Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

LOKMAN NOOR ADAM DIHERET KE MAHKAMAH

From: RN
Date: 05 May 1999
Time: 03:09:29

Comments

Kuala Lumpur, Rabu 5 Mei Wartawan RN melaporkan, semalam Selasa 4 Mei refomis berani dan radikal Sdr. Lokman Noor Adam diheret ke mahkamah majistret Kuala Lumpur untuk menghadapi tuduhan.

Sdr. Lokman dituduh terlibat dengan perhimpunan haram di depan Istana Negara pada 17 Oktober. Apa yang berlaku ke atas beliau memeranjatklan ramai pihak disebabkan beliau hanya dituduh tujuh bulan selepas kejadian itu!

Seorang pemimpin PKN percaya Sdr. Lokman Noor Adam dituduh untuk memastikan beliau hilang kelayakan untuk bertanding di dalam piliharaya akan datang oleh kerana apabila sabit kesalahan beliau boleh dihukum 2 tahun penjara, suatu tempoh yang membatalkan kelayakan beliau menjadi calon.

Pada bulan September 98 Sdr. Lokman ditangkap di bawah ISA. Beliau beserta Sdr. Malek Husin dan Sdr. Ruslan Kassim adalah 3 orang yang paling lama ditahan di bawah undang-undang kejam itu. Mereka semua ditahan lebih 50 hari.

Walau bagaimanapun orang yang paling teruk diganasi polis ialah Sdr. Malek Husin yang dibelasah sampai dua kali pengsan dan dipaksa meminum air kecingnya sendiri. Selepas mereka bertiga keluar dari tahanan ISA mereka makin lantang menentang kekejaman polis dan kezaliman Dr. Mahathir, terutama sekali Sdr. Malek Husin yang teruk dibelasah polis bersama-sama Sdr. Tien Chua pada peristiwa 4 April lalu. - RN

Last changed: May 06, 1999