Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

MAHATHIR CAMPUR TANGAN DALAM EHWAL FILIPINA

From: RN
Date: 04 May 1999
Time: 06:01:00

Comments

Kuala Lumpur, Selasa 4 Mei Dr. Abdul Rahim Ghouse yang terbang dari Jakarta ke Manila untuk ikut serta dalam rombongan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memenuhi undangan Puan Cory Aquino melaporkan Presiden PKN itu diberi sambutan seperti seorang tetamu negara.

Pelbagai program diaturkan oleh tuan rumah, termasuklah perjumpaan dengan Presiden Estrada, Puan Cory Aquino, para Senator dan Ahli-ahli Kongress, tokoh-tokoh akademik, para pemimpin gerakan sosial serta wartawan-wartawan Filipina.

Seorang kolumnis akhbar yang terkenal menganggap Dr. Mahathir sudah bertemu dengan "Cory Malaysia" yang mampu memimpin rakyat menumbangkan diktator itu.

Dalam pertemuan dengan senator-senator dan ahli-ahli Kongress Filipina pada 29 April, seorang senator mempersoalkan amaran kerajaan Malaysia kepada Presiden Estrada yang dianggap campur tangan dalam urusan dalam negara Malaysia.

Menurut senator itu, Dr. Mahathirlah yang sebenarnya campur tangan dalam urusan dalam negera Filipina disebabkan Dr. Mahthir cuba menentukan siapa yang boleh menjadi tetamu negara Filipina.

Kata senator itu, "Kerajaan Filipina tidak pernah menyemak ataupun menghalang mana-mana tetamu Dr. Mahathir daripada melawat beliau di Malaysia."

Dalam majlis yang sama, seorang ahli kongress menimbulkan peranan akhbar Harakah. Hampir semua pemimpin yang hadir dalam majlis itu mengetahui tentang peranan yang dimainkan oleh Harakah.

Datin Seri Dr. Wan Azizah menjelaskan Dr. Mahathir sedang berusaha menghadkan penyebaran Harakah yang menunjukkan Dr. Mahathir akan terus menyekat kebebasan bersuara dan akhbar di Malaysia.

Satu isu lain yang ditimbulkan oleh beberapa orang senator dalam perjumpaan itu ialah penipuan dalam pilihanraya umum termasuk pengundi hantu dan pemindahan pengundi. Mereka menerangkan perbuatan itu serupa dengan taktik kotor yang digunakan oleh diktator-diktator lain, termasuk Presiden Marcos.

Ramai yang hadir membaritahu mereka bimbang akan keselamatan dan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka mengetahui perbuatan kejam bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor. Mereka juga mengathui konspirasi politik dan usaha usaha jahat Dr. Mahathir untuk terus mengaibkan Anwar Ibrahim.

Senator Ople, pemimpin Dewan Senat Filipina yang turut hadir dalam majlis itu menjelaskan, di dalam suatu penulisannya beliau percaya "Anwar is on the right side of history and Mahathiris on the wrong side." (Sejarah akan membuktikan Anwar betul dan Mahathir salah.) - RN

Last changed: May 06, 1999