Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Tok Mat Perasan Dirinya Melayu Asli

From: Mahafiraun
Date: 05 May 1999
Time: 21:17:04

Comments

Semalam, Tok Mat (Bull dog @ Hamman Bulat) membuat kenyataan bahawa Wan Azizah tidak layak menjadi pemimpin Melayu kerana kononnya KakWan berketurunan Cina. Kenyataan ini dilaporkan melalui salah sebuah agensi berita di Singapura.

Apa yang menariknya ialah, semua orang tahu bahawa kenyataan sebegini adalah sebuah kenyataan yang paling bodoh atau bangang yang pernah dikeluarkan oleh seorang yang berjawatan menteri. Itulah, MAHAFIRAUN dan haman-hamannya sudah tidak tahu bagaimana nak menegakkan benang yang basah hinggakan kenyataan yang bodoh sebegini pun menjadi isu.

Kalau benarpun fakta yang cuba dibangkitkan, siapa peduli tentang hal itu. Selama inipun, siapa pemimpin Melayu yang benar-benar hendak dikatakan Melayu. Malah, Tok Mat sendiri seorang Jawa yang hanyut ke Tanah Melayu dan kini beristerikan perempuan berketurunan Cina.(Mungkin juga Tok Mat cemburu kerana isterinya tak secantik Kak Wan)

Siapa yang tidak tahu, Perdana menteri kita yang pertama, Almarhum Tunku berketurunan Siam dan kinipun, si Kutty di Seri Perdana itupun hanyut dari India bersama kapal-kapal yang belayar ke Timur.

Soal keturunan tidak menjadi hal dalam memilih pemimpin Melayu kerana bangsa Melayu itu sendiri universal. Lainlah kalau Tok Mat mahukan pemimpin Melayu yang asli seperti Senoi, Jakun atau lain-lainnya.

Rasanya, kalau itupun yang dimahukan oleh Tok Mat, bagi rakyat tidak menjadi masalah. Asalkan pemimpin itu adil, berketokohan dan sesuai mengikut perlembagaan negara.Cuma, barangkali Tok Matlah yang awal-awal sekali kena tendang keluar dari kabinet.

Entahlah, semua haman MAHAFIRAUN dah jadi bingung dan tolol kerana terlalu nak tunjuk bakat depan MAHAFIRAUN hinggakan kenyataan yang dibuatpun, budak-budak boleh tertawakan.

oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020 6 MEI 1999

Last changed: May 06, 1999