Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

SATU LAGI REKOD MELAYU PERTAMA

From: RN
Date: 04 May 1999
Time: 05:59:50

Comments

Kuala Lumpur Suatu kumpulan antarabangsa yang menamakan diri mereka Committee To Protect Journalists (Badan Pelindung Wartawan) yang berpangkalan di Amerika Isnin 3 Mei sempena Hari Kebebasan Akhbar, menyiarkan nama-nama 10 orang individu yang menjadi musuh kepada kebebasan akhbar.

Pengarah Eksekutif badan itu, Anne C. Kooper menyiarkan nama sepuluh orang itu mengikut taraf masing-masing daripada segi kekejaman mereka terhadap kebebasan akhbar.

Di antara 10 nama mereka yang notorius itu ialah nama Dr. Mahathir Mohamed, sayangnya beliau berada di tangga ke-8 sahaja. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia berbangga kerana inilah kali pertama seorang rakyat Malaysia berjaya menduduki tempat dalam senarai tersebut.

Nama-nama sepuluh orang yang dianggap musuh kebebasan akhbar di seluruh dunia ialah:

1. President of Yugoslavia Slobodan Milosevic.

2. Presiden Cina Hiang Ze-min.

3. Presiden Cuba Fodel Castro.

4. Presiden Congo Laurent Kabila.

5. Perdana Menteri Habshah atau Ethiopia Meles Zenawi.

6. Ukraine’s President Leonid Kuchma.

7. Presiden Tunisia Zine Abdine Ben Ali.

8. Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir Mohamad.

9. Presiden Peru Alberto Fujimori.

10. President Mesir Hosni Mubarak.

Mereka yang namanya layak masuk dalam senarai itu dikatakan memang mempunyai rancangan untuk menutup maklumat benar dengan cara-cara yang menganiaya dan menzalimi para wartawan termasuk menapis berita, memecat, memenjara, menyerang, mencederakan, malah membunuh juga.

Milosevic dikatakan banyak melakukan perbuatan mengancam dan menakut-nakutkan wartawan, menyerang dan mencederakan mereka, mengenakan denda yang berat dan membatalkan lesen mereka. Dengan cara itu beliau berjaya menindas suara-suara yang mengkritik dan menentangnya.

Jiang dikatakan banyak menekan para wartawan yang bersikap bebas termasuk dengan arajan menutup akhbar, majalah dan syarikat-ysarikat penerbit.

Castro dikatakan sanggup menangkap wartawan yang berani melaporkan perbicaraan kes mereka yang menentang kerajaan ataupun demostrasi aman oleh rakyat.

Laurent Kabila dikatakan sudah menangkap 70 orang wartawan dan dia menuduh kebebasan akhbar menjadi punca kekalahan tenteranya.

Zenawi ialah pemimpin Afrika yang paling banyak menangkap dan memenejara waratwan. Pada tahun 98 dia memenjarakan 12 orang wartawan dan tahun ini 20 orang lagi sudah dipenjarakannya.

Kuchma menindas kebebsan akhbar dengan mengenakan cukai dan denda yang amat berat kepada penjual-penjual akhbar. Dia juga membiarkan sahaja pejabat-pejabat akhbar dibom dan wartawan-wartawan diserang dan dicederakan.

Zine Abdine Ben Ali mengharamkan penjualan buku-buku dan media asing, menutup laman-laman web dan menakut-nakutkan wartawan.

Dr. Mahathir Mohamad dituduh menguasi media utama dalam negara, memberi ganjaran mewah kepada wartawan yang menutup berita-berita negatif dan menakut-nakutkan media asing.

Fujimori dituduh membiayai kempen memburuk-burukkan media Peru yang bersikap bebas, mengancam nyawa wartawan, merakamkan perbualan telefon, memata-matai, mengaibkan dan menangkap mereka.

Mubarak dituduh meluluskan undang-undang yang menyekat kebebasan akhbar, menutup syarikat akhbar dan memenjara wartawan atas kesalahan memberi malu. - RN

Last changed: May 06, 1999