Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

POLIS KENAL OKT SOLEHA OMAR

From: RN
Date: 06 May 1999
Time: 00:28:26

Comments

Kuala Lumpur, Khamis 6 Mei Perbicaraan 126 disambung semula semalam Rabu 5 Mei dengan memanggil saksi ke pertama iaitu Kopral Arshad Salleh yang berusia 20 tahun. Pada malam 17 Oktober tahun lalu Kop. Arshad ditugaskan membuat tangkapan dan menerima tangkapan.

Beliau menerima tangkapan 2 orang lelaki Melayu iaitu OKT Khairul Edzwan Bin Razali dan OKT Mahadi Abdullah. Tangkapan diterima pada jam 8.20 malam. Beliau juga tidak dapat mengecam OKT dan memberitahu mahkamah bahawa OKT diserahkan kepadanya oleh anggota SB.

Saksi ke-2 ialah DSP Azizan Bin Adnan. Pada malam itu beliau ditugaskan membuat tangkapan dan menerima tangkapan. Beliau menangkap OKT Soroji Kusni pada jam 8.30 malam. Beliau juga menerima tangkapan serta membuat lapuran tangkapan OKT Azhar Othman pada jam 8.40 malam.

DSP Azizan tidak dapat mengecam wajah OKT Saroji Kusni yang ditangkapnya. Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak nampak kedua-dua OKT itu membawa gambar ataupun memegang sepanduk dan beliau tidak ingat siapa yang menyerahkan OKT Azhar Othman kepada beliau.

Saksi ke-3 ialah Pegawai Penyiasat Zaidi Harun dari Balai Polis Daerah Dang Wangi. Sebelum pendakwaan bermula, Pendakwa Jagjit Singh mengingatkan PP Zaidi Harun supaya menanti arahan Majistret dahulu sebelum menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.

Pada 17 Oktober PP Zaidi Harun diarahkan pergi ke IPKKL dan tiba di sana pada jam 8.30 malam. Beliau ditugaskan menerima tangkapan daripada ASP Zainuddin Ahmad.

PP Zaidi menerima tangkapan seramai 62 orang OKT termasuk wanita yang diserahkan kepada beliau pada jam 11.45 malam. Semalam beliau membacakan senarai tangkapan seramai 62 orang OKT itu.

PP Zaidi memberitahu majistret, selepas beliau menerima tangkapan dan selepas membuat laporan tangkapan, semua 62 orang OKT itu diserahkan kepada pegawai perakam untuk merakamkam Percakapan Beramaran. Kemudian semua OKT dibawa ke IPD Dang Wangi untuk ditahan di dalam lokap.

PP Zaidi juga menerima barang-barang kes iaitu 2 helai kain rentang daripada Insp. Syed Azizi dan ASP Halim. Semasa menjawab soalan yang dikemukakan oleh Peguambela En. Ragu, PP Zaidi Harun memberitahu bahawa Percakapan Beramaran terakhir dirakamkan pada jam lebih kurang 12 tengah malam dan kesemua OKT diberi Percakapan Beramaran. Beliau membacakan Percakapan Beramaran pada 18 Oktober 1998 dan membuat permohonan untuk menaahan reman OKT selama 4 hari.

Beliau memberitahu Mahkamah tiada siasatan lanjut dilakukan semasa tahanan reman selama 4 hari itu selain daripada Percakapan Beramaran. "Tiada mana-mana OKT dikeluarkan dari lokap untuk siasatan," PP Zaidi Harun memberitahu majistret. PP Zaidi juga tidak membuat siasatan terhadap Percakapan Beramaran dari mana-mana OKT.

Saksi ke-4 iaitu PP Mohd. Zulkarnain iaitu seorang Pegawai Penyiasat di Balai Polis Tun HS Lee. Pada malan itu beliau menerima arahan daripada ASP Zainuddin Ahmad untuk satu kes bersabit dengan lapuran 27050/98. Beliau mula menjalankan tugas pada jam lebih kurang 7 petang hingga 1.30 pagi.

PP Zulkarnain merima tangkapan seramai 67 orang OKT. Semalam senarai 67 orang OKT itu dibacakan oleh PP Zulkarnian. Pada malam itu beliau juga menerima barang kes iaitu satu lencana dan kain rentang daripada ASP Zainuddin Ahmad. Kamera video kepunyaan OKT Ahmad Munauwar dikembalikan kepada OKT pada 24/10/98.

Semasa menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh saksi bagi pihak Peguambela En. Christie, PP Zulkarnain menjelaskan beliau tidak membuat apa-apa siasatan terhadap kamera nideo tersebut. Beliau juga tidak ingat jam berapa Percakapan Beramaran berakhir. Beliau cuma menerima Percakapan Beramaran dari semua OKT pada jam 1.20 pagi.

Pada keesokkan harinya 67 orang OKT itu dibawa di hadapan Majistret untuk mendapatkan tahanan reman sehingga 21/10/98. Semasa OKT ditahan reman, PP Zulkarnain pergi ke lokap untuk menanyakan sama ada terdapat OKT yang mengalami luka dan cedera. Beliau memberitahu mahkamah ada OKT yang mengalami kecederaan. Menjawab pertanyaan peguambela, beliau memberitahu tiada siasatan lanjut dibuat terhadap Percakapan Beramaran yang dirakamkan dari OKT.

Saksi ke-5 ialah Insp. Jimbai A/L Balak yang ditugaskan merakamkan Percakapan Beramaran di IPKKL pada malam itu dari OKT Kassim Bin Ya’acob. Beliau dapat mengecam wajah OKT Kassim. Insp. Jimbai membacakan Percakapan Beramaran yang diberi oleh OKT Kassim dan diterima sebagai bahan bukti.

Saksi ke-6 ialah Insp. Abdul Aziz Bin Harun. Beliau pernah memberi keterangan dan merakamkan Percakapan Beramaran OKT Soleha Bt Omar dan beliau dapat mengecam OKT Soleha. Insp. Aziz membacakan Percakapan Beramaran OKT Soleha.

Saksi ke-7 ialah Ins. Sabri Bin Jantan. Pada malam itu beliau diarahkan oleh ASP Zainuddin Ahmad merakamkan Percakapan Beramaran OKT Mohd. Ikram Bin Hassan. Beliau tidak dapat mengecam wajah OKT Ikram. Ins.

Sabri membacakan rakaman Percakapan Beramaran OKT Ikram.

Saksi ke-8 ialah Lans Kopral Mohd. Suabi Yusoff. Pada malam itu beliau diarahkan oleh ketua Ops Gempur supaya mengambil gambar-gambar OKT. LK Suabi bersetuju dengan Peguambela En. Raju bahawa gambar-gambar itu siambil selepas OKT sudah ditangkap dan digari. Kedua-dua gambar itu diambil bukan di tempat di mana OKT itu ditangkap.

Sehingga Rabu 5 Mei seramai 74 orang saksi polis sudah dipanggil memberi keterangan. Disebabkan 2 orang saksi tidak dapat hadir untuk memberi keterangan perbicaraan bersambung pada 6 Mei. Perbicaraan tamat pada jam 3.10 petang. - RN

Last changed: May 06, 1999