Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Tanda MAHAFIRAUN Ditolak Penduduk Kubang Pasu

From: Pembaca Mahafiraun 2020
Date: 03 May 1999
Time: 22:52:36

Comments

Majlis 'Forum Perdana Perpaduan Ummah' yang diadakan di IPDA (Institut Perguruan Darul Aman) yang disiarkan oleh ntv7 amatlah mengecewakan MAHAFIRAUN. Sebenarnya, saya telah terlewat sampai ke majlis tersebut, lebih kurang pukul 9.45 malam barulah saya tiba di IPDA.

Suasana yang amat memeranjatkan saya ialah tiada sebarang petanda bahawa satu majlis yang besar yang dihadiri oleh PM sedang dilangsungkan, tidak seperti yang saya sangkakan, iaitu sambutan orang ramai mestilah memeriahkan. Ini memandangkan sekitar IPDA adalah kawasan perumahan serta pelajar-pelajar IPDA.

Majlis diadakan di dewan besar IPDA yang anggaran saya boleh dimasuki 2000 orang. Apa yang dapat saya lihat, di dalam dewan tersebut lebih banyak kerusi yang kosong. Ini bermakna yang hadir hanyalah lebih kurang 1000 orang, itupun setelah mengambil kira semua petugas dan VVIP.Untuk menarik orang ramai, majlis ini telah diserikan dengan kehadiran kumpulan nasyid yang terkenal, yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur (maaf terlupa namanya), ini tidak lain daripada semata -mata untuk menarik minat orang ramai.

Namun, semuanya ternyata gagal. Sepanjang majlis tersebut tiada soal jawab yang dibenarkan. Ahli panel yang terlibat ialah Datuk Md Noor Gadoh , Prof. Yusuf Hassan (yang pekat UMNOnya) serta dipengerusikan oleh Fadzil Hanafi (pengarah Bahagian Khas Politik Jabatan Penerangan Malaysia). Majlis ditamatkan sekitar pukul 10.00mlm.

Terima kasih pada Ustaz Firdaus dari Masjid Negara kerana tidak hadir ke majlis tersebut, juga pada Dr. Mashitah dari UIA yang diberi tawaran dua kali ganda tetapi menganbil keputusan menolak undangan ke forum tersebut. Disebabkan kurangnya orang yang hadir, maka sedikit makanan ringan yang disediakan dalam plastik banyak yang tidak habis. Saya melihat setiap orang boleh mengambil hingga tiga atau empat bungkus.

Saya merasakan majlis tersebut telah gagal, bukan sahaja kerana kurang sambutan tetapi sambutan penonton juga teramat dingin, lansung tiada tepukan setelah tamat majlis, masing-masing nampak tidak ceria seperti dalam majlis-majlis perhimpunan yang lain. Sekiranya tiada guru pelatih, yang merupakan satu pertiga daripada penonton.bermakna 1/3 sahaja dewan yang dipenuhi penonton.

Kenapa orang Kubang Pasu tidak hadir dalam majlis ini untuk memberi sokongan moral pada MAHAFIRAUN, pastinya kita telah dapat menjawab persoalan tersebut. Oleh itu, rakyat Malaysia harus mengakui bahawa di tempat sendiripun MAHAFIRAUN tidak mendapat sambutan. Demi Tuhan, saya menceritakan apa yang saya lihat dan anggaran pengamatan saya secara kasar. Jangan percaya akan laporan ntv7, media propaganda MAHAFIRAUN.

oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020 4 MEI 1999

Last changed: May 06, 1999