Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Komen tentang Novel SHIT

From: Hang Jebat
Date: 05 May 1999
Time: 13:20:20

Comments

Assalamualaikum

Menemui netters sekali lagi setelah lama tidak menulis.

Of course kali ini Hang Jebat akan mengulas satu topik yang cukup disenanginya iaitu novel 'SHIT' yang dianggap kontroversi dan lucah oleh orang-orang yang tidak 'berjenis' itu.

Sebelum Hang Jebat meneruskan tulisannya, sekalung tahniah ke atas sasterawan negara yang ulung iaitu Dato' Prof emeritus Shahnon Ahmad SN kerana sumbangan karyanya yang paling baik setakat ini.

Sebenarnya Cikgu Shahnon (sebagaimana dia lebih dikenali di kalangan rakan-rakannya kerana memang latar belakang beliau sebagai guru) telah menggunakan pendekatan yang tidak asing lagi di kalangan sasterawan/karyawan/seniman di dalam menegur kepincangan di dalam masyarakat. Teguran dalam bentuk penulisan kreatif dan kiasan adalah kaedah yang terbaik apabila sistem dan keadaan tidak memungkinkan kritikan dan teguran dibuat secara terus terang dan secara berhadapan. Dalam keadaan yang serba represif ini, penulisan kreatif adalah satu-satunya ruang yang masih mengizinkan bagi golongan yang mahu kepincangan dan kebobrokan di dalam masyarakat dapat dibongkar, didedahkan dan menggunakan terminologi cikgu Shahnon sendiri 'diberakkan' untuk menghadapi kepongahan dan kemarahan rakyat di luar. Kita katakan cara ini paling berkesan kerana sistem, dalam hal ini kerajaan yang berkuasa tidak dapat bertindak apa-apa kerana penulisan itu hanya dibuat dalam bentuk sindir-sindiran, kias-kiasan yang tajam tanpa merujuk secara jelas siapakah yang dimaksudkan dan dijadikan objek sasaran kritikan itu. Meskipun mereka tidak dapat bertindak, tetapi hati mereka memang jelas amat perit menerima sindiran-sindiran itu kerana rakyat termasuk mereka amat sedar bahawa watak-watak yang busuk dan membusukkan itu adalah mereka-mereka 'itu jugalah'. Beberapa watak seperti PM@shit@pukimak (dibaca dengan pengertian penuh ilmiah seperti yang terungkap dalam kamus rujukan DBP), si ketul Dongkiang, si ketul Dongok yang amat rapat dengan Shit, si ketul Badut kedahan @MB@main buntut (juga dibaca dengan penuh sopan) yang terkenal dengan kreativiti gilanya, siketul bettina yang mempunyai 3 variasi lubang yang terpokah tanpa disuruh-suruh, siketul a/l tambi yang suka bermain celapak tanpa mengira budak-budak dan bayi-bayi itu jelas merujuk kepada watak-watak yang benar-benar hidup dan wujud dalam lengkaran barisan taik yang busuk dan membusukkan. Namun siketul-siketul ini terpaksa diam membisu seribu malu kerana tidak dapat bangkit mendakwa penulis dan mengheretnya ke mahkamah dengan saman libel suit berjuta - tidak mungkin siketul ini bertindak demikian kerana di mana nama-nama mereka disebut dengan jelas dalam karya agung 'shit' itu? Di mana? Kalau mereka bodoh-bodoh juga untuk menyaman jelaslah mereka itu taik-taik yang berlengkaran dalam lebuh raya kebusukan, busuk dan membusukkan..

Karya 'shit' sebenarnya jauh lebih bernilai dari pelbagai artikel yang pernah keluar dalam forum gerak net atau adil net atau laman-laman web reformasi yang tumbuh bagai cendawan hasil dari taik-taik yang terpancut bertabakan dari lubang keramat yang 'otomatis kemutannya itu'. Ianya lebih berkesan dari pelbagai rencana-rencana ilmiah yang dihasilkan oleh jurnal-jurnal antarabangsa mengenai realiti politik dan ekonomi Malaysia. Sebabnya adalah jelas - 'shit' cuts across the society. Sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang pendidikan, budaya dan kecenderungan politik boleh menikmati novel 'shit' kerana ia adalah mengenai sesuatu yang ada dalam diri mereka iaitulah 'shit' atau taik yang bertempekan dalam usus besar mereka. Mereka tentu sedar bahawa jika 'shit' ini tidak dikemutkeluarkan melalui lubang keramat yang otomatis mekanismenya itu maka ianya akan mengundang pelbagai kemudaratan kepada sistem tubuh - setidak-tidaknya 'buasir' yang pedih dan menyiksakan itu. Taik-taik yang enggan itu juga akan menyebabkan keracunan kepada sistem darah dan fisiologi mereka. Maka taik tak boleh dibiarkan berlama-lama dalam lebuh raya kebusukan itu. ia perlu dikeluarkan segera demi kesejahteraan perut supaya terus berfungsi untuk menghasilkan 'shit-shit' yang lain yang juga akan dikemut keluarkan apabila tiba waktunya. Bukan sahaja perut akan sejahtera, rakyat di luarpun akan selesa kerana tidak lagi menghidu bau kentut demi kentut yang terhambur keluar kerana shit@pukimak yang berdegil tidak mahu keluar melalui lubang keramat itu. Dengan mengaitkan fiksyen ini dengan realiti rakyat yang tahu bahaya 'shit' yang tersumbat dalam lebuh raya kebusukan akan berusaha untuk mengeluarkan shit dengan apa cara sekalipun - seperti cadangan seoarng netter 'makan julap' Realitinya rakyat akan menolak kepimpinan shit dan menggantikannya dengan sistem aqliah dan nurani melalui proses pilihanraya.

Di dalam novel 'shit' juga cikgu Shahnon telah mendedahkan satu projek mega yang menjadi kebanggaan 'shit' iaitu projek MKKM (projek Masuk keluar, keluar masuk). Shit telah menambah fungsi lubang keramat dengan projek memasukkan dan mengeluarkan yang menghasilkan nikmat tak terkata jenis ketar-kial. 'Shit' yang mampat dan tumpul kepalanya itu telah memaksa 'wirawan' untuk terlibat dalam projek MKKM ini. Wirawan enggan dan ini menyebabkan wirawan dikemut keluarkan melalui lubang keramat. Rakyat dengan mudah dapat menanggapi bahawa 'shit' tidak bermoral dan sanggup merangka konspirasi paling keji untuk menganiaya dan membunuh masa depan politik wirawan.

Dengan menggunakan perumpamaan-perumpamaan, Cikgu Shahnon berjaya mengenengahkan konspirasi politik paling jahat dalam sejarah tanah air dalam bentuk yang mudah untuk difahami hatta oleh orang asli yang jauh dari pembangunan. Siapa tak mampu faham kalau yang dibicarakan itu ialah 'taik' dalam perut yang tidak mahu keluar-keluar!

Netters yang budiman. OK kita tinggalkan kalimah-kaliman keramat yang digunakan oleh Cikgu Shahnon kerana Hang Jebat nak bawa netters semua ke kurun ke 17. Di zaman itu di Johor lahir seorang penulis yang tidak asing dalam sejarah kita iaitu Tun Seri Lanang. Beliau telah menulis sebuah kitab yang dinamakannya 'Sulalatus Salatin' atau 'silsilah raja-raja' atau lebih dikenali kini sebagai 'Sejarah melayu'. Sejarah melayu adalah rujukan asal kepada persejarahan kesultanan Melayu Melaka. Buku ini dikategorikan sebagai karya sastera-sejarah kerana ia bukan sejarah tetapi sejarah yang ditulis dalam bentuk sastera (maka di sana bercampur antara fakta dan metos - khayalan). Salah satu dari metos yang kemudiannya diterima sebagai cerita rakyat ialah kesah puteri gunung ledang. Puteri Gunung Ledang dipinang oleh Sultan yang menerima semua permintaan puteri kecuali satu iaitu 'darah raja atau darah putera raja semangkuk'. Apa yang bersedia dipenuhi oleh Sultan iaitulah 'jambatan emas dari gunung ledang ke kota Melaka'. air mata perawan sebanyak 7 tempayan, hati nyamuk sebanyak tujuk dulang dan lain-lain yang mustahil adanya. Sebenarnya Tun Sri Lanag adalah sasterawan rakyat yang sangat bijak dan halus perasaannya. Dia ingin menggambarkan watak perangai Sultan yang sangat tidak disenangi rakyat. Bagaimana untuk menegur Sultan dalam budaya 'pantang melayu derhaka kepada Raja' kalau tak mahu nyawa melayang dari badan. Tun Seri Lanag kemudiannya menukilkan kesah dongeng puteri gunung ledang ini. Sultan sanggup membelanjakan wang rakyat untuk pembangunan sia-sia. Jambatan emas dari gunung ledang ke kota Melaka tidak membawa manfaat apa-apa kepada rakyat tetapi sultan tetap meneruskan hasratnya demi memenuhi ego dan nafsunya (bukankah egonya menyebabkan 'shit' membina pelbagai binaan yang 'gah-gah' belaka). Air mata perawan menggambarkan perangai Sultan yang tak kira isteri atau anak orang, kalau nafsunya sudah naik ke kepala maka dia akan merayap-rayap di tengah malam untuk meniduri isteri dan anak orang. Tetapi raja yang buas nafsu ini tak sanggup memberikan semangkuk darahnya atau darah anaknya. Inilah satu gambaran pemerentah yang tak sanggup berkorban demi kesejahteraan negara meskipun hasil mahsulnya telah dirobak robek semata-mata untuk melempiaskan nafsunya. Ternayta Sultan yang besar nafsu ini tak sanggup mempertahankan Kota Melaka dari serangan musuh.

Tun Seri Lanang telah menghasilkan satu karya sastera yang berguna kepada anak cucu di belakang hari. sayangnya beberapa orang anak cucunya tidak mahu mengambil iktibar lalu berperangai seperti yang dahulu juga apabila mereka naik takhta. Maka kini terpaksalah sasterwan-sasterawan semasa seperti Cikgu Shahnon dan yang seangkatan dengannya mengulang peringatan-peringatan dan teguran-teguran mudah-mudahan mahu sedar dan insaf serta kembali ke pangkal jalan.

Seorang sasterawan yang bijak akan memilih genre yang sesuai dengan zamannya dan dengan watak yang menjadi perbicaraannya. Tun Seri Lanang hidup di zaman penglipur lara maka dongenglah medium yang paling sesuai untuk zaman itu. Sedang Cikgu Shahnon hidup di dalam zaman di mana nilai-nilai murni telah diancam oleh kebobrokan dan kebusukan orang-orang politik. Maka 'taik' atau 'shit' adalah gambaran dan sebutan yang paling cocok untuk mereka kerana fitrah mereka yang busuk dan membusukkan.

Sekian. Bersambung insyaAllah dengan siri 2 Ulasan Tn Guru tentang mencarut dalam Islam.

Last changed: May 06, 1999