Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Mengulas berita-berita UM - 6.5.99

From: Wirawan
Date: 06 May 1999
Time: 01:55:38

Comments

1. Pelaburan RM56j lesap -- 30 akaun pelanggan firma broker di Kuching jadi mangsa

KUALA LUMPUR 5 Mei - Wang pelaburan dalam kira-kira 30 akaun pelanggan sebuah firma broker saham di Kuching, Sarawak yang dianggarkan bernilai RM56.1 juta dilaporkan hilang.

KOMEN

RAKYAT TURUT PRIHATIN DENGAN PERKARA INI. KITA SEMUA SEDAR BAHAWA PASARAN SAHAM KITA MEMANG SPEKULATIF DAN BANYAK MANIPULASI. INILAH YANG MEMBIMBANGKAN PELABOR KHUSUSNYA PELABOR ASING. DASAR BSKL YANG SPEKULATIF INI PERLU DIUBAH.

2. Bangunan Pularek: Penghuni bimbang

KOTA TINGGI 5 Mei - Para penghuni kuarters kediaman di Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut (Pularek) di Tanjung Pengelih yang baru dibina dekat sini menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan diri mereka kerana mendiami bangunan yang rosak.

KOMEN

RAKYAT INGIN TANYA MENGAPA JADI BEGINI? APA YANG DATUK SERI SYED HAMID ALBAR BUAT DAHULU?

RAKYAT MELIHAT BUDAYA RASUAH SEBAGAI PUNCA PERKARA INI BERLAKU.

3. Pemuda minta memorandum wartawan dipertimbang

KUALA LUMPUR 5 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertimbangkan memorandum mengandungi 581 tandatangan wartawan, meminta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta Mesin Cetak) dimansuhkan.

KOMEN

RAKYAT TAHU BAHAWA DATO HISHAMUDDIN INI SUKA BERI KOMEN.

RAKYAT BELUM LAGI MENDENGAR RESPONS DARIPADA TUAN HJ. DR MAHATHIR.

TAKUT-TAKUT NANTI DATO HISHAMUDDIN AKAN DIPERSALAHKAN.

4. 73,000 keluarga di bawah paras kemiskinan

KUALA LUMPUR 5 Mei - Sebanyak 73,000 keluarga di negara ini berada di bawah paras kemiskinan akibat krisis ekonomi yang melanda negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

KOMEN

RAKYAT MERINTIH MENGENAI PERKARA INI KERANA DALAM MANA SEBEGITU RAMAI YANG MISKIN ADA YANG SANGGUP TINGGAL DI MAHLIGAI DAN MEMBELI JET BARU. APA GUNANYA PROJEK-PROJEK MEGA ITU SEKARANG?

PEMERINTAHAN BN - YANG KAYA LAGI KAYA YANG MISKIN LAGI MISKIN.

5. Duta jawab kutukan media Amerika

WASHINGTON 5 Mei - Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Ghazzali Sheikh Abdul Khalid, pada Selasa menjawab kutukan lidah pengarang Washington Post mengenai Malaysia.

KOMEN

RAKYAT TELAH BACA JAWAPAN INI DAN TIDAK BERSETUJU DENGAN FAKTA-FAKTA YANG DIBERIKAN KERANA KITA TAHU BAHAWA BELIAU DIARAH BERBUAT DEMIKIAN.

YANG RAKYAT INGIN TAHU ADALAH KES MUSTAPHA ONG DAN JAMAL AMRO. MENGAPA DUTA MEMBISU?

6. Pegawai lengahkan projek akan disoal

KUALA LUMPUR 5 Mei - Kerajaan akan memanggil mana-mana kakitangannya yang didapati sengaja melengah-lengahkan pelaksanaan projek pembangunan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pegawai-pegawai terbabit akan dipanggil (untuk memberikan penjelasan) berhubung kegagalan mereka melaksanakan program atau projek yang diamanahkan kepada mereka.

KOMEN

SEKALI LAGI RAKYAT MELIHAT DATUK SERI ABDULLAH BADAWI MEMPERSOALKAN KECEKAPAN PEGAWAI KERAJAAN.

RAKYAT BERSIMPATI DENGAN NASIB KAKITANGAN AWAM YANG KERAPKALI DIPERSALAHKAN SEDANGKAN AHLI-AHLI POLITIK YANG MENGGANGU MEREKA MELEPAS TANGAN.

KAN TAN SRI KSN TELAH JAWAB PERKARA INI KELMARIN?

7. Pemaju mungkin diwajib sedia kemudahan sosial

KUALA LUMPUR 5 Mei - Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan mewajibkan para pemaju perumahan menyediakan kemudahan sosial seperti dewan orang ramai dan taman rekreaksi bagi mengelakkan kawasan lapang terbiar.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Ting Chew Peh berkata, pihak pemaju kini disyaratkan menyediakan kawasan lapang sahaja untuk tujuan pembinaan sekolah, klinik dan kemudahan sosial tetapi terserah kepada pihak berkuasa majlis tempatan membina kemudahan-kemudahan itu.

KOMEN

APA YANG RAKYAT LIHAT BAHAWA KERAJAAN BN BUKAN SATU KERAJAAN YANG BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT. SEBALIKNYA BERHARAP RAKYAT BERKHIDMAT KEPADANYA.

KALAU MACAM INI LEBIH BAIK TUKAR KERAJAAN.

INI SEMUA BERLAKU DISEBABKAN KERAJAAN BN YANG BOROS.

8. SES mungkin tolak tawaran Akbar Khan

SINGAPURA 5 Mei - Bursa Saham Singapura (SES) hari ini membayangkan akan menolak tawaran Effective Capital Sdn. Bhd. (Effective Capital) untuk membeli saham-saham di bursa saham haram Central Limit Order Book International (CLOB) atas dasar tidak memenuhi piawaian yang boleh diterima.

''SES menganggap dokumen tawaran itu tidak memenuhi piawaian penerimaan biasa,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di satu sidang akhbar di sini.

KOMEN

NAMPAKNYA KERAJAAN SINGAPURA BEGITU SENSITIF DENGAN GARA-GARA KELICIKAN KRONI TUN DAIM DALAM MENDAPATKAN PELUANG INI.

RAKYAT YAKIN BAHAWA SALAH SATU SEBABNYA ADALAH TERBONGKARNYA RAHSIA DI SEBALIK PENGGANTUNGAN CLOB DAHULU.

9. Pas dan dasar kepuakan

ASABIYAH ialah satu perkataan Arab yang membawa maksud puak keturunan atau suku kaum yang berasal daripada rumpun yang sama. Bagi masyarakat Arab, ia juga disebut sebagai kabilah atau asyirah. Perkataan taksub atau fanatik itu berasal daripada perkataan asabiyah yang membawa erti seruan seseorang supaya disokong puak keturunannya, atau mempertahankan kelompok mereka walaupun nyata kelompok mereka itu melakukan kesalahan dan kezaliman.

Oleh: WAN MOKHTAR AHMAD

KOMEN

INI ADALAH RENCANA KEDUA DIKARANG OLEH SEORANG PEMIMPIN TINGGI UMNO. YANG PERTAMA ADALAH DATUK SYED HAMID ALBAR.

RUPA-RUPANYA INILAH SALAH SATU STRATEGI UMNO UNTUK MEMPERLEKEHKAN PARTI PAS DAN PARTI-PARTI ALTERNATIF YANG LAIN.

RAKYAT TIDAK BERSETUJU AYAT BERIKUT:

UMNO bukanlah parti asabiyah iaitu yang mempertahankan kelompok sendiri walaupun kelompok itu melakukan kesalahan. Di dalam UMNO, sesiapa yang melakukan kesalahan, orang itu tidak akan dibela dan dipertahankan. Setinggi mana sekalipun jawatan yang dipegang oleh sebarang ahli UMNO, sekiranya ahli tersebut didapati melakukan kesalahan, tindakan tetap akan diambil, baik menteri kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan sebagainya.

INI ADALAH SATU PEMBOHONGAN YANG BESAR KERANA KITA TAHU TUAN HJ. DR MAHATHIR MEMBUAT DAKWAAN PILIHAN.

ULASAN BELIAU TERHADAP DATUK FADZIL DAN TG NIK AZIZ MENGENAI BUKU "SHIT" JUGA SEMPIT.

Last changed: May 06, 1999