Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Duit RM230 Juta: Mahathir Hentam DSAI atau Najib?

From: Mahazalim
Date: 06 May 1999
Time: 07:22:32

Comments

Tidak syak lagi apabila Mahathir mengatakan bahawa ada kroni DSAI yang mempunyai wang simpanan sebanyak RM 230 juta, ia ditujukan kepada Zahid Hamidi.

Adakah Zahid Hamidi kroni DSAI? Zahid membina karier politiknya bermula sebagai Setiausaha Politik kepada Najib Tun Razak selama tujuh tahun sebelum menjadi Ketua Penerangan Pemuda UMNO di bawah pimpinan Najib. Semasa menjadi Ketua Penerangan Pemuda UMNO inilah beliau berpeluang mendapat saham-saham yang diperuntukkan kepada bumiputera sebelum disenaraikan di BSKL samada secara peribadi atau untuk Yayasan Gerak Bakti iaitu pertubuhan di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Ini membuktikan bahawa Zahid Hamidi menceburi bidang korporat semasa beliau dibawah pimpinan Najib dan bukannya DSAI. Maka tujuan Mahathir menghentam kroni Anwar hanyalah sebagai gimik semata-mata. Beliau sebenarnya ingin menghentam Najib kerana kesetiaan Najib belum jelas.

Semasa menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO, beliau cuba menunjukkan ketelusan beliau . Maka, secara cerdik atau bodoh beliau menawarkan perisytiharan hartanya kepada Mahathir walhal beliau tidak perlu berbuat demikian kerana beliau bukan seorang Menteri. Ketika membuat perisytiharan tersebut, harga saham di waktu itu amat tinggi dan beliau membuat pinjaman daripada bank-bank tempatan untuk membiayai pembelian saham-saham tersebut. Walaubagaimanapun apabila pasaran saham jatuh merudum, nilainya lebih rendah daripada pinjaman yang telah dibuat. Ini bermakna beliau merupakan penghutang kepada bank-bank dan bila-bila masa sahaja boleh diambil tindakan. Sebab itulah beliau terpaksa berdiam diri buat sementara waktu untuk menanangi masalah yang beliau hadapi.

Pernyataan Mahathir bahawa kroni DSAI mempunyai akaun simpanan tetap sebanyak RM 230 juta adalah satu pembohongan yang tidak putus-putus daripada seorang yang baru kembali dari Mekah. Sebab itulah Mahathir tidak berani menamakan kroni DSAI tersebut.

Kepada Najib, takkanlah nak biarkan kena pukul begitu sahaja ?..Kan engkau ni bekas seorang pemimpin pemuda yang pantang menyerah sebelum melawan??? Tunjukkanlah kejantanan bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kami sanggup bersama-sama kalau nak lawan kepala SHIT tu........

Last changed: May 06, 1999