Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

UMNO Bimbang Perkembangan PKN

From: Mahafiraun
Date: 05 May 1999
Time: 21:15:54

Comments

MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 telah dimaklumkan bahawa Hamman Wira, Sabbaruddin Chik telah mengeluarkan satu pekeliling yang akan diedarkan kepada seluruh Bahagian UMNO di seluruh negara.

Dalam pekeliling tersebut ada dinyatakan bahawa pihak atasan UMNO amat bimbang dengan perkembangan menggalakkan daripada rakyat terhadap PKN dan usaha pantas perlu dilakukan oleh setiap bahagian UMNO terutamanya Pemuda untuk menghalang rebakan pengaruh PKN sekali gus menaikkan semula imej UMNO.

Sebelum ini, Sabbaruddinlah yang paling awal mengulas dalam media bahawa kewujudan PKN tidak akan bertahan lama dan pasti akan terkubur bersama-sama rasa tidak puas hati (kononnya) pihak berkepentingan. Kini, dia sendiri terpaksa mengakui ancaman yang mampu diberikan PKN terhadap UMNO.

Dalam pekeliling tersebut juga, Sabbaruddin turut menggesa agar Pemuda-Pemuda UMNO di semua bahagian agar melancarkan gerak gempur terhadap pembangkang. Pemuda juga dikerahkan untuk menarik sebanyak mungkin sokongan daripada golongan muda yang disedari selama ini lebih cenderung kepada Reformasi.

Usaha gerak gempur Pemuda ini adalah juga berkemungkinan untuk menarik lebih ramai golongan muda di setiap tempat untuk dilatih menjadi pengundi-pengundi hantu. Pihak pentadbiran UMNO turut menyatakan kesudian menyumbang segala mekanisme yang ada termasuk bantuan wang bernilai jutaan ringgit asalkan Pemuda dapat menjayakan operasi gerak gempur tersebut.

Sabbaruddin juga sudah mula mengeluarkan arahan untuk mengenalpasti penduduk-penduduk miskin di setiap bahagian. Dipercayai bahawa usaha mengenalpasti penduduk miskin ini adalah atas tujuan mencari mangsa-mangsa untuk dibeli dalam pilihanraya akan datang.

MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 ingin menyeru kepada semua rakyat terutamanya golongan muda agar tidak terpengaruh atau berminat dalam usaha gerak gempur UMNO ini. Jangan mudah tertipu dengan segala tawaran kemewahan yang dijanjikan. Bulatkan tekad untuk menegakkan keadilan dan tolak BN seboleh-bolehnya.

MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 6 MEI 1999

Last changed: May 06, 1999