Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

APA MUSLIHAT KEMUNCULAN AKHBAR-AKHBAR TABLOID?

From: Luqman PC
Date: 05 May 1999
Time: 13:10:52

Comments

Warga KL sudah pasti mula menyedari akan kemunculan beberapa akhbar tabloid baru semenjak Gerakan Reformasi Anwar Ibrahim mula mendapat dokongan ramai rakyat. Yang terbaru ialah akhbar Ekslusif manakala yang muncul seiringan dengannya, atau mungkin awal sedikit ialah Warta KL.

Eksklusif diterbitkan oleh Karangkraf Sdn.Bhd dan mengikut maklumat seperti mana yang disiarkan oleh Laman Reformasi (MahazalimTwo), Eksklusif ada kena mengena dengan kroni Daim Zainuddin iaitu Rosnah Majid. Rosnah Majid ini sebenarnya merupakan seorang wartawan yang terkenal berfikiran sekular dan cukup kuat menghentam usaha-usaha menegakkan Islam khususnya yang dipelopori oleh PAS. Beliau amat tidak menyukai Anwar Ibrahim mungkin kerana Anwar dilihat adalah satu-satunya pemimpin UMNO suatu ketika dahulu yang banyak bercakap tentang Islam dan kemajuan Islam. Beliau merupakan pimpinan Wanita UMNO Merbok dan sahabat dengan Zainuddin Maidin (ZAM)

Manakala akhbar Warta KL pula diterbitkan oleh MKSB Sdn.Bhd, sebuah syarikat yang diketuai oleh Mohamad Khairune. Mengikut maklumat yang diterima, adalah dipercayai syarikat ini juga mempunyai hubungan dengan pemimpin UMNO sekarang ini antaranya Dato' Mohamed Rahmat.

Motif sebenar pengeluaran kedua-dua akhbar tabloid ini dan mungkin juga yang lain-lain lagi tidak diketahui, cuma beberapa andaian boleh dibuat antaranya:

1. Ianya bermotifkan 'sales' iaitu demi mengaut keutuntungan memandangkan masyarakat sudah mula 'beralih angin' dari membeli akhbar harian kepada akhbar tabloid seperti HARAKAH, menjadikan jualan HARAKAH melambung dan dicemburui ramai. Akhbar harian pula turut diboikot;

2. Bermotifkan 'politik' iaitu walaupun pada awalnya akhbar-akbar berkenaan dilihat pro reformasi, tetapi lama-kelamaan sedikit demi sedikit tumpuan dan pandangan masyarakat cuba dialihkan termasuk juga memesongkan dan seterusnya mewujudkan kekeliruan, keraguan dan perpecahan dalam Gerakan Reformasi dan gerakan mengguling rejim Mahathir yang zalim ini;

3.Akhbar harian hari ini harus menerima hakikat bahawa penjualan mereka begitu jauh merosot, dan justeru itu akhbar alternatif perlu diwujudkan bagi menyalurkan maklumat dari kerajaan / UMNO

4. UMNO tidak akan berani mengeluarkan akhbar atas nama partinya kerana akhbar seperti itu sudah pasti tidak akan laku. Apa yang boleh dilakukan ialah berselindung di sebalik akhbar-akhbar tabloid ini.

Nasihat kita kepada pendokong reformasi agar terus setia bersama HARAKAH dan berhati-hati dalam melanggani akhbar tabloid yang lain kerana dibimbangi akan diresapi 'jarum-jarum halus perpecahan' yang berbisa tanpa disedari.DM

Last changed: May 06, 1999