Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Tarikh Pilihanraya

From: Ibrahim Baba
Date: 06 May 1999
Time: 07:18:19

Comments

Hujung minggu lepas saya bertemu beberapa rakan saya yang masih lagi di dalam UMNO. Malah mereka ini adalah orang-orang penting dalam beberapa jawatankuasa kecil UMNO Pusat. Mereka tidak begitu pasti saya telah meninggalkan UMNO, tetapi mereka pernah mengesyaki beberapa ketika dahulu.

Di antara topik perbincangan ialah sekitar isu pilihanraya yang bakal diadakan. Banyak perkara yang timbul dalam perbincangan hampir satu jam setengah. Tetapi saya ingin menyampaikan dua perkara yang saya rasa penting.

Pertama ialah berhubung tarikh pilihanraya. Mereka mengatakan bahawa Dewan akan dibubarkan selepas sesi parlimen yang sedang berlangsung sekarang. Dan tarikh pilihanraya dijangkakan pada 24 Jun tahun ini. Di samping maklumat dalaman tersebut, mereka turut memberikan beberapa kenapa pilihanraya mesti dicepatkan.

1. Mereka sedar bahawa parti-parti pembangkang sedang berpakat untuk bergabung tenaga dalam menghadapi BN. Pembangkang akan mempunyai satu wadah yang mewakili setiap kerusi dan bersetuju untuk tidak menentang sesama sendiri. Oleh itu, pilihanraya perlu diadakan segera agar persiapan pembangkang tidak sempat diatur dengan rapi kerana ditakuti gandingan pembangkang semakin mantap . 2. Mereka sedar bahawa Parti Keadilan mendapat sambutan yang diluar jangkaan UMNO. Ini telah diakui oleh Setiausaha Agong UMNO sendiri dalam perkeliling yang diedarkan kepada semua ketua bahagian UMNO.termasuk Pemuda dan Wanita. Perkeliling bertarikh 14 April itu telah disiarkan oleh beberapa webmasters reformasi antaranya https://members.tripod.com/~mahazalimx/umyes.html. Jika dilambatkan lagi tarikh pilihanraya, ditakuti sambutan kepada PKN akan bertambah, dan jentera parti PKN makin kukuh untuk menghadapi pilihanraya.

3. Di dalam kempen pendaftaran pengundi baru, kajian yang dilakukan oleh SPR menunjukkan golongan yang datang mendaftar adalah bakal pengundi yang muda-muda dan majoritinya nampak keghairahan untuk memangkah pembangkang. Maka jika piliharanraya dilaksanakan segera, maka pengundi yang baru berdaftar tidak dapat mengundi.

4. Tempoh satu tahun untuk pelabur asing menyimpan wang mereka di Malaysia akan tamat pada awal September. Kerejaan amat bimbang ekonomi negara akan jatuh merudum selepas tarikh tersebut. Oleh itu, pilihanraya mesti diadakan 1-2 bulan sebelum September, iaitu sebelum tanda-tanda ia akan merudum nampak.

5. Perkembangan positif ekonomi diakhir-akhir ini adalah persiapan untuk pilihanraya. Dengan tujuan serampang dua mata, ianya digunakan untuk memulihkan imej dan menjadikannya suatu propaganda kerajaan dan kedua ialah untuk mendapat sumber kewangan bagi tujuan pilihanraya.

Satu lagi perkara yang ingin saya bawa kepengetahuan pembaca ialah isu orang-orang DSAI yang masih di dalam UMNO. Amatlah sukar bagi Mahathir dan jentera parti untuk mengenalpasti dengan tepat mereka yang dikatakan bersimpati dengan DSAI dalam UMNO. Namun demikian mereka yang bersimpati dengan DSAI mesti dikenali dan disisihkan supaya tidak dipilih sebagai calon UMNO (kerana ditakuti akan melompat ke PKN nanti). Dalam pada itu, jentera parti juga bimbang jika mereka disisihkan sekarang, mereka akan membawa bersama penyokong-penyokong setia mereka untuk menentang UMNO.

Jentera parti UMNO kini juga ketandusan untuk mendapat calon-calon yang berkaliber kerana di samping ramai yang menyokong DSAI dan menyertai PKN dan PAS, yang tinggal pun ramai yang bermasalah. Semenjak reformasi, banyak rahsia menteri-menteri dan orang-orang kuat UMNO yang lain telah dibongkarkan terutama melalui internet. Kesemua isu-isu berhubung mereka perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya kerana ditakuti ianya akan menjadi suatu yang negatif bukan sahaja untuk calon tersebut tetapi juga kepada UMNO/BN keseluruhannya.

Di dalam pertemuan itu disebut oleh rakan-rakan saya bahawa, sehingga ini, UMNO telah mengenalpasti tidak kurang 30 orang wakil rakyat UMNO yang ada sekarang sebagai tidak lagi boleh dipercayai dan sudah pasti akan digugurkan dari senarai calon UMNO. Kemudian, ramai lagi yang masih dikategorikan sebagai diragui.

Saya belum bersedia untuk menyenaraikan nama-nama mereka diruangan ini kerana dibimbangi masalah yang bakal mereka hadapi di dalam merisik rahsia parti untuk digunakan oleh pembangkang. Biarlah mereka berusaha membantu kita dari dalam. Antaranya ada juga yang menunjuk kekerasannya menghentam DSAI (tetapi Mahathir masih meragui mereka).

Last changed: May 06, 1999