Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Surat Terbuka Buat Kumpulan Karangkraf

From: Karyawan Jalanan
Date: 06 May 1999
Time: 11:45:06

Comments

Assalamualaikum Wrt.Wbt.

Saya ingin menumpang gembira dan mengucapkan alhamdulillah kerana pihak Karangkraf bersedia memberikan penjelasan mengenai isu ketuanan akhbar EKSKLUSIF yang menjadi persoalan dan kemusykilan banyak pihak terutama sekali mereka yang cintakan kebenaran dan menentang segala bentuk kepalsuan dan hipokrit.

Sebenarnya, semasa MahaZalim mengutarakan pendapat (tidak diketahui sama ada pandangan tersebut pandangan MahaZalim sendiri atau kandungan e-mail pengunjung mengenai persoalan ketuanan EKSKLUSIF) tersebut saya sangat ragu-ragu dan bimbang kalau-kalau pandangan MahaZalim tentang penglibatan Rosnah Majid (Fallacia of the Far East) itu benar kerana selama saya mengikuti perkembangan Kumpulan Karangkraf semenjak saya tinggal di Kampung Sungai Penchala, saya tidak nampak sebarang kelibat Rosnah Majid. Yang biasa bagi saya ialah seperti Sdr Khairune Ali, Samsuri Roslan, ASP Redzuan Aslie, Kartekana dan Harris Ribut!

Saya sendiri tidak terus menerima pandangan itu bulat-bulat sebaliknya berharap pihak-pihak terbabit memberikan penjelasan mengenainya. Dan alhamdulillah segala-galanya telah jelas kini. Di sini tidaklah ingin saya menyalahkan pihak MahaZalim kerana sebagai Webmaster REFORMASI, beliau akan bersikap lebih berwaspada dan sememangnya itulah tanggungjawab Webmaster bagi memastikan pengunjung LAMAN REFORMASI tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak berkepentingan.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan, walaupun sudah agak terlewat, mengucapkan takziah kepada akhbar WATAN kerana terpaksa dikuburkan tanpa nesan! Saya akui untuk menjadi wira kepada RAKYAT bukannya mudah! Banyak dugaan dan rintangan perlu dihadapi.

Cuma harapan saya, EKSKLUSIF atau apa sahaja bahan terbitan Karangkraf mengutamakan etika kewartawanan yang tinggi dan tidak sekali-kali menjadi Pak Turut mana-mana pihak yang berkepentingan. Ambillah contoh teladan kewartawanan Islam seperti Bukhari dan Muslim yang membenarkan yang haq dan menidakkan yang bathil.

Sekian. Wassalam

Last changed: May 06, 1999