Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

KAK RAFIDAH BILA NAK TURUN PADANG?

From: TAMAN DESA BAKTI, SELAYANG, SELANGOR/WP
Date: 05 May 1999
Time: 06:08:09

Comments

Aku dan kawanku telah pergi ke ceramah PAS di Taman Desa Bakti, Selayang. Penceramahnya ialah Dr Hassan Ali dan Ustaz Fadhil Nor. Kehadiran lebihkurang 8,000.00 orang. Namun aku percaya akan lebih sekiranya wakil dari Keadilan, PRM, DAP dan NGO turut ada bersama. Tetapi yang menarik lebih dari 70% adalah penduduk tempatan. Salah saorang kawanku adalah orang kuat UMNO dipantai timur. Aku tanya padanya:- Masa UMNO kuat dulu kehadiran macam ini ke? Dia kata ada, tapi tulah kena kerah, bas kena sediakan, Jabatan Penerangan nanti kasi makan free, Kemas akan turun padang dsb. Kehadiran sukarela macam ini, keluar duit poket sendiri, beli buku Shit dsb. tak ada lah.

Sambil mendengar ceramah tersebut aku membayangkan bila pilihanraya nanti orang-orang UMNO akan turun berkempen buat syarahan. Maklumlah ini kawasan Rafidah Aziz (B1). Berani ke depa tu?. Seperti yang diterangkan Ustaz Fadhil Noor mengenai "B1" iaitu saorang menteri kabinet sepatutnya telah didakwa rasuah kerana mempengurusikan mesyuarat pembahagian saham kepada menantu dan kroninya. Aku bayangkan Kak Rafidah turun padang dan memperjelaskan perkara sebenarnya. Pertama berani ke dia turun padang jumpa rakyat, lebih-lebih tempat miskin macam ini bukanlah tempat persidangan antarabangsa. ya tak ya juga kalau di London kok berani bagi penerangan, kenapa tempat sendiri belum lagi?

Oii.. Kak Rafidah yang disayangi (cayang-cayang, bucuk-buck wakil parlimen aku ni), yang banyak berjasa memperjuangkan nasib orang Melayu. Bila kami boleh dengar Kak Rafidah "menyanyi"?. Kalau boleh berduet dengan Datin Zaleha Ismail. Tentu asyik, asyik, asyik...Almaklumlah kawasan parlimen berjiran.. Hari itu, Datin Zalehalah yang telah bagi amaran, peringatan, nasihat kepada Datuk Fuad kalau belot...(dalam mesyuarat UMNO di Kampong Kerdas yang dihadiri dalam 200 orang lebih). Amboi, Kami nak juga tahu kebenaran yang ada dari Kak Rafidah. Maklumlah telinga kami ni ada dua. Yang sebelah dah dengar, yang lagi sebelah tak pekak. Rata-rata , seluruh Malaysia tertanya-tanya soalan yang sama, tak akan tak ada jawapan. Ikut ada orang Melayu, kalau orang perempuan dipinang sekiranya dia diam, itu maananya tanda setuju. Jadi kalau diam tu maknanya betul lah ya?.Jangan marah, usik-usik sahaja. Buka apa diKampong Baharu Sulaiman Brandi pernah kena Boo.. habis tu dia buat kerja gotong royong sorang-sorang. Bersedialah mendengar laungan REFORMASIi nanti bila turun padang, tak kiralah bila itupun kalau berani. Kepada DatoK Fuad, apapa yang senyum-senyum sempoi baca berita ni. Dato Fuad ni macam adun lainlah iaitu adun serbasalah.

Last changed: May 06, 1999