Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

SATU PAGI DI KOPI TIAM

From: RN
Date: 06 May 1999
Time: 07:15:09

Comments

Kuala Lumpur, Jumaat 7 Mei Sebagai seorang wartawan RN yang lulus sekolah menengah Cina, saya membuat kajian tentang kesan kenaikan indeks BSKL di kalangan orang-orang Cina. Disebabkan mereka sangat mementingkan ekonomi, cari wang, dan cari makan, maka saya ingin tahu penerimaan dan persepsi orang-orang Cina terhadap kenaikan indeks di BSKL.

Sejak akhir-akhir ini indeks BSKL naik melonjak-lonjak dengan rancaknya dan media pro-kerajaan menggunakan isu ini untuk menggembar-gemburkan dakwaan Dr. Mahathir kenaikan indeks itu adalah petanda kukuh ekonomi negara sudah pulih.

Sudah seminggu, pada setiap pagi saya mendapatkan maklumat dengan cara pergi bersarapan di kedai-kedai kopi Cina yang dipanggil "kopi tiam" oleh kerana pada waktu itulah ramai orang minum sambil membaca surat khabar dan perbualan mereka sangat dipengaruhi oleh apa yang mereka baca di dalam akhbar pagi itu.

Tujuan saya ialah mendapatkan maklumat berkenaan emosi orang-orang Cina biasa di sekitar Kuala Lumpur. Orang Cina mempunyai sikap yang lebih terfokus berbanding dengan Melayu. Mereka memfokuskan fikiran mereka kepada hal-hal ekonomi.

Seperti yang saya ramalkan, berita tentang kenaikan indeks BSKL menjadi salah satu topik popular di kedai-kedai kopi Cina. Apa yang saya perhatikan selama satu minggu ini boleh digambarkan dengan apa yang saya alami sewaktu daya pergi sarapan pagi di sebuah kopi tiam di pekan Gombak dua hari yang lalu.

Waktu saya melangkah masuk kopi tiam itu, ada 11 ataupun 12 orang sedang minum dan berbual-bual, kebanyakannya lelaki.

Saya sengaja memilih tempat duduk dekat dengan meja di mana ada 3 orang lelaki sedang berbual-bual dengan rancaknya. Saya mahu mendengar apa yang mereka bualkan.

Betul seperti yang saya sangka, mereka bercakap tenetang harga saham yang naik dengan baiknya sekarang. Salah seorang dari mereka memujuk dua orang lagi sahabatnya supaya main saham semula macam dulu-dulu.

"Marilah kita beli. Boleh buat untung sikit pun jadilah," katanya.

Dijawab oleh kawannya, seorang lelaki yang sudah 50 tahun lebih umurnya, "Awak ingat mahu untung saja. Sekarang harga naik. Dulu harga jatuh, kita rugi banyak, tak payah kira?" Saya lihat kawannya yang seorang lagi mengangguk-angguk setuju.

"Saham naik, siapa untung? Mahathir untung," dia bertanya, dia menjawab.

"Sekarang 700 mata, awak pergi beli. Besok dia jual, dia sudah untung.

Nanti harga jatuh, awak juga rugi. Itu tipu punya orang!" kata si

lelaki yang tua itu. Dia meneguk kopinya, kemudian dia meletakkan

cawannya dengan kuat ke atas piring, lalu menepuk meja, juga dengan

kuatnya. - RN

Last changed: May 06, 1999