Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

OKT MEMPERKENALKAN DIRI KEPADA SAKSI POLIS

From: RN
Date: 04 May 1999
Time: 14:01:05

Comments

Kuala Lumpur, Rabu 5 Mei Wartawan RN melaporkan semalam Selasa 4 Mei perbicaraan 126 OKT yang ditangkap pada 17 Oktober 1998 di sambung semula.

Dalam perbicaraan semalam semua saksi-saksi pendakwa tidak dapat mengecam semua OKT yang ditangkap. Saksi-saksi memberitahu hakim bahawa mereka tidak ingat pegawai polis ataupun FRU yang menyerahkah semua 21 orang OKT untuk dibuatkan laporan mereka sebelum dihantar ke IPKKL.

Sewaktu menjawab soalan Peguambela, saksi-saksi polis menjelaskan bahawa mereka tidak nampak OKT-OKT itu membuat apa-apa kesalahan jenayah ataupun terlibat dalam perhimpunan haram tersebut.

Selepas perbicaraan tamat, sewaktu sedang berjalan keluar dari mahkamah, Wartawan RN sempat terdengar OKT Othman Mohammad berkata kepada saksi polis Lans Kopral Mohd. Noor Ismail, "Sayalah Othman Mohammad."

Lans Kopral Mohd. Noor Ismail berkata, "Ya ke?" sambil senyum lebar dan terus berjalan pergi dari situ.

Dalam perbicaraan semalam, saksi pertama ialah Detektif Lans Kopral Loh Kim Suie yang bertugas di cawangan Pencegahan Maksiat dan Perjudian di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di Jalan Stadium. Beliau memberitahu hakim pada 17 Oktober itu beliau ditugaskan "stand-by" dalam Ops Gempur and menjadi petugas kerja-kerja dokumentasi. Pada malam tersebut beliau membuat laporan OKT Norsafri Bin Norani dan OKT Badruddin Ibrahim.

Saksi ke-2 ialah Detektif Lans Kopral Kamarul Azmi Bin Mohd. Noor. Pada malam itu beliau ditugaskan sebagai penerima tangkapan. Beliau membuat laporan bagi OKT Yasir Bahini Bin Abdul Kadir dan OKT Mohd. Zailani Ahmad.

Saksi ke-3 ialah Eng Siew Yang. Pada malam itu beliau bertugas di Dataran Merdeka dan menerima seramai 11 orang OKT dan membuat laporan mereka iaitu OKT Azlan Hasimin, OKT Azahari Wahab yang juga terlibat dalam tangkapan di Kg. Baru pada 24 Oktober, OKT Zakiron Zakaria, OKT Mohamad Adeeb Mohd. Nordin, OKT Zainor Halim Zainuddin, OKT Rosli Abdullah, OKT Tn. Hj. Daud Shariff, OKT Mohd. Taib Aman, OKT Abdul Razak Tahrin dan OKT Aszar Ramli.

Saksi ke-4 ialah Detektif Teoh Soy Lim. Beliau merupakan saksi kepada 6 orang OKT yang ditangkap dalam restoran di McDonalds yang terletak dalam kompleks Daya Bumi. Detektif Teoh sudah memberikan keterangan mengenai tangkapan tersebut pada 22 Februari 1998. Pada malam 17 Oktober itu beliau membuat laporan OKT Abdul Rahman Bin Omar.

Saksi ke-5 ialah Lans Kopral Azhar Bin Abu Ahmad. Beliau juga pernah memberi keterangan pada 18 February 1999. Pada 17 Oktober beliau membuat laporan tangkapan OKT Ali Bin Saad, 46 tahun.

Saksi ke-6 ialah Lans. Kop Muruli Taran A/L Muthusamy. Pada malam 17 Oktober itu beliau membuat laporan OKT Zulfakar Bin Hasan Basri dan OKT Rosli Kamaruddin. Laporan dibuat pada jam 10.40 malam.

Saksi ke-7 ialah Detektif Kopral Mohd. Khairulai Bin Abdullah. Pada malam itu beliau bertugas dalam pasukan tangkapan dan juga menerima tangkapan. Beliau membuat laporan OKT Zarmyzee Zakaria dan OKT Mohd. Ikram Hassan.

Saksi ke-8 dan terakhir ialah Lans Kopral Mohd. Noor Ismail berusia 49 tahun dan bertugas sebagai penjaga Store Mahkamah. Pada malam tersebut beliau membuat laporan OKT Othman Mohammad yang ditangkap oleh seorang FRU.

Perbicaraan tamat pada jam 4.00 petang dan disambung semula pada jam 9.15 pagi Rabu yang juga merupakan hari terakhir pihak pendakwa memberi keterangan.

Pegawai yang mendakwa semalam ialah En. Abang Iskandar manakala Peguambela ialah Encik. Christian dan En. Thairu, manakala Majistret adalah Tuan Kamarul Zaman. - RN

Last changed: May 06, 1999