Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Siapa Di Belakang Akhbar Eksklusif?

From: Mahazalim
Date: 03 May 1999
Time: 22:48:50

Comments

Mahazalim menerima maklumat bahawa akhbar Eksklusif didalangi oleh salah seorang kroni Daim Zainuddin bernama Rosnah Majid. Dia merupakan penyumbang kewangan untuk pengeluaran akhbar tersebut. Ketua pengarangnya adalah bekas pegawai peribadi beliau. Tujuan akhbar ini dikeluarkan ialah untuk mengalihkan minat dan mengurangkan pengedaran akhbar HARAKAH yang tersangat popular sekarang ini.

Dalam isu pertama akhbar tersebut mereka menunjukkan seolah-olah mereka mendokongi Gerakan Reformasi dan penyokong kuat DSAI. Setelah berjaya menarik minat kepada pembacaan Eksklusif , dalam isu kedua mereka telah mula mewujudkan pro-dan kontra terhadap DSAI dan Gerakan Reformasi. Dalam isu-isu seterusnya mereka akan sedikit demi sedikit menghentam DSAI dan Gerakan REFORMASI tanpa disedari. Dengan ini mereka mengharapkan orang ramai akan terpengaruh dengan dakyah-dakyah mereka yang dilakukan secara halus.

Pengeluaran akhbar ini terpaksa dilakukan kerana masyarakat sudah hilang kepercayaan kepada akhbar-akhbar harian rasmi seperti Utusan, Berita Harian dan NST. Walaubagaimanapun dengan izin ALLAH S.W.T niat jahat mereka terbongkar dan taktik jahat mereka terdedah. Semoga ALLAH S.W.T. melindungi para pejuang gerakan Islam dan Keadilan daripada terdedah kepada maklumat-maklumat palsu yang akan disebarkan secara halus.

Berhati-hatilah dengan taktik kotor para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang desperado sekarang ini.

Wasallam.

Salam perjuangan dari Mahazalim

Last changed: May 06, 1999