Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

SHIT yang bacul!

From: Pembaca Mahafiraun 2020
Date: 03 May 1999
Time: 22:54:57

Comments

Setiap hari rakyat dapat melihat telatah Datuk Seri seperti keanak-anakkan, kadangkala seperti orang yang bersalah. Maknanya Datuk Seri sudah sampai ke penghujung.

Datuk Seri bukan lagi orang yang berautoriti untuk bercakap mengenai keadilan kerana Datuk Seri sendiri tidak adil. Datuk Seri bukan orang yang berautoriti bercakap mengenai fitnah kerana Datuk Seri kepala segala fitnah di negara ini dan kepada dunia.

Datuk Seri bukan orang yang layak bercakap mengenai bersatu kerana Datuk Seri adalah punca perpecahan parah di negara ini sehingga maruah negara tercemar. Malah rakyat mentertawakan Datuk Seri apabila bercakap mengenai Islam. Datuk Seri hanyalah 'badut' Malaysia.

Apakah Datuk Seri tidak mahu sedar hakikat ini dan malu pada diri sendiri? Datuk Seri kini orang yang paling hina di negara ini. Di dunia Datuk Seri setaraf jahatnya dengan penjenayah seperti Mustaffa Kamal Attartuk, Shah Iran dan Hitler.

Rakyat kini tidak mahu lagi mendengar dan melihat Datuk Seri. Rakyat sudah meluat dengan Datuk Seri. Jangan sampai kuburpun tidak mahu menerima Datuk Seri abila sampai masanya nanti.

Apalah salahnya Datin Seri Wan Azizah sehingga diserang oleh Datuk Seri dari semasa ke semasa. Datuk Seri menyatakan Datin Wan Azizah adalah lemah dan bukan lawan Datuk Seri tetapi yang nyata Datuk Seri kini dalam ketakutan.

Datuk Sri tanpa henti menggunakan media TV, radio, majalah dan akhbar untuk mengutuk Datin Wan Azizah. Malah Datuk Seri menggunakan semua polis dan mahkamah serta budak-budak mentah Datuk Seri seperti Abdullah BA, Hishammudin (kaki mabuk), ISA Samad. Akan tetapi rakyat terus mengangkat Datin Wan Azizah. Rakyat akan tetap bersama beliau. Jangan cabar kebangkitan rakyat!

Datuk Seri mengutuk dan terus membuat fitnah kononnya ada campur tangan luar. Memang benar rakyat yang akan menentukan pemerintahan negara ini bukan orang luar dan bukan Estrada. Yang jelasnya kini rakyat negara ini dan dunia luar sudah bosan dan jijik dengan telatah Datuk Seri. Melanggar hak asasi manusia, melanggar keadilan dan melanggar asas kebebasan manusia. Rakyat sendiri tidak boleh menerima Datuk Seri.

Datuk Seri sekali lagi membuat fitnah mengenai kononnya Datuk Sri Anwar Ibrahim memberi projek kepada kroninya sehingga kroninya itu mendapat 230 juta ringgit. Sebagai rakyat kami cabar Datuk Seri kemukakan nama kroni tersebut secara terbuka dan dedahkan juga milik harta anak-anak Datuk Seri. Kami cabar Datuk Seri. Bagaimana seorang Perdana Menteri boleh membuat fitnah dan terus meneruskan perbuatan itu? Pada waktu yang sama menyembunyikan pengkhianatan terhadap rakyat.

Rakyat sedih kerana mempunyai seorang PM seperti Datuk Seri dan lebih bersedih tokoh pimpinan dunia, Datuk Sri Anwar Ibrahim dipenjara oleh Datuk Seri. Betapa 'hina' dan 'bacul' perbuatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mahathir Mohamad. Rakyat tiada pilihan kecuali menolak Datuk Seri Mahathir Mohamad. Rakyat akan terus bangkit menentang Datuk Seri yang bacul.

Last changed: May 06, 1999