Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

RAKYAT TETAP TIDAK PERCAYA KATA-KATA MAHAFIRAUN

From: Pembaca Mahafiraun 2020
Date: 04 May 1999
Time: 13:46:00

Comments

1. Sokongan rakyat di Kubang Pasu terhadap MAHAFIRAUN telah mulai ranap apabila khemah yang didirikan untuk muatan 400 orang penyokong terpaksa dialihkan ke dalam dewan kerana penyokong yang hadir hanya 50 orang.

2. Tiga buah bas penyokong ADIL ditahan polis sebelum sempat tiba ke lapangan terbang untuk menyambut kepulangan Presiden KeADILan dari Manila. Adil ke macam ni? Bila balik tak sempat apa-apa lagi, penyokong dah kena tahan.

3. Pekan Rabu, Alor Setar-Seorang kawan yang tak pernah ketinggalan memangkah BN dan MAHAFIRAUN merungut, "Hang dah pecat dia, hang dah gari tangan dia, tutup mata dia, tumbuk mata dia sampai lebam, dah penjarakan dia sampai enam tahun, tambah tuduhan lagi kat mahkamah? Hang nak apa sebenarnya?" Kawan saya ni nampaknya kecewa benar dengan sikap MAHAFIRAUN.

Tak disangka-sangka pemimpin yang diseganinya itu sanggup berbuat sedemikian rupa. Hari ini MAHAFIRAUN telah menunjukkan kebaculannya apabila berani menuduh RM 230 juta dimiliki oleh kroni Anwar.

Kenapa tak tuduh semasa Anwar di luar? Bacul! Pengecut! Sudahlah tuduhan itu dilemparkan semasa Anwar tidak boleh komen apa-apa, keluarkan pula gambar Anwar menyanyi dengan Aishah, apa maknanya ni?

"Walaupun jasad terpenjara, tetapi jiwa tetap bebas dan merdeka" Hah! Rasanya seolah-olah Anwar berada di luar penjara. Punya takut MAHAFIRAUN pada Anwar sampaikan nak tambah lagi berbelas-belas tahun, tohmah lagi, tuduhan lagi. Keluarkanlah semua keburukannya, rakyat tetap tidak akan percaya pada cakap-cakap nyanyuk MAHAFIRAUN ! Zalim MAHAFIRAUN akan menerima pembalasannya!

oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020 4 MEI 1999

Last changed: May 06, 1999