Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Anak-anak Mahathir diberi projek2 penswastaan tahun lalu

From: Deadly Intelligent Squad.
Date: 06 May 1999
Time: 07:20:03

Comments

Anak-anak Mahathir diberi projek2 penswastaan tahun lalu

KUALA LUMPUR, 5 Mei (AFP) - Dua anak lelaki Mahathir Mohamad diberi kontrak setiap seorang satu projek penswastaan oleh kerajaan tahun lalu, agensi berita bernama melaporkan hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fauzi Abdul Rahman memberitahu Parlimen, satu daripadaprojek itu ialah satu perolehan ekuiti dalam satu firma perkapalan oleh Konsortium Perkapalan Bhd untuk RM103.78 juta (US$26 juta).

Mirzan, anak lelaki sulung Mahathir, memiliki 49.49 peratus ekuiti dalam Konsortium, satu entiti pengangkutan yang besar, kata Fauzi dalam satu jawapan bertulis kepada soalan-soalan daripada bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipenjara, Anwar Ibrahim.

Anwar yang masih seorang anggota Parlimen menunggu rayuannya terhadap hukuman penjaranya selama 6 tahun seelah didapati bersalah bulan lalu atas tuduhan rasuah meminta Mahathir mendedahkan jumlah dan kos projek penswastaan yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat yang dimiliki oleh anak-anaknya.

Fauzi berkata projek lain ialah penswastaan perkhidmatan sokongan hospital bagi kawasan selatan yang diberi kepada Tongkah Medivest Sdn. Bhd di mana Mokhzani Mahathir memiliki 13.19 peratus ekuiti.

Mahathir yang memerintah Malaysia selama 18 tahun mempunyai 7 anak - 4 lelaki dan 3 perempuan.

Anwar yang dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh Mahathir pada September tahun lalu, pada Selasa lalu mencabar Mahathir mengumumkan syarikat-syarikat yang diketuai oleh anak-anaknya.

Beliau juga mendesak penubuhan satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat pemberian semua projek kerajaan dan saham korporat.

Anwar akan memasuki perbicaraan pada 7 Jun atas tuduhan liwat. Beliau masih menghadapi satu lagi tuduhan rasuah dan 4 lagi tuduhan liwat yang membawa hukuman maksimum hingga 20 tahun penjara dengan sebatan.

Ulasan:

Ini baru projek yang diberi pada tahun lalu. Bagaimana projek pada tahun 1997, 1996, 1995, 1994 dan sebelumnya. Dalam "Senarai Mahathir" yang didedahkan ekoran kritikan Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu, nama-nama yang dan projek-projek disebut hanya projek sebelum tahun 1994. Projek-projek tahun 1995, 1996, 1997 adalah lebih banyak dipunyai oleh kroni dan anak-anak Mahathir. Ini yang membuat Anwar begitu naik angin melihat Mahathir dan Daim longgokan projek kepada sahabat handai dan anak-pinak. Satu perkara yang tidak pernah didedahkan hatta oleh Anwar dan pembangkang kerana pendedahan ini akan mengheret mereka ke mahkamah ialah kes di bawah ini. Walaupun mereka tahu tetapi perkara ini mereka tidak upaya untuk dedahkan. Ketidakupayaan tidak bererti tidak benar. Perkara benar tidak semestinya boleh dibuktikan.

Mirzan sudah cuba membunuh diri sebanyak 3 kali. Ini disebabkan kerugian berbilion ringgit dan tidak dapat pula merompak duit kerajaan kerana dihalang oleh Anwar. Walaupun Mirzan sudah bertemu Anwar atas kapasitinya sebagai anak PM, tetapi Anwar tidak semudah itu hendak bagi - kena ikut prosedur seperti kena isi borang, ikut saluran dan barulah ditimbangkan. Mirzan tidak mahu macam itu sebab kalau melalui cara itu, alamat tak dapat.

Disebabkan nyawa anak, Mahathir sangat marah kepada Anwar. Sebab itu Mahathir memecat Anwar dengan pertuduhan yang jijik. Siapa dapat biarkan orang yang menyebabkan anak terbunuh? Mati bukannya main-main. Bukankah bila mati, tak akan dapat jumpa sampai bila-bila? Tanggung malu, lagi satu hal! Anak PM pula tu, lagi satu hal.

Maklumat ini sudah lama dalam pengetahuan orang iaitu sejak Anwar belum dipecat. Tetapi tidak dapat didedahkan oleh sesiapa. Tetapi hal ini terpaksa didedahkan kerana kebenaran tidak patut disembunyikan dan kezaliman tidak patut dibalas dengan keadilan (kezaliman patut dibalas dengan kezaliman juga!).

Last changed: May 06, 1999