Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

MAHATHIR DICABAR ISTIHAR HARTANYA

From: RN
Date: 05 May 1999
Time: 03:08:16

Comments

Kuala Lumpur, Rabu 5 Mei Dr. Mahathir hari ini disifatkan seorang yang keji dan pengecut kerana berani memfitnah DS Anwar Ibrahim selepas menyumbat beliau ke dalam penjara terlebih dahulu.

Kejian itu dibuat oleh Dr. Syed Husin Ali dan semua pemimpin parti-parti pembangkang dalam kenyataan akhbar mereka.

"Dr. Mahathir mendakwa bahawa seorang kroni beliau mengumpul sebanyak

RM230 juta, tetapi enggan menamakan kroni itu. Kata Dr. Syed Husin Ali, Dr. Mahathir tidak ubah seperti bekas KPNnya, Tan Sri Rahim Noor yang menyerang Anwar sewaktu tangannya bergari dan matanya ditutup," katanya.

"Dr. Mahathir mahu menjadi negarawan dan suara negara-negara Selatan, tetapi bertindak begitu rendah untuk terus berpaut kepada kuasanya," sambungnya.

DS Anwar sudah berulang kali mencabar Mahathir supaya mendedahkan

butir-butir segala kontrak, projek penswastaan dan lesen yang diberikan

semasa Tun Daim Zainuddin dan semasa Anwar menyandang jawatan Menteri

Kewangan.

Sepatutnya Mahatir menyambut cabaran ini dan mengumumkan butir-butir tersebut sekarang supaya rakyat ramai dapat menjadi hakim siapakah yang bersalah mengamalkan kronisme, Mahathir ataupun Anwar ataupun kedua-duanya.

Kenyataan itu menyebut semua pemimpin parti-parti pembangkang mencabarnya Dr. Mahthir supaya menamakan kroni Anwar yang dituduh dengan segera.

Mereka juga mencabar Dr. Mahathir mendedahkan butir-butir kekayaan yang

dimiliki olehnya sendiri, oleh isterinya, anak-anaknya serta keluarga-keluarga mereka. Juga memastikan para menterinya, terutama Daim Zainuddin, memberitahu segala kekayaan yang mereka sendiri dan anggota-anggota keluarga mereka dan bagaimana mereka memperolehi kekayaan tersebut. - RN

Last changed: May 06, 1999