Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

KUDA PM YANG SEGAN BERBICARA

From: Mat Mentalon
Date: 04 May 1999
Time: 14:15:15

Comments

Sehari dua ini kecoh di kalangan usahawan dan ahli-ahli ekonomi kisah Qarun Malaysia, Daim bersubahat dengan Akhbar Khan mengilas pelabur-pelabur saham KLSE-CLOB bernilai RM11 – 15 bilion. Apakah modal yang perlu dikeluarkan oleh Daim dan Akhbar? Tidak banyak. Pertama, tubuhkan sebuah syarikat dengan modal berbayar RM2.00. Kedua, perah bank-bank dan syarikat kewangan tempatan memberi pinjaman. Berapakah keuntungan dijangka akan diperolehi? Tidak banyak. Cuma sekitar RM6 bilion. Cukup duit poket perbelanjaan hujung minggu dan kalau-kalau ada lebih boleh hulur saguhati untuk pilihanraya umum akan datang.

Apa yang hendak dihairankan. Dalam pemerintahan rejim PM Kepala Taik di negara ‘Malaysia Boleh’ semua perkara karut marut, tak senonoh, fitnah memfitnah, merompak, melanun, balun-membalun sememangnya telah menjadi lazim dan diterimapakai. Daim, kuda setia PM Kepala Taik yang tidak banyak berbicara secara senyap meronot mengatur strategi. Lantaklah kalau ekonomi negara lingkup. Bagi kuda ini, remeh-temeh keluhan rakyat bukan isu. Stail pentadbiran kuda ini ialah menyorong arahan-arahan bertulis pensil untuk diambil tindakan orang bawahannya di Kementerian Kewangan. Kalau arahan-arahan menjadi kalut dan memungkinkan ‘makan diri’, pemadam getah boleh selesaikan. Inilah tuan-tuan, puan-puan dan adik-adik sekelian cara pentadbiran yang telus, bersih, cekap dan amanah yang diagungkan oleh PM Kepala Taik dan disambut meriah seirama oleh kader-kader dan penjilat PM dalam pemerintahan BN@Barisan Najis.

Seorang lagi kuda yang pendiam dan tidak banyak berbicara ialah Ali Abul Hassan. Walaupun kurang berbicara tetapi kepala otak berputar ligat. Daripada jawatan Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU), kuda ini mengorak langkah sehinggalah menjadi Gabernor Bank Negara. Kisah penyelewengan kuda ini semua sudah termaklum. Habis institusi kerajaan diswastakan sehinggalah tugasan mengangkat sampah dan mencuci longkang tidak terkecuali. Mungkin kuda ini ingin berbicara, tetapi oleh kerana penguasaan Bahasa Melayunya amat lemah maka lebih baik berdiam sahaja dan membiarkan dirinya ditunggang dan dipacu sepuasnya oleh PM Kepala Taik dan Qarun Malaysia. Lagi pun, kalau kuda ini membebel cuba berbicara orang ramai sukar memahami. Lebih baik dipaparkan gambarnya di kaca televisyen dan selanjutnya huraian maksud yang ingin disampaikannya dibaca melalui suara latar. Kuda ini sebenarnya tidak ada masa dan tidak berkepentingan untuk menguasai Bahasa Melayu. Akar umbinya (roots) masih bertapak kemas di negara lain sehinggakan menantu yang layak baginya pun diimport khas dari India. Inilah antara perangai kuda-kuda peliharaan yang disimpan di kandang PM Kepala Taik. Rakyat disekat peluang berbicara, ditekan dan diugut supaya terus menerus memberi mandat dan kuasa kepada rejim PM Kepala Taik. Renungkanlah!

Hapuskan Rejim Zalim Pimpinan PM Kepala Taik!~DM

Last changed: May 06, 1999