Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Kisah di Teluk Intan

From: mf Reformis, Taman Seri Setia
Date: 04 May 1999
Time: 14:25:10

Comments

Semenjak 29-30 April lalu, kehadiran pasukan FRU dan beberapa 'keperluan' tambahan dari Kuala Lumpur sememangnya menimbulkan syak wasangka penduduk di sini. Polis mungkin memberi alasan di sebabkan perayaan kaum India seluruh Malaysia yang diadakan di bandar ini. Sekatan jalanraya di jalan utama keluar-masuk ke bandar ini diadakan 24 jam selama 2 hari berturut-turut, dari tinjauan dan dari sumber tertentu saya dapat tafsirkan kemungkinan kehadiran FRU ke sini adalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana kebangkitan atau perubahan penduduk di kawasan yang dahulunya di pegang oleh BN kini telah dirampas oleh DAP. manakala terdapat pula siri-siri ceramah oleh parti-parti PAS, dan keADILan serta beberapa individu oleh Datuk Dr Harun Din dan Hassan Din di kawasan berdekatan bandar ini seperti di Chenderong Balai.

sememangnya penduduk-penduduk di kawasan ini menolak kepimpinan BN pada masa sekarang dan akan datang, kibaran bendera2 dan tertubuhnya cawangan2 baru PAS di hampir seluruh kawasan perumahan di bandar ini menunjukkan penduduk di sini sudah pasti bersedia untuk menghadapi perubahan yang besar pada pilihanraya akan datang.

manakala ketua umno bahagian Teluk Intan dan juga Bagan Datoh (Zahid Hamidi) yang sudah pasti tidak akan dicalonkan pada masa akan datang ini kerana dikatakan 'orang' DSAI, manakala pengganti mereka juga pasti ditolak mentah-mentah oleh penduduk di kawasan Teluk Intan dan Bagan Datoh.

Kami boleh hidup tanpa BN.

Hidup PAS, keADILan & DAP untuk kemajuan Teluk Intan.

Last changed: May 06, 1999