Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Penjelasan Dari Pihak Eksklusif

From: INTAN
Date: 06 May 1999
Time: 05:27:08

Comments

Di sini dipaparkan lagi penjelasan daripada pihak Akhbar Eksklusif mengenai artikel 'Siapa Di Belakang Eksklusif'.

Anda mungkin telah mendapat e-mail ini daripada kawan-kawan saya yang lain. Lagi sekali, kami di kumpulan karangkraf ingin meminta jasa baik anda untuk betul betul menilai dan menyiasat tentang latarbelakang syarikat kami. Saya telah bekerja di sini selama 5 tahun dan saya kenal Ketua Pengarang saya dan Lembaga Pengarah kami. Harap agar pintu hati anda terbuka untuk menceritakan perkara yang sebenar tentang syarikat kami. Dibawah adalah nukilan daripada senior staf kami yang kami semua menyokong dan bersumpah sebagai benar!!!

--------------------------------------------------------------------------------

Siapa Di Belakang Akhbar Eksklusif !!

Peringatan dari Mahazalim tentang ‘dalang ‘ di belakang akhbar Eksklusif dirujuk.

Saya telah membaca berkali-kali tulisan tersebut dan ingin menyatakan perasaan marah dan kesal. Saya kesal kerana mendapati tulisan itu tidak menggambarkan hakikat sebenarnya. Marah kerana tulisan itu menyebut “ ….dengan izin Allah niat jahat mereka terbongkar dan taktik jahat mereka terdedah ” Saudara telah menggunakan kalimat Allah seolah-olah untuk membenarkan kesahihan berita yang saudara paparkan.

Soalan saya ialah adakah saudara benar-benar berpuashati dengan siasatan dan pembongkaran tersebut ? Adakah saudara berpuashati tidak ada pihak yang terfitnah dengan kebenaran yang saudara perkatakan itu. Adakah saudara berpuashati tidak akan ada pihak yang teraniaya dengan berita tersebut ? Kalau saudara berpuashati bahawa perkhabaran itu benar lagi sahih dan bukannya fitnah. Alhamdulillah.

Saya telah bekerja dengan Kumpulan Karangkraf semenjak 16 tahun yang lepas. Saya kenal benar hati perut empunya syarikat ini. Mereka adalah satu kumpulan 4 beradik yang berasal dari Kelantan yang merantau ke Kuala Lumpur mencari rezeki. Mereka adalah anak-anak kepada Haji Yaacob yang berniaga buku di Kota Bharu.

Berkat kegigihan mereka, perniagaan mereka dalam bidang penerbitan berjaya. Sekarang mereka menerbitkan banyak majalah termasuk Bacaria, Nona, Keluarga, Media Hiburan, Mingguan Wanita, Gelihati , Remaja dan lain-lain.

Baru-baru ini salah satu penerbitan mereka, Mingguan Wanita telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya membayar gantirugi kepada Normala Shamsuddin sebanyak RM 200,000 berikutan tersiarnya berita yang menyatakan kononnya Normala menuntut tebus talak sebanyak RM 3 juta. Kami bersimpati dengan nasib towkay kami.

Bulan lepas pula, sebuah lagi penerbitan mereka, iaitu Bacaria telah disaman oleh Ummi Hafilda Ali dan Khairuddin sebanyak RM 20 juta. Bagaimanapun, berita tentang ini tidak tersebar dan akan hanya diketahui umum apabila tiba masa perbicaraan nanti.

Syarikat ini juga pernah menerbitkan akhbar Watan, sebuah akhbar politik seperti Eksklusif. Akhbar Watan pernah diharamkan oleh kerajaan Barisan Nasional semasa operasi lalang pada Tahun 1987 dulu. Apabila permit akhbar ini diberi balik, syarikat ini telah menjual permit menerbitkan Watan kepada Tengku Adnan Mansur sehinggalah Tengku Adnan pula menutup akhbar ini kerana tidak berdaya maju.

Saya berpendapat para penyokong reformasi terdiri daripada mereka yang pandai menilai. Mereka tahu sebab mereka menyokong Reformasi dan menentang kerajaan yang ada. Apabila mereka membaca Eksklusif mereka boleh menilai yang mana seharusnya dibaca, yang mana tidak. Akhbar tersebut adalah sebuah akhbar bukan milik sebuah parti, baik kerajaan mahupun pembangkang. Justeru, ia mesti bersikap adil, memuatkan cerita dari kedua-dua belah pihak. Barangkali itu syarat permitnya.

Apakah mereka yang memperjuangkan keadilan tidak mahu memberikan keadilan kepada orang lain ? Hari ini kita mengatakan orang tidak adil kepada kita tetapi kita tidak mahu memberi ruang keadilan kepada orang lain ?

Saya perhatikan Eksklusif memberi ruang kepada banyak parti politik, sesuai dengan motonya ADIL, DINAMIK dan BERWIBAWA. Tetapi ini tidak sekali-kali bererti ia cuba memberikan maklumat palsu kepada pembaca seperti tuduhan Mahazalim : … daripada terdedah kepada maklumat-maklumat palsu yang akan disebarkan secara halus ”

Rakan-rakan saya dan saya dengan ini meminta Mahazalim melakukan penyiasatan yang lebih rapi lagi ke atas tuduhan yang dibuat agar tidak tergolong sebagai orang yang membuat fitnah kerana pada kami Mahazalim kelihatan membenci fitnah seperti yang dikenakan kepada DSAI. Sebarang fitnah adalah FITNAH. Mudah-mudahan saudara tidak juga tergolong sebagai seorang lagi yang MAHA ZALIM.

Penyiasatan yang rapi perlu dibuat sebelum kita menyiarkan sebarang berita agar laman kita BERWIBAWA. Jangan kita terus menuduh saudara Malik Hussian sebagai agen BN apabila terus mengumumkan ingin membentuk sebuah parti sebaik-baik sahaja dibebaskan dari ISA. Jangan kita terus menyiarkan berita Mahathir “ clinically dead ” sebaik sahaja dia dimasukkan ke IJN. Semak cerita barulah kita akan disanjung.

Akhirnya, berani saya katakan berita yang disiarkan oleh Mahazalim tentang penglibatan Rosnah Majid adalah palsu dan tidak berasas. Malah saya berani bersumpah dengan nama ALLAH, WABILAHI DAN WATAWALLAHI bahawa berita itu adalah fitnah semata-mata.

Demi keadilan yang saudara dan rakyat Malaysia perjuangkan, demi menolak fitnah yang saudara dan rakyat Malaysia perjuangkan, saya meminta agar surat ini disiarkan di halaman saudara.

INTAN

Last changed: May 06, 1999