Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Dengar-Dengar lawan Bisik- Bisik - 5.5.99

From: Wirawan
Date: 04 May 1999
Time: 23:33:17

Comments

KEKAYAAN bernilai RM230 juta adalah besar, cukup besar. Wang sebanyak ini jika disimpan dalam Tabung Haji, misalnya, boleh membawa dividen RM23 juta setahun.

Dividen ini adalah lebih besar daripada keuntungan banyak syarikat bersaiz sederhana. RM23 juta setahun tanpa perlu berbuat apa-apa adalah satu habuan yang besar, cukup besar. Ia ibarat rezeki yang datang berterbangan dari langit dan bergolekan dari bumi.

Begitulah murahnya rezeki sesetengah manusia 'terpilih.' Sama ada rezeki sebegini boleh dilihat sebagai ketentuan takdir, tidak tahulah Awang.

Mungkin Tuhan mahu menduganya; mahu melihat bagaimana dan apa yang dibuat dengan rezeki yang melimpah ruah itu.

Awang - Teringin nak jadi kroni.

DENGAR-DENGAR

DENGAR-DENGAR RENONG DIBAIL SAMPAI BERBILION-BILION RINGGIT. BEGITU JUGA SYARIKAT-SYARIKAT MIRZAN DAN MOKHZANI.

KALAU DAPAT 230 JUTA CARA BETUL TAK APA. RAKYAT PUN NAK TAHU SIAPA.

TAPI BERBANDING BERBILION-BILION, 230 JUTA NAMPAK KECIL SAJA.

TUAN HJ. DR MAHATHIR MENGATAKAN "SAYANG ANAK-ANAK KU, AMBIL, AMBILLAH BERAPA LAGI MAHU?"

KAN ELOK AWANG JADI ANAK TUAN HJ. DR MAHATHIR DARIPADA MENJADI SEORANG KRONI.

Last changed: May 06, 1999