Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Reaksi terhadap Berita Harian tentang rakan asing Anwar

From: Raja Petra Salahuddin
Date: 05 May 1999
Time: 21:05:52

Comments

Seorang rakan menunjukkan kepada saya satu keratan akhbar Berita Harian bertarikh 5 Mei 1999. Melihat berita itu ternyata "malicious" (berniat jahat) sekali editorial akhbar ini. Dalam berita ini disiarkan tentang hubungan Anwar dengan rakan-rakan asingnya.

Ada beberapa alasan kenapa berita itu dikatakan berniat jahat dan kami cuba mengupas setiap alasan itu segera bagi memudahkan pembaca memaaminya:

1. Dalam berita itu dikatakan Anwar mempunyai ramai rakan dari kalangan asing. Tiga orang yang disebut ialah Ziauddin Sardar, Merryl Wyn Davies dan Dr. Munawar Anees.

Jawapan balas: Yang hendak di"highlight"kan di sini ialah "orang asing". Di sini, pihak editorial Berita Harian cuba hendak mengaitkan bahawa Anwar adalah ejen asing atau Anwar dipengaruhi oleh orang asing. Ini adalah bagi mensejajarkan dengan afidavit Musa Hassan bagi mensabitkan Datuk Nalla dulu.

Mempunyai sahabat dengan orang asing bukanlah bukti menjadi ejen asing. Kebanyakan kita mempunyai kawan dari kalangan orang asing. Pemimpin-pemimpin negara termasuk Mahathir sendiri mempunyai rakan asing sama ada rakan politik, rakan niaga, rakan sosial atau rakan lain-lain hal. Mahathir bersahabat dengan Mandela dari Afrika Selatan, Clinton dari Amerika Syarikat, Fujimori dari Peru, Yeltsin dari Russia dan banyak lagi, bahkan sampai kepada penasihat ekonomi Malaysia yang berketurunan Yahudi - maka adakah Mahathir ejen asing berasaskan persahabatan itu? Kalau hendak dikira, keakraban Mahathir dengan syarikat Solomon yang diambil menjadi penasihat ekonomi Malaysia sekarang lebih diragui kerana tiba-tiba sahaja Mahathir membuka pintu yang begitu luas kepada pihak yang terkenal sebagai "musuh" kita selama ini untuk "memasuki rumah kita dan berlegar-legar sampai ke bilik tidur dan mengetahui di mana tempat kita menyimpan wang kita".

Marina Mahathir sendiri bukan setakat bersahabat, tetapi berkahwin dengan orang asing - maka adakah marina juga ejen asing? Kalau hendak dikira dari segi perkaitan dan kemunasabahan, Marina Mahathir pun lebih munasabah kalau hendak dikatakan menjadi asing atau terjerat dengan ejen asing, sama seperti Mahathir. Ini adalah berasaskan perkembangan luar biasa yang berlaku bahawa sejurus selepas Marina mengahwini orang asing, Anwar terus dipecat. Tidakkah munasabah bahawa suami Marina ada peranan dalam hal ini? Ada kemunasabahan bahawa suami Marina mengahwini Marina adalah untuk mempengaruhi Marina, dan Marina pula mempengaruhi Mahathir? Suami mempengaruhi isteri dan anak mempengaruhi bapa bukanlah asing dalam kehidupan kita. Ia lebih munasabah.

Selalunya ejen-ejen asing cuba memasuki ruang sosial dan pemerintahan menerusi perkahwinan. Ejen-ejen asing sanggup berkahwin dengan orang yang rapat dengan kepimpinan negara atau dengan pemimpin negara sendiri walaupun bukan atas dasar cinta. Malah, ejen-ejen asing ini sanggup menyerahkan tubuh badan untuk ditiduri, asalkan dapat mencurimaklumat dan dapat memasuki ruang pengaruh kepimpinan sesebuah negara.

Ibrahim Ahmad Badawi juga ada rakan asing. Mirzan juga ada rakan asing. Apatah lagi Daim!

Jadi, untuk mengaitkan Anwar sebagai ejen asing oleh kerana mempunyai rakan asing adalah tidak masuk akal langsung.

2.Dalam berita itu Ziauddin Sardar dan Merryl Wyn Davies dikatakan diberi gaji lumayan di TV3 sama seperti Munawar Anees di Berita Publishing. Cuma gaji Ziauddin Sarsar dan Davies tidak disebut berapa jumlahnya

Jawapan balas:

Fakta Ziauddin Sardar dan Merryl Wyn Davies menjadi rakan Anwar bukanlah fakta bahawa Anwar itu ejen asing.

Ziauddin Sardar dan Merryl Wyn Davies adalah dua sarjana atau orang bijak pandai. Ziauddin Sardar adalah sarjana yang sangat disegani di Britain. Beliau seorang tokoh pemikir gerakan Islam yang dihormati. Beliau banyak menghasilkan tulisan-tulisan dan buku-buku tentang gerakan Islam dan pemikiran Islam. Demikian juga dengan Dr. Munawar Anees, beliau adalah sarjana yang disegani di Barat, khususnya Amerika Syarikat. Tentang Davies, kami tidak mempunyai maklumat lanjut setakat ini.

Persahabatan Anwar dengan tokoh-tokoh ini adalah "persahabatan dengan tokoh-tokoh sarjana" berasaskan minat Anwar yang mendalam terhadap perkembangan ilmu. Malah bukan dengan tiga orang ini Anwar bersahabat, tetapi dengan ramai lagi tokoh asing yang disegani seperti ulama Dr. Yusof Al-Qardhawi, Allahyarham Prof. Ismail Al-Faruqi, Fazlur Rahman dan sebagainya. Nah, ini siapa sebenarnya Anwar! Ini yang membuatkan sarjana-sarjana dalam negeri sendiri begitu menghormati dan menyokong Anwar.

Sedangkan tokoh-tokoh politik yang lain dalam UMNO dan BN, termasuk Mahathir dan Dollah tidak ada kecenderungan dan kecintaan terhadap ilmu. Kecintaan mereka hanya kepada perut. Mereka hanya mempunyai sahabat politik dan perniagaan, bukan sahabat ilmu.

Mahathir sejak dulu lagi memusuhi sarjana dan bijak pandai negara. Mana ada "think tank" dia dari kalangan sarjana tempatan atau luar negeri kecuali Nordin Soopie di ISIS itu?

Sebab rakan-rakannya ramai orang politiklah, maka tindakan Mahathir banyak dipengaruhi oleh politik kotor, bukannya berasaskan akal dan kewarasan. Sebab rakan-rakannya orang perniagaanlah, maka tindakannya banyak dipengaruhi oleh business, bukannya akal yang waras untuk kepentingan rakyat.

Tengok saja apabila masyhur saja Anwar dipecat dari kerajaan pada 2 September 1998, seluruh universiti boleh dikatakan "lumpuh" pada 3 September kerana para pensyarah universiti dan pusat pengajian tinggi tempatan dikatakan tidak ada "mood" hendak mengajar. Mereka dalam keadaan terkejut dan kecewa.

Tidak kurang pula yang berani mengeluarkan kenyataan berani dan berterus-terang mengecam tindakan Mahathir. ASASI (Akademi Sains Islam Malaysia) mengeluarkan kenyataan menerusi Presidennya Prof. Dr. Shahrir Mat Zain dan setiausahanya pada 3 September 1998 mengecam Mahathir. Ini diikuti pula Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) yang dianggotai oleh pakar-pakar dan sarjana-sarjana perubatan. Kemudian diikuti pula oleh Persatuan Ulama Kedah, Persatuan Pelajar Islam, GAMIS dan sebagainya.

Siapa yang memulakan idea dialog peradaban antara peradaban Islam dan Konfucianisme, timur dan Barat yang dijalankan di negara ini menerusi seminar baru-baru ini? Siapa yang mencetuskan idea menubuhkan Pusat Dialog Peradaban di Universiti Malaya bagi mewujudkan sifat saling memahami dan saling menghormati antara peradaban baik sesama peradaban Timur seperti peradaban Melayu, Islam, Cina dan India, atau peradaban Timur dengan Barat?

Kita tidak nampak kecintaan ilmu seperti ini pada Mahathir atau mana-mana pemimpin negara selain Anwar.

Persahabatan dengan tokoh-tokoh ilmuwan sanat menguntungkan seseorang manusia walaupun tidak begitu menguntungkan seseorang ahli politik yang tebal dengan realpolitik atau politik Machiavellian. Ilmuwan tidak ada kepentingan politik dan nasihat serta idea mereka bukan untuk kepentingan politik. Ini sudah tentu memandu moral dan tindakan tokoh-tokoh politik yang bersahabat dengan mereka ke arah yang baik.

Nenek moyang kita pula ada meninggalkan kata-kata nasihat: berkawan dengan orang baik, kita jadi baik; berkawan dengan oran gjahat, kita jadi jahat. Inilah kebijaksanaan silam nenek moyang kita hasil daripada pemerhatian dan pengalaman mereka selama beribu tahun.

Malah dalam islam pun kita diminta mendekati alim ulama dan yang berilmu pengetahuan kerana mereka ini berilmu. Ilmu memandu akal. Akal yang tidak dipandu ilmu akan terdorong ke arah maksiat dan kejelekan. Banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang melontarkan pertanyaan untuk panduan kita: "adakah sama antara orang berilmu dengan yang tidak berilmu?" Dalam banyak hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda mengatakan bahawa orang yang berilmu itu ibarat bulan penuh dimalam hari yang menyinari alam. "Menyinari" maknanya memberikebaikan, nur dan rahmat kepada manusia. Dalam konteks ahli politik yang berilmu dan mendekati ilmuwan, "menyinari" ini sudah tentu bermaksud memberi rahmat kepada rakyat jelata, bukannya hanya kepada segelintir orang-orang kaya, tokoh korporat, anak-pinak dan sahabat handai.

3.Dalam berita itu di"highlight"kan bahawa gaji Dr. Munawar Anees ialah RM48,000 setahun semasa di Berita Publishing, anak syarikat TV3, dan RM60,000 setahun semasa di Real Mild sebelum menyertai menyertai Berita Publishing.

Jawapan balas:

Sifat "malicious" (niat jahat) editorial Berita harian di sini ialah penonjolan angka RM48,000 dan juga angka RM60,000. Angka ini yang nampak besar dianggap boleh mengejutkan orang ramai.

Jumlah RM48,000 dan RM60,000 yang diterima oleh Dr. Munawar sebagai gajinya itu tidaklah banyak sangat bahkan amat rendah kerana jumlah itu adalah dalam tempoh setahun. Jika ditukarkan kepada gaji bulanan, gaji Dr. Munawar di Berita Publishing hanyalah RM4,000 sebulan, manakala gajinya di Real Mild sebelum memasuki Berita Publishing hanyalah RM5,000 sebulan. Adakah gaji sebanyak itu besar? Gaji RM4,000 atau RM5,000 sebulan tidaklah besar, malah amat rendah bagi seorang pakar dan profesional seperti Dr. Munawar. Seorang pensyarah biasa berkelulusan Sarjana Muda yang mengajar beberapa tahun di ITM pun boleh mencecah angka RM5,000 sebulan. Malah, pakar yang bekerja dengan kerajaan pun bergaji lebih daripada itu. Apatah lagi jika mereka bekerja dengan sektor swasta, sudah tentu gaji mereka berlipat kali ganda dan lebih lumayan. Sepatutnya Dr. Munawar menerim agaji RM10,000 hingga RM15,000 sebulan (RM120,000 hingga RM180,000 setahun) kerana Real Mild dan Berita Publishing adalah sektor swasta.

Dalam sektor swasta, ada pakar dan profesional yang menerima gaji sebanyak RM20,000 hingga RM30,000 sebulan (RM240,000 hingga RM360,000 setahun). Malah dalam sebuah akhbar lain hari ini juga dilaporkan, seorang pengarah sektor swasta menerima gaji RM20,000 sebulan (RM240,000 setahun).

Last changed: May 06, 1999