Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

KUBU BN SUDAH ROBOH

From: Mahafiraun
Date: 05 May 1999
Time: 21:17:48

Comments

Saya baru menerima perkhabaran daripada abang ipar saya yang mengatakan Mokhzani atau Mukhriz datang merasmikan mesyuarat UMNO Pontian baru-baru ini. Mokhzani sampai di Dewan Mesyuarat pada pukul 1.00 petang. Waktu itu cuma ada 10 orang ahli UMNO.

Pukul 2.00 petang ada sejumlah 12 orang. Hinggalah ke pukul 4 petang barulah ada 20 orang. Masih belum cukup korum, jadi bagaimana? Terpaksalah orang yang sedang menikmati murtabak Singapura dan lain-lain warung yang berhampiran diberikan upah untuk menghadiri sidang tersebut semata-mata untuk mencukupkan korum. Pokoknya, kenapa kawasan sebegitu kuat pengaruh UMNO boleh terjadi demikian?

Jawabnya, Reformasi sudah menular ke situ. Teringat pula saya kisah S46. Di Pontian, sambutan pada S46 ketika itu agak memberangsangkan. Maka lahirlah seorang anak jati Pontian yang mengaku mendapat pendidikan PhD dari sebuah universiti di United Kingdom.

Sebagai seorang pejuang S46 dan begitu berapi-api menentang Mahathir. Setahu saya PhD itu dibeli semata-mata untuk menonjolkan diri dan mengaburi mata orang kampungnya. Tak ada satupun pemimpin S46 yang tak pernah ke kampungnya sewaktu S46 dulu. Termasuklah Brahim Katak Jongang!

Dia ini juga pernah menjadi calon Parlimen Benut bagi S46 lawan BN pada 1995. Pada ketika itu, seluruh saudara mara menyokong beliau. Ialah, orang kaya! Saudara mara diumpan dengan duit dan lain-lain. Politik sangat busuk dan membusukkan macam SHIT.

Tahu tak sekarang apa dah jadi? Beliau macam Brahim Jongang juga telah jilat bontot MAHAFIRAUN. Masuk UMNO terikut-ikut dengan kebodohan Kuli batak!

Sekarang, dia sedang melobi nak jadi calon BN di Parlimen Benut. Jumpa saudara mara minta restu. Apa jawab salah seorang bapa saudaranya?

"Sorry! Kali ini aku tak akan pangkah BN walaupun calon yang bertanding tu anak saudara aku sendiri!"

Saya juga mendapat tahu bahawa dia juga salah seorang dalang untuk memfitnah Anwar Ibrahim! Khairuddin Hasan selalu bertandang ke rumahnya!

Sudahlah Hasan! Dunia ni kecil, MAHAFIRAUN tidak lama lagi berkuasa. Lepas ini, kalau dia jatuh kami akan adili dia di Mahkamah Terbuka di Dataran Merdeka. Kami tidak akan menggunakan sistem perundangan Malaysia kerana yang akan menentukan hukuman ialah rakyat Malaysia yang akan menjadi juri.

oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020 6 MEI 1999

Last changed: May 06, 1999