Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Malaysia Sudah Ada Banyak Wang ????

From: Labu Labi
Date: 05 May 1999
Time: 03:13:17

Comments

Seorang rakan sepejabat berbangsa Cina menunjukkan kepada saya sebuah akhbar berbahasa Cina yang menyatakan “liquidity” dalam pasaran kewangan Malaysia telah naik secara mendadak. Sehubungan dengan itu juga kadar faedah telah diturunkan lagi oleh bank-bank tempatan. Beliau bertanya saya, mana datang duit banyak-banyak tu…????

Saya menyatakan kepadanya, ada dua kemungkinan. Yang pertamanya, semua wang-wang kroni yang diheboh-hebohkan dulu telah dibawa kembali ke dalam negara. Ini adalah untuk memadamkan segala rekod simpanan wang di luar negara yang telah dilakukan sebelumnya. Juga bertujuan untuk membantu mengekalkan atau menaikkan semula indeks BSKL. Dengan itu kerajaan dapat menggunakan isu ini sebagai propaganda pilihanrayanya dengan mengatakan bahawa ekonomi telah pulih.

Yang keduanya, wang yang banyak-banyak ini datangnya daripada kerja-kerja bank negara mencetak wang tanpa sandaran. Seperti yang telah diketahui bahawa Mahathir telah mengarahkan bank negara mencetak wang untuk membiayai pilihanraya yang pasti diadakan dalam masa terdekat ini.

Begitulah Mahathir dan kroni-kroninya. Dia akan berbuat apa sahaja untuk memenangkannya dalam pilihanraya ini. Kita boleh bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya BN kalah dalam pilihanraya nanti. Itulah yang tak sanggup mereka hadapi…

Isu CLOB

Banyak pembaca mengatakan bahawa Daim melalui proxynya telah merancang mengambilalih CLOB untuk menambahkan kekayaannya. 24 buah syarikat di bawah CLOB akan diambilalih melalui pembiayaan oleh 5 buah bank besar di Malaysia yang menjangkau lebih daripada RM10 billion. Bagi saya, agendanya adalah lebih daripada itu.

Pada pendapat saya, ada beberapa sebab kenapa Daim bertindak demikian. Yang pertamanya memang untuk menambahkan kekayaannya sendiri dan dalam masa yang sama dapat digunakan untuk membiayai kos membeli rakyat Malaysia dalam pilihanraya nanti. Itu memang tidak dapat disangkal lagi.

Yang keduanya, kita perlu ingat bahawa 24 buah syarikat ini adalah syarikat yang tersenarai di papan utama BSKL. Saya tidak pasti nama-nama syarikat berkenaan. Tetapi yang saya yakin syarikat-syarikat tersebut adalah syarikat-syarikat utama yang akan memberi kesan terus kepada kenaikan dan penurunan indeks BSKL. Dengan kata lain, pengambilalihan tersebut juga bertujuan untuk mengawal secara langsung kenaikan dan penurunan indeks tersebut.

Perlu diingat bahawa pasaran saham adalah sangat sensitif kepada spekulator tempatan terutamanya yang berketurunan Cina. Saya pernah berjumpa dengan seorang pelabur Cina yang begitu marah dengan Mahathir. Beliau merasakan telah ditipu oleh Mahathir yang mengatakan ekonomi telah mula pulih. Beliau telah membeli saham dengan banyak dan tak sampai sebulan, saham tersebut jatuh menjunam sehingga tinggal tak sampai 20% daripada harga asalnya. Jadi untuk memenangi hati masyarakat Cina dalam pilihanraya nanti, indeks BSKL mesti terus dikawal daripada menjunam. Sentimen pasaran mestilah terus dikawal daripada berterusan menjadi lembab dan longlai. Sekurang-kurangnya, spekulator-spekulator perlu diberikan sedikit peluang untuk membuat keuntungan daripada sentimen “kenaikan harga saham” di pasaran ini.

Yang ketiganya, Daim menyedari bahawa beliau bergantung penuh kepada Mahathir untuk meneruskan agendanya memperkayakan dirinya sendiri. Apabila DSAI ditendang keluar, beliau dengan cepat berusaha mengambilalih BBMB. Ini adalah untuk menutup segala lobang-lobang hutang yang dibuat oleh kroni-kroni Mahathir termasuk dirinya sendiri.

Sekira Mahathir padam, atau DSAI kembali mengambilalih pentadbiran negara, beliau tidak mungkin mempunyai peluang lagi untuk menambahkan kekayaannya. Jadi apa sahaja rompakan yang hendak dilakukan perlulah dirancangkan dan dilakukan sekarang selagi Mahathir masih berkuasa. Walaupun pengambilalihan CLOB ini sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada barisan kerajaan dalam pilihanraya nanti, tetapi nafsu serakah tamak dan halobanya tak mengenal sesiapa. Tidak keterlaluan jika BN kalah selepas pilihanraya nanti, Mahathir dan Daim akan terus hilang daripada bumi Malaysia selepas menghisap sekering-keringnya harta rakyat dan membuat banyak keuntungan untuk dibawa ke dalam kubur masing-masing.

Apa yang tinggal kepada kita hanyalah timbunan hutang yang perlu dilangsaikan oleh rakyat (termasuk penyokong-penyokong kuat BN). Juga keadaan ekonomi yang pasti sangat dahsyat, malap dan mengambil masa untuk dipulihkan.

Apa-apapun, tiadalah sesiapa lagi yang akan menanggung semua ini melain bahu-bahu rakyat juga. Oleh kerana itu bertindaklah dari sekarang…..tentang Mahathir dan semua sekutu-sekutunya.. Biar mereka mampus. Rebut kembali harta-harta kita yang telah dicuri mereka. Mereka tak sepatutnya dibiarkan hidup senang dengan wang rakyat…hasil titik peluh kita…

Hidup Reformasi…Mampus BN

Last changed: May 06, 1999