Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

KISAH 2 SEPUPU BERJUMPA DALAM LOKAP

From: RN
Date: 06 May 1999
Time: 00:27:32

Comments

Kuala Lumpur, Khamis 6 Mei Wartawan RN melaporkan semalam Rabu 5 Mei perbicaraan OKT disambung lagi. Sebelum ini majistret sudah mengarahkan pihak pendakwa supaya menamatkan sesi pendakwaan semalam, tetapi pihak pendakwa gagal memenuhi arahan majistret.

Salah seorang OKT yang sepatutnya didakwa semalam berasal dari luar Kuala Lumpur. Beliau datang dan bertugas di sebauah Bandar Diraja di Utara.

Sepanjang masa perbicaraan OKT beliau terpaksa mengambil cuti, datang ke Kuala Lumpur dan tinggal menumpang di rumah saudaranya di sini.

Selepas lama berpisah dengan anak isteri, semalam beliau berasa amat hampa, sedih dan kecewa kerana tidak dapat balik ke utara menemui isteri dan anak-anak yang beliau rindui.

Semasa perbicaraan yang bermula pada sesi pagi, wartawan RN melihat wajah OKT itu ceria. Beliau kelihatan yakin sambil bercerita dengan OKT-OKT lain tentang hasrat beliau pulang ke rumahnya selepas perbicaraan tamat petang harinya.

Malangnya, sebelum rehat makan tengah hari, pihak Pendakwa memberitahu Mahkamah ada 4 orang lagi saksi yang akan dipanggil memberi keterangan pada sesi petang. Mereka adalah saksi terakhir dan perbicaraan akan tamat pada hari ini.

Mendengar berita itu OKT tersebut yang sudah sedia membawa bersamanya beg pakaian segera bergegas-gegas pergi ke Pudu Raya membeli tiket bas untuk balik ke utara.

Apabila perbicaraan disambung semula 2 orang saksi yang dipanggil tidak dapat hadir menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguh sehingga 6 Mei, hari ini. Disebabkan terlalu hampa, OKT tersebut bercerita kepada wartawan RN yang kebetulan sama-sama keluar mahkamah.

Menurutnya, pada 17 Oktober lalu beliau bersama keluarganya datang ke Kuala Lumpur kerana menziarahi ibu mertuanya yang menetap di Ampang.

Pada malamnya beliau pergi ke Chow Kit seorang diri untuk membeli ubat anaknya. Apabila beliau mendapat tahu Perhimpunan Reformasi beliau pergi melihat kerana ingin tahu tentang perhimpunan tersebut. Beliau masuk ke dalam perhimpunan kerana melihat dengan mata kepala sendiri keadaan yang sebenarnya dari jarak dekat kerana belum pernah melihat perhimpunan seperti itu sebelumnya.

Sewaktu perhimpunan menjadi kelam-kabut, dan orang ramai mula berlari-lari, beliau panik dan terpinga-pinga. Melihat orang berlari, apa lagi, beliau pun ikut lari. Waktu itu sedang berlari, beliau terjatuh. Botol ubat yang dibelinya jatuh pecah berkecai. Waktu masih terjatuh itulah beliau ditangkap polis.

Semasa ditahan reman selama 4 hari, beliau bertemu dengan OKT lain yang juga sepupunya yang sudah lama tidak berjumpa dan hampir hilang berita. Sepupunya ialah antara OKT yang ditangkap di dalam restoran McDonalds di kompleks Daya Bumi semasa dia sedang berbaris di kaunter hendak membeli makanan.

"Saya sekarang menumpang di rumah sepupu saya itu sampai habis bicara," kata OKT itu.

Wartawan RN hanya memerhatikan dia berjalan dengan langkah longlai dengan beg baju masih tersandang di bahunya. - RN

Last changed: May 06, 1999