Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Percaturan Semula Kuasa Dalaman UMNO

From: Algojo
Date: 05 May 1999
Time: 00:34:55

Comments

Semua orang tahu UMNO ialah sebuah kapal besar yang sudah buruk, reput dan tidak relevan lagi dalam apa-apa aspek dan konteks. Menunggu dibenam ke dasar laut sahaja. Namun begitu, nahkoda gilanya @ Shit Head masih tetap mahu meneruskan pelayaran dan kini diberitakan sedang aktif merencanakan percaturan semula demi kesinambungan kuasanya.

Antara lain, Pak Lah memang tempelan sementara sahaja. Bocor dah besar gajah, Pak Lah nak tampal pakai apa? Pak Lah memang dah semput.

Seorang jaguh lain akan diketengahkan. Kabarnya memang gagah seperti buaya. Baik dalam air maupun atas darat. Telah dicuba di Sabah baru-baru ini dan dianggap sukses. Dan percaturan semula ini akan mengorbankan seorang pemimpin terkanan UMNO iaitu Najib. Ini kerana Najib dianggap tidak bertelur dan lembap macam penyu.

Last changed: May 06, 1999