Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

RAKYAT TERENGGANU SOKONG REFORMASI

From: Mahafiraun
Date: 05 May 1999
Time: 21:13:46

Comments

MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 mendapat maklumat bahawa Gerakan Refromasi di Terengganu semakin hangat dijalankan terutamanya apabila pilihanraya umum semakin dekat dijangkakan.

Walaupun kebanyakan kawasan di Terengganu masih kurang diliputi sumber maklumat Reformasi melalui internet, mereka masih mendapat liputan yang menyeluruh serta terkini hasil usaha giat dan bersemangat para guru.

Menurut sumber yang baru-baru ini mengadakan lawatan ke sebuah kawasan terpencil di Kerteh, satu-satunya sumber internet di kawasan itu (iaitu di salah sebuah sekolah) telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat setempat. Guru-guru di situ telah berusaha sedaya mungkin dengan mencetak artikel-artikel, gambar serta poster daripada internet untuk diedarkan kepada seluruh penduduk kampung.

Bahan-bahan yang diedarkan diserahkan kepada para pelajar untuk dibawa pulang dan kemudiannya, para ibu bapa termasuk kakitangan kerajaan menggunakan segala kemudahan untuk terus menyebarkan bahan-bahan tersebut.

Menurut sumber di Kijal yang sebelum ini merupakan kubu kuat BN, usaha gigih dan bersemangat golongan pemuda-pemudi di situ telah membuatkan pergerakan Pemuda UMNO lumpuh dan semua tunggak mereka sebelum ini telah beralih perjuangan kepada PAS. PAS kini mendapat suntikan baru hasil daripada kreativiti dan kekuatan semangat para pemuda.

Nampaknya, congakan Kerajaan Alternatif untuk menawan negeri-negeri Utara dan Pantai Timur semakin menampakkan hasil. Terengganu dijangka bakal jatuh kepada PAS dalam pilihanraya umum tidak lama lagi.

Diharap usaha-usaha begini terutamanya penglibatan para guru dan pemuda setempat akan diteruskan hinggalah benar-benar mendatangkan hasil. Sebarkan sebanyak mungkin agenda perjuangan Reformasi.

oleh wartawan MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 6 MEI 1999

Last changed: May 06, 1999