Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

KENYATAAN AKHBAR BERSAMA BARISAN KEADILAN

From: Mahafiraun
Date: 05 May 1999
Time: 21:20:13

Comments

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa seorang kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumpulsebanyak RM230 juta. Tetapi beliau enggan menamakan kroni itu. Tersangat keji dan pengecut sekali bagi Mahathir menfitnah Anwar selepas menyumbatnya ke dalam penjara.

Beliau bertindak tidak ubah seperti bekas KPNnya, Tan Sri Rahim Noor yang menyerang Anwar secara kejam sewaktu tangannya bergari dan matanya ditutup. Cara Mahathir membunuh keperibadian Anwar dengan menggunakan TV serta media cetak tanpa memberi peluang kepadanya untuk mempertahankan diri bukan sahaja tidak bertanggungjawab bahkan juga merupakan salah guna kuasa yang keterlaluan.

Cukup memalukan bahawa Mahathir, yang ingin menjadi negarawan dan suara negara-negara Selatan, bertindak dengan cara begitu rendah untuk terus berpaut kepada kuasanya. Anwar telah berulang kali mencabar Mahathir supaya mendedahkan butir-butir segala kontrak, projek penswastaan dan lesen yang diberikan semasa Tun Daim Zainuddin dan semasa Anwar menyandang jawatan Menteri Kewangan.

Sepatutnya Mahatir menyambut cabaran ini dan mengumumkan butir-butir tersebut sekarang supaya rakyat ramai dapat menjadi hakim siapakah yang bersalah mengamalkan kronisme, Mahathir atau Anwar atau kedua-duanya.

Mahathir tidak seharusnya menunggu sampai kempen pilihan raya bermula dan kemudian mengeluarkan senarai yang tidak lengkap tentang kroni-kroni yang dituduh. Tidak ada peluang atau masa untuk rakyat ramai meneliti senarainya itu. Sekiranya Mahathir benar-benar ikhlas hendak memerangi kronisme beliau mesti keluarkan senarai penuh sekarang juga.

Kami menyeru Mahathir supaya jangan menyalahgunakan kedudukannya dan memperalatkan media massa untuk membunuh keperibadian Anwar. Kami mencabarnya supaya:

1) Menamakan kroni Anwar yang dituduh dengan segera.

2) Mendedahkan kepada umum butir-butir kekayaan yang dimiliki Mahathir, isterinya, anaknya serta keluarga-keluarga mereka dan bagaimana kekayaan itu diperolehi mereka.

3) Memastikan para menterinya, terutama Daim Zainuddin, memberitahu kepada umum segala kekayaan yang mereka sendiri dan anggota-anggota keluarga mereka miliki secara langsung atau melalui wakil (nominee) dan bagaimana mereka memperolehi kekayaan tersebut.

Sekiranya tidak boleh, Mahathir dan kroni-kroninya mesti memberhentikan taktik kotor mereka.

Ditandatangani oleh:

Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KeADILan YB Dato Haji Fadzil Noor, Presiden PAS YB Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Dr Syed Husin Ali, Presiden PRM 6 MEI 1999

Last changed: May 06, 1999