Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

KENYATAAN BERSAMA OLEH PARTI-PARTI PEMBANGKANG

From: Barisan Pembangkang
Date: 04 May 1999
Time: 23:56:21

Comments

DEDAHKAN KEKAYAAN YANG DIMILIKI KRONI-KRONI

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa seorang kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumpul sebanyak RM230 juta. Tetapi beliau enggan menamakan kroni itu.

Tersangat keji dan pengecut sekali bagi Mahathir memfitnah Anwar selepas menyumbatnya ke dalam penjara. Beliau bertindak tidak ubah seperti bekas KPNnya, Tan Seri Rahim Noor yang menyerang Anwar secara kejam sewaktu tangannya bergari dan matanya ditutup.

Cara Mahathir membunuh keperibadian Anwar dengan menggunakan TV serta media cetak tanpa memberi peluang kepadanya untuk mempertahan diri bukan saja tidak bertanggungjawab bahkan juga merupakan salah guna kuasa yang keterlaluan.

Cukup memalukan bahawa Mahathir, yang ingin menjadi negarawan dan suara negara-negara Selatan, bertindak dengan cara begitu rendah untuk terus berpaut kepada kuasanya.

Anwar telah berulang kali mencabar Mahathir supaya mendedahkan butir-butir segala kontrak, projek penswastaan dan lesen yang diberikan semasa Tun Daim Zainuddin dan semasa Anwar menyandang jawatan Menteri Kewangan. Sepatutnya Mahatir menyambut cabaran ini dan mengumumkan butir-butir tersebut sekarang supaya rakyat ramai dapat menjadi hakim siapakah yang bersalah mengamalkan kronisme, Mahathir atau Anwar atau kedua-duanya.

Mahathir tidak seharusnya menunggu sampai kempen pilihan raya bermula dan kemudian mengeluarkan senarai yang tidak lengkap tentang kroni-kroni yang dituduh. Tidak ada peluang atau masa untuk rakyat ramai meneliti senarainya itu. Sekiranya Mahathir benar-benar ikhlas hendak memerangi kronisme beliau mesti keluarkan senarai penuh sekarang juga.

Kami menyeru Mahathir supaya jangan menyalahgunakan kedudukannya dan memperalatkan media massa untuk membunuh keperibadian Anwar. Kami mencabarnya supaya:

1) Menamakan kroni Anwar yang dituduh dengan segera.

2) Mendedahkan kepada umum butir-butir kekayaan yang dimiliki Mahathir, isterinya, anaknya serta keluarga-keluarga mereka, dan bagaimana kekayaan itu diperolehi mereka.

3) Memastikan para menterinya, terutama Daim Zainuddin, memberitahu kepada umum segala kekayaan yang mereka sendiri dan anggota-anggota keluarga mereka miliki secara langsung atau melalui wakil (nominee), dan bagaimana mereka memperolehi kekayaan tersebut.

Sekiranya tidak boleh, Mahathir dan kroni-kroninya mesti memberhentikan taktik kotor mereka.

Ditandatangani oleh: Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KeADILan YB Dato Haji Fadzil Noor, Presiden PAS YB Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Dr Syed Husin Ali, Presiden PRM

--------------------------------------------------------------------------------

JOINT STATEMENT OF OPPOSITION PARTIES

DISCLOSE WEALTH OWNED BY CRONIES

Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad made an allegation that a crony of Datuk Seri Anwar Ibrahim had amassed RM230 million. He has declined to name the alleged crony.

It is absolutely despicable and cowardly for Mahathir to vilify Anwar after having him locked up in prison. He is behaving just like his former IGP, Tan Seri Rahim Noor, who violently assaulted Anwar when he was handcuffed and blindfolded.

Mahathir's character assassination of Anwar using the TV and print media without giving Anwar an opportunity to defend himself is not only highly irresponsible but also a blatant abuse of power.

It is a shame that Mahathir, who has been aspiring to be a statesman and the voice of the South, should descend so low in order to cling on to power.

Anwar has repeatedly challenged Mahathir to disclose particulars of contracts, privatised projects and licenses given out during the period Tun Daim Zainuddin was Finance Minister and also during the period Anwar was Finance Minister. Mahathir should accept the challenge and disclose the particulars now so that the public can judge who is guilty of cronyism,Mahathir or Anwar or both.

Mahathir should not wait until the campaign for elections starts and then bring out an incomplete and partial list of alleged cronies. There will be no time and opportunity for the public to scrutinise his list. If Mahathir is sincere in fighting cronyism he should release the list now.

We call on Mahathir not to abuse his position and use the mass media to character assassinate Anwar. We challenge him:

1) To name Anwar's alleged crony immediately.

2) To disclose to the public particulars of the wealth owned by Mahathir, his wife, his children and members of his and his wife's families and how they acquired it.

3) To get all his ministers, especially Daim Zainudin, to disclose to the public the wealth owned by them and members of their families directly or through nominees and how they acquired such wealth.

If Dr Mahathir cannot meet this challenge, then he and his cronies should stop their dirty tactics.

Signed by: Dr Wan Azizah Wan Ismail, KeADILan President YB Dato Haji Fadzil Noor, PAS President YB Lim Kit Siang, DAP Secretary General Dr Syed Husin Ali, PRM President

Last changed: May 06, 1999