juta lainnya.

Selagi Dr. Mahathir tidak berupaya berbuat demikian, selagi itulah rakyat boleh beranggapan bahawa amalan rasuah, penyelewengan dan salah laku masih berleluasa di dalam kerajaan. Rakyat berhak untuk mengetahui perkara yang sebenar. Jangan hanya membuat tuduhan secara umum hanya kerana beliau berkuasa. Jika rakyat diajar supaya tidak menyebar cerita tidak berasas, apakah sebagai pemimpin yang masih berkuasa, Dr. Mahathir dan kuncu-kuncunya boleh berbuat demikian.

Hentikanlah semua kekarutan ini. Rakyat sudah muak dan jelak dengan semua pembohongan. Pemuda Keadilan ingin memberi jaminan kepada rakyat selagi pembohongan ini masih diteruskan, kita tidak akan berdiam diri. Pemuda Keadilan tidak akan berkompromi dengan pemimpin yang terus menafikan hak rakyat.

Sekian. terima kasih.

Last changed: May 06, 1999