Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Guru Menentang Kerajaan

From: Ayah Alang
Date: 05 May 1999
Time: 00:08:27

Comments

Abang saya seorang pegawai tinggi di Kementerian Pendidikan. Semalam kami sekeluarga berkumpul di kampung. Cuti Hari pekerja. Ketika berbual-bual antara kami, entah macam mana abang meluahkan perasaannya.

Beliau ditugaskan oleh Menteri Pendidikan untuk menyatu dan memulihkan keyakinan guru kepada kerajaan terutama kepada Najib, Abdullah Badawi dan MAHAFIRAUN.

Dengan penuh perasaan beliau menyatakan yang beliau rela dibuang kerja ekoran daripada 'pressure' yang dikenakan kepadanya. Beliau menyatakan adalah terlalu sukar untuk memulihkan keyakinan guru, pelajar dan murid sekolah rendah kepada kerajaan.

Mengikut kata abang saya, punca yang menyebabakan guru amat marah kepada kerajaan ialah:

i. MAHAFIRAUN dan Najib menghina Bahasa Melayu dengan mengutamakan Bahasa Inggeris di IPT. Penggunaan Bahasa Inggeris amat meluas sehinggakan pegawai tinggi kerajaan dengan tidak segan silu lagi menggunakan bahasa itu di TV dan radio.

ii. MAHAFIRAUN dan Najib menghancurkan pendidikan orang Melayu. Apa tidaknya? Adanya IPTA dan IPTS seolah-olah telah wujud dua bentuk institusi pendidikan di dalam negara. IPTA untuk orang Melayu dan IPTS untuk yang bukan melayu. Berapa banyak IPTA berbanding dengan jumlah IPTS. Orang Melayu akan tenggelam, sudah tenggelampun. Angkara siapa?

iii. Guru tidak boleh lupa jasa Anwar Ibrahim. Beliaulah yang betul-betul mengangkat martabat Melayu, Bahasa Melayu dan pendidikan Melayu di samping jalan yang dirintis oleh Tun Abdul Razak dulu.

iv. Smart school untuk siapa? Mana dia smart school yang didirikan oleh kerajaan. Mengikut kata abang saya, orang bukan Melayu sudah mendirikan 500 smart school di seluruh Malaysia. Orang Melayu hanya mengharapkan smart school yang didirikan oleh kerajaan. Mana dia?

v. Kerajaan seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan membuat berbagai-bagai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim. Kaum guru amat 'panas' dengan keadaan ini. Guru pula terangsang apabila murid-murid mereka sendiri yang sentiasa bertanya tentang keadilan kerajaan.

Yang paling menariknya analisis abang saya ialah:

Anwar Ibrahim adalah kaum guru dan kaum guru adalah Anwar Ibrahim. Kaum guru tidak boleh memisahkan diri mereka dengan Anwar Ibrahim. Bagi mereka ketiadaan Anwar Ibrahim akan memalapkan perjuangan untuk memajukan bangsa dan mengangkat martabat negara.

Saya bayangkan Kementerian Pendidikan yang berada di satu persimpangan dan nasib yang akan dilalui oleh Najib Tun Abdul Razak dan MAHAFIRAUN sekiranya kaum guru sudah hilang kesabaran mereka.

oleh Ayah Alang 5 MEI 1999

Last changed: May 06, 1999