Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

SURAT TERBUKA BUAT KETUA PENERANGAN UMNO SABAK BERNAM

From: Muhammad Zhareef Al - Hadi
Date: 06 May 1999
Time: 07:14:10

Comments

Salam sejahtera buat semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Salam ini juga saya khususkan untuk semua penduduk di sekitar Sungai Besar dan Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Salam dan maaf dari saya juga untuk Timbalan Menteri di JPM, Dato Ibrahim Ali kerana saya akan meminjamkan nama Dato Ibrahim Ali dalam penulisan saya kali ini. Ini adalah penulisan saya yang pertama dan penggunaan nama Dato Ibrahim Ali juga yang pertama.

Saya sebenarnya merasa bangga kerana pada kali ini nama Dato Ibrahim Ali (DIA) akan dianugerahkan pada seorang penduduk tetap Sg Besar, Selangor iaitu Saudara Nazam Azhari, seorang Ketua Pemuda Cawangan juga Ketua Penerangan UMNO Sabak Bernam, Selangor. Beliau juga seorang guru berkelulusan MAKTAB, yang berdedikasi untuk kepentingan keluarga dan diri sendiri. Selepas ini saudara Nazam Azhari akan dipanggil atau dikenali dengan Nazam Azhari@Ibrahim Ali Sg Besar (NAIA).

Apa yang menjadi kebanggaan & kegembiraan saya ialah Saudara Nazam Azhari@Ibrahim Ali telah bertindak mengutip/mengambil selonggok risalah reformasi yang telah diedarkan oleh seseorang di sebuah masjid yang bernama Masjid Makmuriah Sungai Besar, Selangor pada Hari Raya Haji baru-baru ini. Saudara IASB telah bertindak dengan begitu baik sekali & pantas mengambil risalah tersebut (sedikit saja yang dapat diambil kerana yang lain telah teredar) lalu membawanya ke Balai Polis Daerah Sabak Bernam.

Saya amat menghargai tindakan Nazam Azhari@Ibrahim Ali kerana sesungguhnya itulah yang dikehendaki oleh Dato Ibrahim Ali sendiri. Dan saya rasa Saudara Nazam memang patut dianugerahkan gelaran Ibrahim Ali Sg Besar kerana sikapnya itu sama dengan perangai tidak senonoh Dato Ibrahim Ali sendiri.

Saya juga bangga dan mengucapkan 'syabas' kerana anak jati Sg Besar ini telah berjaya menunjukkan sikap mengampu & penipunya yang tidak patut diikuti oleh semua penduduk di Sg Besar/Sabak Bernam.

Soalan saya, apakah Nazam Azahari@Ibrahim Ali Sg Besar berfikir & terfikir bahawa pemecatan Saudara Anwar Ibrahim mengikut lunas undang2 yang lohor ???...atau telah dibuat secara adil ???...

Patut atau tidak TPM diberi cuti untuk menyelesaikan masalahnya seperti mana Rahim Tamby Chik dan Mat Taib (ex - MB Selangor) ???....

Patut atau tidak Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dimalukan sebegitu teruk dan hina sekali...???... Terfikirkah Saudara Nazam Azhari@Ibrahim Ali Sg Besar akan anak-anak & isteri DSAI...amatlah sedih sekali dan pilu hati anak2 bila melihat bapa mereka dibuat seperti anjing kurap oleh Dr M dan kuncu-kuncunya termasuk Saudara Nazam Azhari sekali.

Patut atau tidak Saudara memukul anak saudara sendiri hingga anak2 tersebut menangis, merayu, meminta ampun, jangan dikasari lagi walaupun anak2 tadi tidak melakukan sebarang kesalahan...??? Saudara hanya mendengar cerita daripada jiran yang tidak sahih beritanya lalu Saudara mengiakan segala kata2nya bahawa anak Saudara mencuri duit jiran Saudara. Gunakanlah akal Saudara dengan sebaik mungkin.

Andaikata benar DSAI melakukan perkara yang terkutuk, apakah Saudara tidak membaca, mengkaji, mendengar ceramah Agama Islam di masjid2, di surau2 atau dari Ustaz2 semasa dibangku sekolah rendah, sekolah menengah dan di maktab....bahawa sesungguhnya perlu didatangkan 4 saksi yang adil. (Jika tiada maka gugurlah tuduhan tersebut & yang menuduh perlu dirotan 80 kali sebatan).

Saudara Nazam Azhari@Ibrahim Ali, sesungguhnya hukuman yang disebutkan tadi bukan ayat yang direka-reka oleh saya atau parti-parti pembangkang khususnya Parti PAS tetapi itulah ayat yang datangnya dari Allah SWT. Ingat Saudara, jangan cuba kata hukuman itu tidak sesuai, ditakuti nanti Saudara sama dgn Dr M dan ahli-ahli neraka yang lain yang mana akan berlumba-lumba memasuki Neraka Jahannam.

Apakah Saudara Nazam Azhari @ Ibrahim Ali Sg Besar beranggapan bahawa saksi2 yang dibawa ke mahkamah baru2 ini sebagai saksi yang adil ...???... Apakah Saudara NA@Ibrahim Ali Sg Besar sama-sama mengesahkan bahawa Umi Hafilda itu seorang saksi yang adil ...???...Kalau Saudara bersetuju dengan apa yang dikatakan Dr M maka sahlah memang Saudara seorang yang sudah terpesong dari ajaran Agama Islam.

Saudara juga sudah lupa agaknya apa yang diajarkan oleh kedua ibubapa Saudara tentang hukum hakam di dalam Islam ini. Ataupun kedua ibubapa Saudara adalah orang yang tidak tahu langsung tentang agama Islam yang suci ini (maaf pada ibubapa Nazam - saya tidak bermaksud demikian). Ataupun Saudara seorang yang tidak pernah langsung mendekati apalagi menghayati segala ajaranNya.

Saudara Nazam Azhari@Ibrahim Ali Sg Besar, jangan jadi MURTAD kerana kita pentingkan kedudukan kita, pentingkan pemimpin yang disahkan telah sesat seperti Dr M yang menghina Janggut Rasullullah SAW.

Cuba Saudara lihat sekolah di sekitar Sg Besar & Sabak Bernam, kebersihan tandasnya, air kegunaan tandasnya dan bermacam-macam lagi, tidak pernah Saudara ambil berat. Saudara hanya sibuk dengan mesyuarat UMNO Saudara. Apa yang nak jadi dengan penduduk sekitar, Saudara tidak ambil peduli atau memperlekehkan penduduknya.

Di kampung kita 'tu Saudara, ramai orang miskin; orang miskin ini pula ada anak2 yang bersekolah dan terpaksa mencari duit secara bersusah payah untuk menyara anak2 tadi. Yuran sekolahnya, Yuran Persatuannya macam Persatuan Pengakap pimpinan Saudara dan lain - lain lagi yang mana semua ini memerlukan duit yang cukup besar bagi keluarga miskin tadi.

Bagi ibubapa yang 'berada', mereka tiada masalah maka dengan sebab itu Persatuan Pengakap Saudara terdiri daripada anak2 orang yang berharta. Apakah Saudara tidak perihatin pada anak2 yang miskin yang teringin sangat untuk sama-sama berpesatuan tetapi tiada peluang untuk berbuat demikian. Apakah saudara sanggup untuk mengeluarkan belanja untuk membelikan mereka2 ini pakaian pengakap secara percuma ...???...

Saudara ambil peduli ke semuanya ini !!!!!

Saya pasti memang Saudara tidak akan sanggup kerana Saudara tiada sifat-sifat belas kasihan. Tetapi sekiranya untuk menganjurkan mesyuarat UMNO pasti Saudaralah orang pertama yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk maksud tersebut.

Kerana sebab2 ini dan banyak lagi seperti PM mencerca, menghina, mengutuk, menghentam Nabi Muhammad SAW, nabi emakbapak Saudara, nabi saya juga nabi Saudara maka dengan rasa tanggung jawab orang yang mengedar risalah tersebut telah berusaha untuk menyedarkan penduduk setempat agar tidak lagi lagi memilih UMNO yang banyak menyusahkan orang ramai terutama masyarakat kampung di tempat kita berdua.

Apakah Saudara tidak sedar, bahawa semua kakitangan jabatan kerajaan di Sg Besar telah bersatu hati untuk memenangkan parti PAS pada pilihanraya akan datang ???

Apakah Saudara tidak sedar, bahawa semua guru-guru di Sg Besar secara diam-diam menyokong PAS pada pilihanraya kali ini ???

Apakah Saudara tidak sedar, bahawa Saudara sebenarnya dibuai mimpi Firaun ???

Apakah Saudara tidak sedar, tentang masalah anak-anak miskin yang bersekolah di Sg Besar dan sekitarnya ???

Saudara masih tidak sedar, risalah yang Saudara serahkan kepada Balai Polis tempoh hari telah diedarkan sesama mereka untuk bacaan ketika berehat-rehat dirumah dan telah dipotostat untuk teman2 di luar balai ???

Saudara masih tidak sedar, bahawa sesungguhnya tindak tanduk Saudara menjadi bualan penduduk sekitar Sg Besar dan Sabak Bernam ???

Saudara masih tidak sedar, bahawa Saudara sudah meninggi diri, tamak, lupa diri dan busuk lagi membusukkan dari hujung kaki hinggalah ke hujung rambut Saudara sendiri.

Dan paling penting sekali, Saudara masih lagi tidak sedar bahawa sesungguhnya Saudara masih lagi Islam, selagi Saudara tidak bersama2 bergelumang dosa dengan pemimpin2 UMNO di tempat Saudara mahupun Peringkat Pusat.

Akhir sekali Saudara Nazam Azhari memang patut menerima gelaran tertinggi daripada UMNO pusat untuk menjadi ahli UMNO contoh iaitu gelaran Ibrahim Ali Sungai Besar. Saya memohon dari semua penduduk Sg Besar dan Sabak Bernam yang menerima surat saya ini melalui Internet sila panggil Saudara Nazam Azhari dengan panggilan Ibrahim Ali Sungai Besar. Dan Saudara Nazam tidak boleh memarahi kita kerana kita panggil beliau dengan nama seorang Tokoh Pujaan Sembilan Dr Mahathir - maaf, Haji Dr Mahathir @ PM @ Pendokong Maksiat@ Pu** Mak.

Sekian. Kita Tunggu dan Lihat.

Muhammad Zhareef Al - Hadi & Muhammad Zulkarnaeen Al - Hadi Sek Ungku Aziz / UTM Jalan Gurney

Last changed: May 06, 1999