Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

OCPD Sentul berceramah politik

From: Tidak Bodoh, Sentul.
Date: 05 May 1999
Time: 21:06:59

Comments

Rakan saya memberitahu bahawa pada 30 April 1999 lalu, pihak polis Sentul mengadakan ceramah khas di sekolah anaknya. Penceramah polis itu adalah OCPD Sentul sendiri (kata anaknya, Ketua Polis Sentul).

Pada mulanya rakan saya saya itu tidak mahu ambil tahu sangat kerana mengangap polis bagi ceramah adalah perkara biasa - tentu berkaitan dengan disiplin. Tetapi apabila anaknya memberitahu bahawa dalam ceramahnya itu, OCPD Sentul telah menghentam peguam-peguam Anwar, Anwar, Fadzil Noor dan Gerakan reformasi, rakan saya itu cuba mencungkil lebih lanjut apa yang diceramahkan.

Kata OCPD Sentul, dia tidak percaya peguam-peguam Anwar membela Anwar seara percuma. Dia beri contoh Fernando yang pakai kereta mewah. Dia kata setiap orang peguam yang membela Anwar dibayar RM3,000 sehari.

Kemudian dia hentam Anwar dengan mengatakan Anwar adalah pemimpin yang mahukan keganasan. Jadi, adakah kita mahu pemimpin macam ini jadi PM? Lepas itu dia kata Fadzil Noor berbohong. Kenyataan fadzilNoor tidak masuk akal apabila Fadzil kata nak bagi tanah kepada rakyat Kedah. OCPD itu kata lagi, apabila dia bersara selepas 2 1/2 tahun nanti, dia pun nak minta 11 ekar tanah dari Fadzil Noor.

Kata anak rakan saya itu, ceramah OCPD Sentul itu macam ceramah politik BN.

Saya kesal dengan apa yang berlaku. Selama ini kita duduk gesa supaya jangan bawa masuk politik ke sekolah, tetapi rupa-rupanya OCPD ini membawa masuk ceramah politik ke sekolah.

Sebagai kakitangan kerajaan, OCPD itu tidak sepatutnya bertindak demikian. Tambah-tambah pula dia sebagai pegawai polis, mesti dilihat berkecuali. Apa yang dia mahu sebenarnya?

Jika benar seperti yang rakan saya cerita itu bahawa OCPD itu akan bersara 2 1/2 tahun lagi, maka adakah dia berharap dapat jadi pengerusi syarikat itu dan pengerusi syarikat ini?

Jika pihak polis boleh percaya kepada pengakuan lisan Azizan dam Ummi Hafilda tanpa sokongan bukti lain, lalu mendakwa Anwar atas tuduhan liwat dan zina, maka polis juga kena terima pengakuan peguam-peguam Anwar bahawa mereka memberi khidmat kepada Anwar secara percuma.

Gurbachan Singh sendiri mengaku dalam Harakah, SAFP dan DETIK bahawa beliau dan rakan-rakannya tidak menerima apa-apa bayaran untuk membela Anwar. Pembelaannya adalah atas dasar keadilan dan menentang kezaliman Mahathir.

Jika dibandingkan pengakuan Azizan dan Ummi Hafilda dengan pengakuan Gurbachan Singh, sudah tentu pengakuan Gurbachan Singh lebih berkredibiliti dan lebih dipercayai.

Kenapa pula OCPD itu mempersoalkan Fernando pakai kereta jenis itu dan jenis ini? Bukankah Mirzan ada syarikat kapal? Keluarga Mahathir ada akaun dalam Bank Israel? Ummi Hafilda yang tidak kerja apa-apa pun pakai BMW. Azizan yang tidak sekolah tinggipun pakai keretamewah?

OCPD ini tidak sepatutnya mempersoalkan hak Anwar untuk mendapatkan pembelaan. Sebagai rakyat Malaysia dia berhak mendapat pembelaan dan membela diri. Dia berhak mendapat khidmat peguam mana yang dia suka. Lagikan penjenayah mendapat peluang membela diri.

Jadi, jangan persoalkan kenapa Anwar masuk perbicaraan dengan menggunakan peguam itu dan peguam ini.

Kemudian dia menghentam Fadzil Noor. Dia tanya: boleh percaya tak pemimpin macam ini? Tak masuk akal langsung! Pemimpin macam ini, kata OCPD itu, tak boleh dipercayai langsung.

Kemudian dia menghentam Anwar. Kalaupun dia mahu menghentam Gerakan Reformasi dan melarang penglibatan pelajar dalam Gerakan Reformasi, hentam saja Gerakan Reformasi andaikata Gerakan Reformasi menyusahkan polis. Dia tidak boleh menghentam peribadi Anwar sebab Anwar tidak menganjurkan keganasan. Kalau Anwar menganjurkan keganasan atau pengganas seperti Botak Chin, Chin Peng atau Kalimuthu, barulah munasabah dia hentam.

Apabila dia hentam Anwar secara peribadi, bermakna dia membawa masuk politik BN ke sekolah.

Apa pula motif di ahentam Fadzil Noor? Ini satu lagi kelakuan OCPD ini yang membawa masuk politik ke sekolah.

Pada saya, OCPD ini bukan seorang yang profesional. Otaknya berkarat. Sindirannya bahawa dia pun nak minta tanah 11 ekar daripada fadzil Noor bila dia bersara nanti, juga tidak kena.

Hasrat dan cita-cita Fadzil Noor bukan tidak munasabah. Ia masuk akal dan boleh dilakukan. Maksud Fadzil Noor nak bagi tanah, bukannya kepada orang seperti OCPD Sentul itu. Maksud Fadzil Noor ialah nak bagi tanah kepada orang yang tidak bertanah dan tidak tempat tinggal. Inimemang boleh dilakukan.

Memang masih banyak tanah yang boleh diberi kepada orang miskin. Cuma selama ini tanah-tanah ini hanya beredar di kalangan wakil-wakil rakyat dan orang politik. Saya dapat tahu daripada rakan-rakan saya dari Kelantan bahawa pemberian tanah kepada orang yang tidak bertanah memang sudah dilakukan oleh kerajaan PAS Kelantan. Jadi, adakah tidak munasabah?

Jika OCPD ini datang berjumpa Fadzil Noor selepas dia bersara untuk minta 11 ekar tanah, jangan harap Fadzil Noor akan bagi pada dia. Orang seperti dia mana layak mendapat tanah. Tanah hanya untuk orang miskin. Tetapi kalau dia jumpa Sanusi Junid, barangkali dapat banyak.

OCPD ini juga banyak kelentong, kata anak rakan saya itu. OCPD ini kata Presiden Filipina hanya boleh pegang jawatan Presiden selama dua penggal iaitu 10 tahun. Tetapi kalau tak silapsaya, tempoh dua penggal bagi Filipina ialah 8 tahun iaitu 4 tahun bagi satu penggal, bukannya 5 tahun. Kemudian dia kata lagi, di Amerika pula Presiden pegang jawatan Presiden selama sepenggal iaitu 5 tahun. Ini sekali lagi kelentong. Kalau tak silap saya, tempoh maksimum bagi setiap Presiden Amerika memegang jawatan ialah 2 penggal iaitu 8 tahun juga.

Lepas itu, kata anak rakan saya itu lagi, OCPD ini riak dan takabur. Kononnya dia sudah khatam Quran 2-3 kali. Apa kaitan khatam Quran dengan ceramah itu? Barangkali dia nak tunjuk dia juga berpengetahuan luas dalam Islam dan alim apabila dia menceramahkan soal hukum hudud. Adakah dia ingat orang bodoh? Khatam Quran sampai 15 kali pun, tidak ada kaitan dengan hudud atau pengetahuan Islam. Khatam Quran bermaksud orang itu boleh membaca Quran atau huruf-huruf Arab. Tetapi belum tentu dapat memahami apa yang dibaca. Orang kampung pun khatam Quran, kebanyakan dari mereka tak faham maknanya, apatah lagi berpengetahuan ilmu Islam.

Jadi, khatam Quran bukan lesen bahawa seseorang itu berpengetahuan dalam ilmu Islam, hatta satu bidang saja daripada banyak-banyak bidang itu.

Kata rakan saya itu, anaknya sendiri tidak mempercayai dan tidak yakin pun pada apa yang diceramahkan, apatah lagi untuk terpengaruh. Kata anaknya, rakan-rakannya pun berasa tidak puas hati. Mereka mengomel dan mengkritik OCPD itu selepas ceramah itu kerana memperbodohkan pelajar dan guru. Kata anaknya lagi, imej polis pun sudah busuk, tidak boleh dipercayai, apa lagi nak percaya pada apa yang polis katakan.

Demikianlah tanggapan budak sekolah terhadap polis. Maka apatah lagi tanggapan orang ramai dan guru-guru yang menghadiri ceramah itu. Jika pelajar dapat merasakan dirimereka diperbodohkan oleh kelentong OCPD itu, apatah lagi guru-guru yang sememangnya lebih bijak dan lebih matang daripada pelajar.

Jadi, saya sungguh kesal dengan kelakuan OCPD Sentul ini. Bertindaklah dengan profesional. Kalau dia tahu dia pegawai kerajaan dan tidak boleh bermain politik, apatah lagi di sekolah, maka jangan buat begitu. Awak tu bekerja dengan kerajaan, bukannya bekerja dengan BN atau UMNO! Kita mahu lihat apa reaksi Kementerian Pendidikan dan Ketua Pengarah JPA - apa komen dan apa tindakan mereka.

Last changed: May 06, 1999