Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Pilihanraya terlalu hampir.

From: Holy Rebel
Date: 05 May 1999
Time: 01:04:37

Comments

PILIHANRAYA TERLALU HAMPIRSaya membuat andaian ini melalui pengamatan sendiri berdasarkan perlakuan dan tindakan mereka-mereka yang sekapal dengan 'orang tua' tu, diantaranya;

1. Trend sokongan rakyat Malaysia kepada pemerintah nampaknya semakin lama semakin merosot sejak daripada pemecatan DS Anwar. Tidak nampak trend ini akan berubah haluan dalam masa terdekat. Oleh itu pilihanraya perlu diadakan secepat mungkin sebelumkeadaan menjadi semakin teruk.

2. Kesihatan Mahathir sekarang agak baik setelah beberapa hari terlantar di IJN. Kini beliau boleh aktif semula. Peluang ini perlu digunakan sebaik-baiknya. Mereka tidak sanggup melihat Mahathir sakit sekali lagi sebelum pilihanraya diadakan kerana ini sudah tentunya akan menjejaskan sokongan yangbakal diterima.

3. Adalah dijangkakan ekonomi negara akan mengalami 'hick-up' pada bulan September akan datang apabila pelabur asing dijangka akan membuat pendirian keatas pelaburan mereka di negara ini berikutan genap setahun sekatan pelaburan dikenakan keatas mereka. Ini berkemungkinan akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kestabilan ekonomi negara.

4. Perbicaraan DS Anwar akan mula disebut pada 7 Jun ini. Sudah tentu mereka akan gunakan hasil perbicaraan kes ini untuk memburuk-burukkan beliau. Perjalanan perbicaraan akan disebarkan seluas-luasnya melalui media massa tempatan bagi meraih sokongan rakyatterhadap Barisan Nasional.

5. Daftar pemilih yang baru tidak akan diguna pakai. Semua orang tahu kebanyakkan pemilih baru adalah terdiri daripada orang-orang muda yang 90% menyokong 'Perubahan'. Oleh itu, pilihanraya mesti diadakan sebelum Daftar baru ini siap iaitu dalam bulan Oktoberatau November tahun ini.

6. 'Bail-out' syarikat-syarikat cronies sedang dilakukan dengan tergesa-gesa tanpa segan silu atau malu mata kepada rakyat. Sepatutnya ini dilakukan sedikit demi sedikit agar tidak begitu ketara. Mereka terpaksa menyegerakan proses ini kerana takut kehilangan kuasa selepas pilihanraya nanti. Kalau pilihanraya lambat lagi kenapa mesti tergesa-gesa?

7. Jelas kelihatan menerusi kaca TV dan akhbar, hampir setiap hari dan setiap muka surat akan memaparkan kempen-kempen pilihanraya parti pemerintah. Parti pembangkang dilaga-lagakan manakala pemimpin pembangkang diburukkan imej mereka saban hari. Usaha ini dilakukan dengan begitu intensif sekali seolah-olah parlimen sudah pun dibubarkan!

8. Kenyataan TPM supaya projek-projek terbengkalai disiapkan segera manakala projek-projek baru dilaksanakan dengan segera juga menyokong pilihanraya awal kerana ini merupakan isu pokok Barisan dalamsetiap pilihanraya. Banyak lagi isu-isu yang saya rasakan sangat-sangat meyakinkan kita bahawa pilihanraya akan diadakan seawal bulan Jun dan selewat-lewatnya bulan Ogos tahun ini. Saya secara peribadi percaya ianya akan diadakan pada akhir bulan Jun 1999 berpandukan isu-isu di atas.

Oleh itu sudah kita bersedia menjana suatu PERUBAHAN dalam minda kita dan rakyat semua untuk berjuang habis-habisan bagi menjamin kemenangan dalam pilihanraya yang akan datang? Saya sarankan tuan-tuan sekelian membantu kempen ini dengan menampal sticker lambang parti atau bahan-bahan kempen lain pada kenderaan tuan-tuan semua. Disamping itu hantarkan bahan-bahan bacaan dan risalah ke kampung-kampung kerana kawasan ini dikenalpasti masih berat untuk menolak kepimpinan Barisan Nasional berkemungkinan kekurangan maklumat sampai kepada mereka. Naikkan bendera parti-parti pembangkang di mana sahaja tercapai. Bagi yang berkemampuan tu keluarkanlah sedikit modal. Mudah-mudahan kita akanberjaya. InsyaAllah.

HolyRebel 05/05/99

Last changed: May 06, 1999