Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

LUPAKAN DAHULU SOAL PATRIOTISME KARUT

From: Ayah Alang
Date: 05 May 1999
Time: 00:01:45

Comments

Semua orang mengatakan rakyat yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan. Tetapi apabila Sabah jatuh semula di tangan BN, maka ada juga sebilangan kecil rakyat, terutamanya orang UMNO yang berkata, " Itulah, tak boleh buat apa! BN kuat...." tanpa memikirkan faktor-fakotr penentu lain, ada yang terus membuat kesimpulan.

Saya amat yakin bahawa rakyat boleh menentukan jatuh bangunnya kerajaan yang ada. Keadaan perpaduan rakyat yang padu di belakang barisan keadilan, saya amat yakin kerajaan akan tumbang walaupun dengan tidak ada pilihanraya. Saya yakin...

Pilihanraya Umum adalah penentu. Setuju! Tetapi dengan tipu helah yang berbagai-bagai dibantu pula dengan faktor bukan Melayu, faktor orang Sabah dan Sarawak, ada juga kemungkinan ini akan menjadi sukar. Namun kerajaan mungkin belum tahu lagi tentang senjata sulit yang ada pada rakyat kini.

i. Polis agak berjaya mengawal tunjuk perasaan pelajar. Namun tunjuk perasaan akan diteruskan juga.

ii. Kerajaan menyekat sebarang usaha penerangan oleh parti pembangkang - keadilan. Kita teruskan juga.

TETAPI Kerajaan BN TIDAK BERJAYA:

i. Mengawal berita melalui Internet.

ii. Menyekat rakyat daripada MEMULAUKAN apa saja yang ada kaitannya dengan kerajaan. Kempen sudah bermula oleh Laman Web keramat ini. Cuma perlu diperkemaskan.

Saya rasa perlaksanaannya kurang kemas. Mungkin ramai yang tidak sedar akan kempen ini yang sedang berjalan.

Tindakan seterusnya:

i. Kesemua pemimpin parti PAS, PKN, PRM, DAP harus mengadakan mesyuarat mengenai langkah dan tindakan pemulauan yang harus dilakukan.

ii. Pemimpin NGO juga harus bertindak sedemikian.

iii.Para pemimpin pelajar harus memikirkan tindakan pemulauan yang patut saudara-saudara lakukan.

iv. Peneraju Laman web harus bekerjasama. Saya mencadangkan agar peneraju MAHAFIRAUN 2020 menjadi Ketua Penyelaras kempen.

Saya yakin kerajaan BN akan goncang kerana:

i. Golongan rakyat yang menentang kerajaan sekarang sudah mencapai 80%. Yang tidak menentang BN hanyalah Kroni PM, sebilangan kecil orang kecil UMNO yang bodoh-tolol, golongan peniaga Cina, kaum India yang sentiasa berada di atas pagar.

ii. Penyaluran maklumat dan arahan dibuat melalui internet dan ceramah umum. Oleh itu bahan ceramah Kak Wan, Nik Aziz, Lim Kit Siang, Dr. Hassan Ali, Ruslan Kassim mestilah memasukan seruan untuk memulaukan apa sahaja yang berkait rapat dengan kerajaan.

Kita telah berjaya memulaukan Berita Harian dan Utusan. Kita dengar juga orang berkata bahawa golongan kaya masih menyokong kerajaan. baiklah, kita kenalpasti golongan mana? Katakanlah Coca Cola, kita pulaukan. Kalau 80% rakyat yang memulaukan, akan terasa juga kesakitannya.

Kita dengar juga, Tawakkal Medical Centre, anak PM yang punya. Kita pergi ke hospital lain. Kita dengar juga PETRONAS mengampu PM, kita pulaukan. Jangan beli minyak.

Buat sementara waktu, kita lupakan dahulu Patriotisme. Kita bukan tidak sayangkan bangsa dan negara tetapi dalam saat begini kita terpaksa hancurkan dulu dan kemudian bangunkan ikut cara kita. Tambahan pula, hasrat pemimpin sekarang adalah untuk memusnahkan negara. Yang mereka fikirkan ialah kesejahteraan keluarga dan kroni mereka sahaja.

Saya syorkan agar tema Hari Kebangsaan Ke-42 ini ialah:-

"Hancurkan Kerajaan BN Ke Arah Menegakkan Keadilan"

oleh Ayah Alang 5 MEI 1999

Last changed: May 06, 1999