Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Perintah Majlis Angkatan Tentera No 3, 1972

From: Mahazalim
Date: 06 May 1999
Time: 05:23:36

Comments

Sejak pemecatan DSAI, memang telah menjadi bahan perbualan dikalangan anggota tentera tentang isu tersebut, baik pegawai atau lain-lain pangkat meliputi ketiga-tiga cabang perkhidmatan. Rata-rata yang saya temui dan berbual dengan mereka, mungkin 90 peratus yang menyokong DSAI. Bukan itu sahaja, cetakan-cetakan laman internet terutamanya dari laman Mahazalim beredar dari satu pejabat ke pejabat yang lain. Malah, dalam ceramah-ceramah anjuran PAS, ADIL dan parti pembangkang yang lainnya juga ramai dikalangan anggota tentera turut hadir untuk mendengarnya.

Fenomena ini telah menimbulkan keraguan, kebimbangan dan kerisauan dikalangan pemerintah unit atau pasukan-pasukan tentera. Sehingga ada antara pegawai memerintah atau pemerintah sesuatu unit tentera telah mengeluarkan arahan kepada anggotanya melarang mereka dari menghadiri sebarang ceramah politik dan mengancam untuk mengambil tindakan displin tentera (Akta Angkatan Tentera 1972) kepada mereka yang engkar. Kepada anggota yang `takut' dengan ancaman itu, terus mengikuti arahan tersebut. Tapi bagi mereka yang tahu keadaan sebenar, arahan ini menimbulkan rasa tidak puas hati.

Oleh yang demikian, bersama ini saya sertakan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) NO. 3 TAHUN 1972 yang bertajuk KEGIATAN POLITIK DAN PILIHAN RAYA, semoga ianya menjadi panduan.

1. Seseorang anggota Angkatan Tentera tidak baleh menjadi ahli sebarang parti politik.

2. Ia tidak bcleh membuat pengumuman atau membiarkan dirinya diumumkan sebagai seorang calon ataupun bakal calon bagi pilihan raya ke Dewan Rakyat atau ke Dewan Perundangan Negeri atau ke mana-mana Pihak Kerajaan Tempatan.

3. Ia tidak boleh mengambil bahagian dalam hal ehwal mana-mana pertubuhan atau parti politik samada selaku ahli jawatankuasa pilihan raya bagi seseorang calon ataupun secara berucap di khalayak ramai ataupun menyiar dan menyebarkan bahan-bahan tulisan bagi memajukan tujuan-tujuan politik sebarang pertubuhan atau parti ataupun dalam apa jua cara yang lain.

4. Ia tidak boleh menghadiri sebarang perhimpunan atau perjumpaan politik dengan memakai pakaian seragamnya melainkan jika diperintah berbuat demikian dalam menjalankan tugasnya

5. Ia tidak boleh menyampaikan kepada orang ramai, secara sulit atau terbuka, melalui akhbar, wayerless, televisyen atau apa jua cara pun, sebarang maklumat atau pendapat-pendapat mengenai perkara-perkara politik atau soal-soal yang menjadi perbalahan atau perkara-perkara yang menyentuh Angkatan Tentera.

6. Ia tidak boleh:

a. Mengambil bahagian di dalam atau membenarkan kerja-kerja membantu pilihanraya, perjumpaan-perjumpaan dan perhimpunan-perhimpunan politik, merayu undi; atau

b. Mempamirkan atau membenar dipamirkan pelekat-pelekat politik di dalam kawasan mana-mana Unit atau Pertubuhan Angkatan Tentera di dalam mana-mana kapal, kapal terbang atau kenderaan kepunyaan kerajaan.

7. Ia BOLEH HADIR di perjumpaan-perjumpaan dan perhimpunan politik dengan syarat bahawa:

a. Ia berbuat demikian bukannya pada masa bertugas.

b. Ia berpakaian pereman (tidak Regimental Mufti); dan

c. Ia tidak mengambil apa-apa bahagian dalam perjumpaan dan perhimpunan itu.

8. Jika ianya layak mengundi, ia hendaklah memakai pakaian pereman (tidak Pegimental Mufti) apabila pergi mengundi.

9. Apabila sahaja diumumkan bahawa pilihan raya-pilihan raya bagi Dewan Rakyat, Dewan Perundangan Negeri atau Pihak Kerajaan Tempatan akan diadakan maka perenggan I hingga 8 PMAT ini hendaklah disiarkan di dalam semua perintah-perintah biasa Unit, Pertubuhan dan Pengkalan pada tiap-tiap bulan sehingga pilihanraya tersebut selesai.

Last changed: May 06, 1999