Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

HAKIM WAHAB ARAHKAN 'SEKATAN BERCAKAP'

From: Doi Moi
Date: 05 May 1999
Time: 00:12:33

Comments

KUALA LUMPUR, 4 Mei (AFP) - Hakim Mahkamah Tinggi semalam telah mengeluarkan arahan 'sekatan bercakap' dan menetapkan 7 Jun sebagai tarikh perbicaraan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Abdul Wahab Patail telah mengarahkan para peguam untuk tidak memberikan sebarang kenyataan akhbar dan turut mengarahkan pihak wartawan untuk menghadkan laporan mereka kepada perbicaraan sahaja. "Tiada seorang peguam pun, atau individu atau mana-mana pihak dibenarkan mengeluarkan sebarang komentar, kenyataan atau temuramah yang bersabit dengan perbicaraan ini atau yang berkaitan dengan perbicaraan ini", kata Hakim Wahab.

Arahan itu dibuat ekoran dari kenyataan akhbar Karpal Singh yang menyebut akan menfailkan notis menyingkirkan Hakim Wahab andainya beliau masih mahu mendengar kes ini. Wahab turut membidas Karpal sebagai bertindak 'tanpa menghormati mahkamah'. "Tindakan peguam yang berpengalaman menggunakan media sedemikian hanya bermaksud untuk menimbulkan keraguan dan kebencian terhadap keadilan sistem kehakiman".

"Hanya bukti berbentuk fakta atau penghujahan yang dibenarkan diterbitkan. Mana-mana wartawan yang melanggar arahan ini akan dihalang dari memasuki mahkamah ini", kata Wahab lagi.

Perbicaraan Anwar akan diadakan serentak dengan dua lagi tuduhan melibatkan adik angat beliau, Sukma Darmawan.

Wahab turut berkata bahawa perbicaraan ini akan didengar sendiri oleh 'beliau atau mana-mana hakim yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara'.

Mengulas permintaan dari peguam Sukma, Karpal Singh, agar Wahab tidak mendengar kes ini kerana beliau juga merupakan hakim yang turut mendengar satu lagi kes Sukma, Wahab berkata, "belum ada permohonan untuk menyingkirkan saya dibuat setakat ini".

Beliau turut berkata, "Tiada hakim yang begitu ingin mendengar kes ini, atau mana-mana kes. Tetapi dalam masa yang sama, tiada hakim yang mahu lari dari mendengar kes.

Ketika perbicaraan semalam, Anwar dan Sukma kelihatan berada di kandang tertuduh yang sama. Mereka kelihatan berbual. Anwar turut memberikan komen beliau berhubung dengan arahan hakim, namun tidak jelas kedengaran.

Last changed: May 06, 1999