Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Surat Dari Pengunjung Kepada Mahazalim Berkenaan Isu 'Eksklusif'

From: MM
Date: 06 May 1999
Time: 11:44:12

Comments

Surat Dari Pengunjung Kepada Mahazalim Berkenaan Isu 'Eksklusif'

--------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum,

Saudara harus minta maaf kepada Eksklusif. Sebenarnya sebaik saja saya baca artikel di Laman Reformasi tentang Eksklusif, saya ingin hubungi saudara agar membetulkan artikel itu, tetapi disebabkan kesuntukan masa, terlewat. Sebetulnya, saya kenal baik pihak tertinggi pengurusan syarikat Karangkraf, sampai kepada editorialnya. Fikri Haji yaacob adalah sahabat baik Anwar. Beliau pernah membantu Anwar ketika pertandingan jawatan Ketua Pemuda dan Naib Presiden. Rosnah Majid sebenarnya tidak wujud di situ. Mungkin Ketua Pengarang Kumpulannya, A. Jalil Ali pernah bekerja dengan Rosnah Majid ketika ke Utusan atau seperti yang saudara katakan itu, tetapi di Karangkraf, A. Jalil Ali terpaksa ikut home policy Karangkraf. Yakini saya. Satu dua artikel kontra ke atas DSAI itu adalah sebagai syarat untuk tidak dipandang berat sebelah oleh Kementerian Dalam Negeri.

Dibandingkan dengan Warta KL, Warta KL lebih bias kerana editorialnya hentam DSAI sedangkan editorial Eksklusif tidak hentam - cuma kenyataan orang yang ditemui bual saja yang hentam. Saya juga buat penyiasatan dan memang kenal betul dengan pemilik Warta KL. Ini adalah orang Paklah suatu waktu dulu dan orang Mat Taib suatu ketika dulu. Sekian.

MM

Last changed: May 06, 1999