Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Setiakawan Estrada Patut Dipuji

From: Ayah Alang
Date: 03 May 1999
Time: 22:53:39

Comments

Media kerajaan terus-menerus memberikan komen mereka mengenai lawatan Wan Azizah ke Manila. Najib kononnya kesal dengan kenyataan Wan Azizah yang menyamakan kediktatoran Marcos dengan MAHAFIRAUN.

Abdullah Badawi juga berkata begitu. MAHAFIRAUNpun kata begitu dan ketika berceramah dalam Hiwar Islam, MAHAFIRAUN seolah-olah marahkan Estrada pula. Apa yang dapat diperhatikan oleh rakyat sekarang ialah:

Pihak kerajaan mencari apa sahaja isu yang boleh digembelingkan demi untuk menawan hati rakyat. Namun, yang menyedihkan mereka ialah apa sahaja yang dipaparkan sudah tidak dapat langsung meyakinkan rakyat, walaupun di kalangan ahli UMNO ataupun penduduk luar bandar yang dikatakan bodoh.

Setakat yang pernah saya dengar, Wan Azizah belum lagi mengeluarkan kata-kata nista yang boleh disifatkan durhaka kepada negara. Wanita yang merupakan serikandi negara ini amat menjaga batas dan wadah perjuangan yang dilakukannya. Beliau hanya menentang pemimpin korup dan zalim yang memimpin kerajaan kini. Ini tidak bermakna yang beliau khianat kepada negara Malaysia.

Estrada pula atas kapasitinya sebagai manusia Filipina tentunya tidak akan 'meletakkan jawatannya' sebagai sahabat Anwar Ibrahim. Bagi kita, tentunya satu tindakan terpuji terutamanya ketika rakan dalam kesusahan, yang tentunya berbeza sekali dengan rakan Anwar Ibrahim yang ada di Malaysia kini yang hanya berkawan dengan Anwar Ibrahim ketika dalam kesenangan.

Rakyat faham tentang kemarahan pemimpin UMNO itu. Apa tidaknya? Walaupun Wan Azizah hanya sebagai pemimpin parti pembangkang tetapi beliau telah diberikan penghormatan yang terlalu tinggi dengan disediakan polis bermotosikal untuk mengawal lalu lintas perjalanannya.

Pada pandangan rakyat terbanyak di Malaysia, perbuatan dan tindakan Estrada itu terpuji. Beliau dapat membezakan antara layanan protokol dan tugas kemanusiaan. Seharusnya pemimpin UMNO dapat bersikap demikian terutamanya dalam memberikan layanan kepada Anwar Ibrahim.

Dimanakah letaknya budi bahasa orang Melayu, ditinjau dari segi layanan kerajaan pada Anwar Ibrahim?

Atas alasan itulah rakyat sudah tidak ada lagi keyakinan kepada kerajaan yang memerintah sekarang terutamanya oleh MAHAFIRAUN dan kuncu-kuncunya. Kuasa rakyat dan kuasa Allah akan menentukan segala-galannya.

Last changed: May 06, 1999