Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Strategi BN Memakan Diri

From: HC
Date: 04 May 1999
Time: 23:45:59

Comments

Sebagai Tok Guru dan Mursyid sebuah gerakan Islam, TG Nik Aziz sudah pun menjangkau jauh setiap keputusan yang dibuatnya dan memberi kelebihan terhadap parti-parti pembangkang.

Setakat ini, antara putar-alam UMNO untuk membusukkan nama TG Nik Aziz ialah dengan memutar-belitkan kenyataan beliau tentang "wanita tidak boleh bekerja".

Tetapi strategi tersebut nyata memakan diri UMNO. TG Nik Aziz bukan sahaja berjaya menjelaskan dan mempromosikan idea canggihnya bagaimana untuk membantu wanita bekerja (dengan jadual waktu anjalnya) di samping menjaga anak-anak dan keluarga mereka di dalam media kerajaan, tetapi juga turut membongkar kenyataan HEADSHIT sendiri yang pernah meyuarakan perkara yang sama pada tahun 80-an dahulu. Akhirnya, sampai sekarang UMNO tidak berani lagi bersuara mengenainya.

Isu novel SHIT ini juga, pada saya, akan backfire juga dan memakan diri UMNO, kaki putar belit ala mamak. Ini kerana rakyat bukan sahaja bertambah benci dengan sistem politik UMNO ala SHIT itu, mereka yang berfikiran waras juga akan mengatakan; "Itulah, dulu pandai sangat dia (HEADSHIT) mencarut dan melucah (dalam kes DSAI), sekarang rakyat semua dah mula ikut jejak langkahnya. Bapak borek anak rintiklah nampaknya."

Bagi rakyat yang sedang berada dalam situasi kelabu asap berkenaan kenyataan TG Nik Aziz itu pula akan mula mendapatkan buku tersebut dan membacanya sendiri. Maka mereka pun akan tertanya-tanya; "Mengapa seorang Sasterawan Negara, bertaraf Profesor Emeritus (pulak tu!), tergamak menulis sebuah novel yang sedemikian rupa? Tentunya ada satu faktor besar yang memotivasikan beliau sehingga berlaku sedemikian rupa kerana ini bukan sebarang orang ni."

Maknyanya, rakyat yang sememangnya sudah berada di kem pembangkang akan semakin kuat dan bersemangat, sementara yang masih "couldn't care less" pula akan mula di heret ke satu sudut untuk mula "care" tentang apa yang sebenarnya berlaku di dalam persekitarannya.

Seperti kata Ustaz Hashim (YB Arau); "Sekarang ni, apa yang depa buat semuaaa tak kena, apa yang kita buat semuaaa kena, dan apa yang kita tak buat pun, semuaaa kena."

Last changed: May 06, 1999