Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Petikan Akhbar Daripada al-Arab al-Yawm, Jordan

From: Sahabat mahazalim, middle east.
Date: 06 May 1999
Time: 05:20:37

Comments

Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Muhammad Musuh Akhbar Di Tangga Ke-8

Isnin, 3 Mei 1999- : Mahathir Muhammad, Perdana Menteri Malaysia diletakkan di senarai kelapan di antara musuh surat-khabar di kalangan para pemimpin dunia. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Badan Pembela Wartawan SeDunia (C.P.J) yang berpusat di New York menyebut bahawa Mahathir Muhammad menguasai surat-surat khabar dan melakukannya sebagai boneka beliau untuk meneruskan tempoh pemerintahannya. Kenyataan itu dikeluarkan sempena Hari Kebebasan Akhbar SeDunia yang jatuh pada hari ini (3 Mei 1999).

Mahathir menduduki tempat kelapan selepas Presiden Yoguslavia, Slobodan Milosevic, Perdana Menteri China, Jiang Ze Min, Presiden Cuba, Fidel Castro, Presiden Konggo, Loren Capella, Presiden Ethiopia, Miles Zanawe, Presiden Ukrania, Leonard Kotshama, Presiden Tunisia, Zein al-Abidin Ben Ali dan diikuti pula selepasnya oleh Presiden Peru, Alberto Fujimori dan Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Mahathirdikatakan telah menguasai jaringan maklumat utama Malaysia yang dikuasai oleh pakatan kerajaan seperti seorang pemain boneka yang menggerakkan bonekanya untuk meneruskan tempoh pemerintahannya. Mahathir telah menekan akhbar-akhbar dengan berbagai-bagai kawalan yang ketat terhadap surat-surat khabar. Dia juga telah mengenakan kawalan individu terhadap akhbar-akhbar yang dianggap sebagai menentangnya.Kawalan ini tidak sahaja dikenakan terhadap surat-surat khabar tempatan, tetapi juga kepada para wartawan asing. Mahathir juga dikatakan telah berjaya mengawal kemasukan dan perpindahan keluar maklumat walaupun terdapat usaha-usaha yang dilakukan oleh para wartawan untuk menyatakan pendapat mereka dengan bebas melalui internet dengan melaporkan arus kemarahan rakyat berikutan penahanan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Perlu disebutkan bahawa Badan Pembela Wartawan SeDunia ialah sebuah badan yang bebas yang bukan berasaskan keuntungan bekerja menjamin kebebasan akhbar di seluruh dunia.

Sahabat mahazalim, middle east.

Last changed: May 06, 1999