Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

UNITED MAHATHIR'S NEPOTISM AND CRONISM UNITED

From: Ibnu Osman
Date: 05 May 1999
Time: 13:22:11

Comments

Salam~

Pertubuhan Mahazir Nepotisma dan Kronisma Bersatu atau singkatannya UMNO (Barua II)- UNITED MAHATHIR'S NEPOTISM AND CRONISM UNITED sedang rancak mereka-reka fitnah yang mega-mega untuk melanjutkan niat jahat mereka terhadap agama, bangsa dan Negara Malaysia.

Mereka terpaksa berpatah arang dan berkerat rotan untuk menjaga kepentingan mereka. Kalau hilang kuasa beerti mereka akan terlondeh dan terbogel dengan sendirinya. Alangkah malunya mereka nanti. Apa tidaknya, penyalahgunaan kuasa (akta rasuah) sedang berleluasa dengan sekehendak hati. Kaki pukul, kaki putar belit, kaki lowyer buruk dalam mahkamah, kaki ampu, kaki makan kedarah duit rakyat, kaki ugut dan macam-macam lagi yang bermoral konon.

UMNO dulu dah berusia 42 tahun di campur dengan umur P***M** 73 tahun menjadikan UMNO (Barua II) berwajah baru nyanyok dalam kepimpinan, mabuk dalam kekuasaan, rakus yang tak kenal hujung dengan harta benda, kelabu dengan yang haq dan yang bathil, bercampur-baur semua jadilah united yang bacul dan pengecut lagi penipu.

Demi meneruskan cita-cita terpaksalah memekakkan telinga yang tak tuli, muka terpaksa di tampal dengan kulit babi yang kena tembak kerana membawa virus J.E. Ugut dan paksaan dijalankan seperti orang yang gila babi seolah-olah merekalah bersih dan tiada kesalahan.

Inikah kepimpinan yang nak suruh kami rakyat Malaysia menjadi penyokong. Sorry no cure.

Sekian untuk kali ini. Kawan saya berpesan tak perlu meminta maaf kalau terkasar.

Terima kasih.

Last changed: May 06, 1999