Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Luaskan Liputan Reformasi Kepada Penyiaran Radio

From: Ketua Perusuh
Date: 03 May 1999
Time: 22:51:13

Comments

Kita semua sedia maklum akan kesan mental yang boleh diperolehi daripada suntikan propaganda. Jika setiap hari kita diberikan maklumat yang salah tentang sesuatu perkara, maka lama kelamaan ianya akan menjadi betul sekiranya kita tidak dibenarkan untuk membezakannya dengan akal fikiran yang Allah berikan kepada kita.

Teknik propaganda pada media-media utama seperti akhbar mahupun televisyen dan filem telah lama muncul dan disepakati dapat memberikan kesan maksima terhadap pemikiran rakyat atau sesiapa yang melihat dan membacanya. Ini dapat kita lihat pada Peperangan Dunia Pertama dan pada Peperangan Dunia Kedua.

Oleh yang demikian, maka kerajaan kita juga mengamalkan prinsip ini dalam mendidik masyarakat Malaysia agar menerima semua yang ditentukan oleh kerajaan. Tidak dapat tidak ianya memberikan sedikit kesan kepada sebilangan besar rakyat di negara kita ini. Bagi orang kampung ataupun orang yang tidak mempunyai kemudahan mendapatkan maklumat secara alternatif maka mereka akan sedikit sebanyak terpengaruh dengan propaganda ini.

Akan tetapi, dewasa ini kita semua dikejutkan oleh satu lagi medium propaganda yang paling efisien, murah dan pantas serta tidak dapat dikawal oleh kerajaan iaitu medium internet. Internet memainkan peranan yang besar dalam menjayakan Reformasi iaitu ketika Reformasi pelajar di negara China yang mana pihak luar dapat menerima maklumat daripada internet yang disalurkan oleh para reformis di China yang kebanyakkannya adalah pelajar.

Begitu jugalah dengan apa yang berlaku di Indonesia. Malah laman web milik kerajaan Indonesia telah beberapa kali di'hack' semata-mata untuk menyampaikan mesej Reformasi (contohnya mengenai isu Timor Timur).

Di negara kita ini juga, telah dan akan berlaku satu gerakan menggunakan medium internet sebagai penyambung wadah Reformasi yang mana dalam satu kajian yang telah pihak kami (Underground Reformist) jalankan pada tarikh 10 April, telah didapati hampir 82.7 peratus pengguna internet di Malaysia akan mengunjungi laman web Reformasi sebanyak lebih daripada tiga kali sehari. Sebanyak 15.3 peratus pula akan melawat laman web Reformasi sekurang-kurangnya sekali sehari, manakala selebihnya pula akan melawat laman web Reformasi sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Kami menggunakan 120,000 orang sebagai sasaran kajian kami.

Ini menunjukkan budaya penyebaran maklumat secara total mengenai Reformasi dalam internet menjadi semakin berkesan. Dalam pada itu pihak yang anti reformasi telah meneruskan usaha mereka untuk 'counter attack' Reformasi dengan menyediakan platform media TV dan akhbar sebagai punca propaganda mereka. Ada juga sebilangan kecil antara mereka yang menggunakan medium internet untuk tujuan yang sama akan tetapi ianya tidak memberikan kesan yang menyengat.

Walaupun boleh dikatakan para reformis telah menguasai hampir 90 peratus media internet di Malaysia, akan tetapi kesan minda rakyat tidak akan berubah selagi mana ianya hanya untuk internet sahaja. Adalah wajar jika semua reformis berganding tangan untuk menyambungkan informasi dari internet kepada khalayak ramai (contohnya bagi orang yang tiada kemudahan internet).

Memang kos percetakan atau fotostat akan menyebabkan segala usaha menyampaikan menjadi terbantut, akan tetapi ianya bukanlah satu alasan yang amat kukuh. Dalam perjuangan perlulah ada pengorbanan. Tanpa pengorbanan mana mungkin sesuatu kejayaan akan muncul. Oleh yang demikian perlulah ada usaha untuk memperkukuhkan serta menyambung wadah perjuangan dari internet kepada media 'upstream'.

Cadangan terbaik ialah dengan menggunakan sedikit kemahiran dalam bidang penyiaran (radio frequency) yang mana setiap reformis yang mahir dalam bidang ini (contohnya yang biasa melakukan radio haram ketika di pusat pengajian tinggi dahulu) agar membuat satu set radio pemancar yang berkeupayaan untuk memintas signal radio kerajaan.

Set radio ini perlulah mudah gerak (mobile) dan dalam kuantiti yang banyak (semua mesti menggunakan frekuensi yang sama) yang mana dengan ini kita dapat memancarkan 'signal' reformasi yang akan membawakan para pendengar radio mendengar rakaman ceramah reformasi ataupun mana-mana ceramah Barisan Kerajaan Alternatif.

Tujuan diadakan peralatan mudah gerak adalah untuk melambatkan proses pengesanan di mana jika ianya ingin di'trace' maka masa yang akan diambil adalah agak lama.

Sebagai contoh, Signal Radio Era boleh kita gantikan dengan Signal Radio Reformasi Era. Dengan ini kita akan boleh menyampaikan maklumat mengenai reformasi kepada ramai rakyat Malaysia yang mana mereka ini mungkin pengundi sah yang akan membolehkan pengubahan minda supaya mereka akan mengundi Barisan Kerajaan Alternatif.

Jika cara ini berjaya, mungkin juga kita boleh melancarkan gerakan yang sama kepada media televisyen (TV). Adalah diharapkan agar para reformis sekalian akan terus memperkukuhkan pegangan kita dalam media internet dan kemudian kita melangkah kepada media radio. Kita janganlah terlalu mengharapkan kesan internet akan dapat memberikan kesan positif kepada ramai rakyat kerana berapa ramaikah rakyat Malaysia yang mempunyai peluang dan kemampuan untuk menggunakan komputer dan internet.

oleh Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa -ISIS) 4 MEI 1999

Last changed: May 06, 1999